Social Icons

Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tips untuk wanita bergelar isteri, ibu, anak,pelajar dan mempunyai business macam anda dan saya...

Salam all... 

sambil - sambil pam ni, rasa macam nak update blog pulak..

multitasking...


perasan ayu... hhhehehee
ya.. itulah yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu macam saya dan anda..

kene buat 2 - 3 kerja dalam satu masa..

ye lah.. kalau kat rumah tu, mana nak masak...

mana nak mengemas dan melipat baju bajan yang tinggi menggunung..

nak jaga anak2 yang lasak dan sedang membesar lagi...

bagi yg ada biz, nak melayan customer lagi..

bagi yang masih belajar, nk buat assignment nya... hihihi.. nangesssssss

contoh multitasking yg paling mudah : 


baby susu ibu...

1. sambil menyusukan anak, sambil balas message customer... tapi jangan sampai abai anak yang dipangkuan tu yer... eye to eye contact sangat penting dgn baby..

2. sambil ajar abg buat homework, sambil lipat baju yang menggunung... :)

3. sambil masak, biar mesin basuh buat kerja dia juga.. sambil membasuh pinggan mangkuk dalam sinki.. 

4. sambil sidai kain, sambil dukung baby dalam carrier, sambil pantau anak2 yang lain main di luar... 


jalan2 di taman..
haaaa... kan mudah.. possible...

ibu2  zaman sekarang memang kene cergas.. tak boleh lembik2.. 

penat???? memang penat... ye lah.. semua pon kita yang kene buat... 

macam saya, nasib baik la ada hubby yang tolong di mana2 yang mampu.. 

contohnya hari ni, saya dah masuk kan baju dalam mesin basuh, minta dia letak pewangi je nanti sebelum tolong jemurkan... hihihi.. TQ en Fairus tersayang...

apa yang penting... KERJASAMA...


Sedikit Tips dari saya untuk mendapatkan masa berkualiti dengan keluarga  :


1. kalau rumah sepah skit tu biasalah.. jangan pening2... saya lebih penting kan masa dengan anak2 dari sibuk nak kemas sana sini...kerja rumah boleh tunggu... anak2 yg perlukan perhatian harus didahulukan

kekuatan mama.... 

2. luangkan masa yang berkualiti di luar rumah.. knp saya kata begitu.. sbb masa tu saya sendiri dan anak free kan diri dari gajet dan televisyen.. kami bawa anak bersiar2 sama ada di taman, berjoging dan etc.. tak perlu keluarkan duit banyak pon..
menara tinjau wetland Dengkil

3. keluar menikmati keindahan alam... pon tak perlu keluarkan duit banyak.. contoh, pergi pantai main pasir, mandi manda di sungai, taman rekreasi hutan (taman botani Negara, FRIM, etc) dan sebagainya.


mandi sungai


nun di hujung sana... tengah cari cengkerang dengan papa dan kawan2 baru




teman anak2 tengok buaya - tapi yang tengok tu bukan buaya.. dia seorang papa yang baik.



memancing 

 4. Balik Kampong........................... yang ni pon boleh buat anak2 gembira.. bermain dan bergurau senda dengan sepupu2 mereka.. selain merapatkan silaturrahim..masa ni juga lah nak ziarah tok papa, tok mak, aki dan wan mereka... selagi mereka masih hidup... insyaAllah... gunakan masa yang ada ini sebaiknya...






lagi mandi2
Kesimpulannya... memang bukan mudah tau.. jadi ibu, isteri, pelajar, anak, pekerja dalam satu masa..

jadi hargailah masa yang ada sebaik mungkin...


SriFairus
Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
~ ID 836723
~ whatsapp / sms 019 333 7371
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe


rindu saat menyusukan fahri... mood teringin nak menyusukan baby datang lagi...


Rindu saat menyusukan fahri....

baru aku perasan.. aku tak banyak pon amik gambar masa menyusu...

menyusukan mu antara detik terindah buat mama....

Salam semua...

Erm arini mood sensitif... tak dapat nak tahan air mata dari meleleh... tp dalam hati aku sangat berbangga dengan diri sendiri.. dan berazam untuk buat yg lebih baik untuk bakal adik fahri nnt.. insyaAllah...

Pagi td seperti biasa aku menerjah kat dalm FB.. aku tengok page KIM... erm.. ada satu montaj ni menyentuh hati aku... montaj nie menunjukkan wajah2 ibu yang mulia yg menyusukan anaknya...

Tengok banyak kali pon meleleh lg... aduhai... kadang2 aku sedih gak bila tengok kawan2 & sedara terdekat  yg aku cuba ajak agar menyusukan anaknya tp mcm tak ambil kisah... aduhai... alangkah sayangnya... kasihanilah pada si kecilmu yg disuakan susu formula yg mungkin boleh memudaratkan perutnya yg masih lembut... erm.. tp aku tahu.. semua ibu ingin buat yang terbaik untuk anaknya...

Dalam entry yg ringkas ni, aku berazam nak mendalami ilmu penyusuan dengan lebih dalam lagi... demi anak2 ku... demi para ibu sekelilingku... moga mendapat manfaat dari perkongsian ilmu mengenai peyusuan susu ibu... itu azamku... insyaAllah...

Penyusuan susu ibu adalah fitrah.....

Salam sayang...
Srifairus@ Mamafahri

Tips Baby Pintar : 18 aktiviti menarik yang dapat merangsang perkembangan otak anak anda..

credit to kak Cery di sini

Kepada yang sudi singgah di laman ini..terima kasih yer.....petang ni saya nak share tips ni utk semua ibu bapa untuk merangsang minda anak kecil.... atau siapa2 sahaja yg mempunyai adik kecil/anak buah ...dan tips ini untuk saya juga..
Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya..
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.


12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.


13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.


14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


*boleh print nota ni dan apply mana yg patut yerr...sharing is caring

salam sayang,
srifairus @ mamafahri..