Social Icons

Showing posts with label papa. Show all posts
Showing posts with label papa. Show all posts

3 hari yang panjang..

Salam.. Hai semua... hari ni aku kat office, unit aku tinggal aku sorang jer.. semua orang cuti akibat kepenatan event semalam.. alhamdulillah semua berjalan lancar.. happy sangat... dalam sibuk2 keje nie, sebenarnya banyak benda yang aku belajar dari pengalaman... sedih, happy.. semua ada... dah lama aku tak menulis jiwang2 nie.. mungkin entry ni akan jadi entry yang panjang sepanjang namanya...

Hari nie, sebenarnya dah 3 hari suami pegi jenjalan makan angin (memancing) dengan kawan2 dia... maka dah 3 hari lah aku terkontang kanting sensorang melayan karenah anak2 yang tak sihat.. Fahri demam, selsema dan batuk yang teruk.. Fitri pulak asyik merengek sebab selsema... dah 3 hari jugalah kami tinggal di rumah mertua, dan mertualah yang tolong jaga anak2 minggu nie kerana tak nak menyusahkan baby sitter kerana aku akan balik lewat malam sehingga event semalam berakhir..

semalam selepas balik dari event, aku bawak fahri ke klinik.. dah 2 hari dia batuk teruk.. Dr yang merawat dia kata kesian sungguh melihat Fahri yang batuk tak berhenti2.. Nurse yang jaga kaunter tu pon cakap, "Dr, he non stop coughing since he enter the clinic... "  semua orang yang melihat Fahri mesti kesian tengok dia.. Nampak lemah...mata berair... Perut dah kembung dengan air kosong... dengan harapan akan bantu legakan tekak dia.. kesian anak mama... Fitri, wan dia (mak mertua aku) yang dukung... syukur... aku masih ada emak yang boleh membantu...

Aku cerita semua nie bukan sebab aku nak burukkan sesiapa.. apatah lagi suami ku yang tercinta... dia memang aku benarkan untuk pergi memancing dengan rela hati walau pon pada awalnya aku tak setuju... biarlah... dah 2 tahun dia tak ke mana2...  biarlah sekali2 sekala dia buat perkara yang dia suka.. dalam pada itu , baru aku tahu bahawa peritnya hidup tanpa suami tercinta disisi... ( terkenang kakak ku yg telah kehilangan suami n membesarkan 3 org anak bersendirian... tabahnya kakak...)

Semasa di klinik, aku tanya fahri dia nak makan apa... sbb mak mertua aku kata fahri tak makan apa2 dari tengahhari.. benda yang di makan semuanya dimuntahkan balik sebab batuk.. kesian anak mama.. Fahri kata dia nak makan bubur... so, balik dari klinik aku cari kedai yang ada jual bubur.. sampai kedai, oleh kerana menunggu agak lama, Fahri tertidor dipangkuan aku... demam dia dah makin kuat... lepas bayar apa yang dipesan, aku dukung Fahri ke kereta.. Ntah macam mana, aku tak perasan ada longkang kecik di depan aku... kaki aku terperosok dalam longkang kecik tue.. kaki aku terseliuh.. mujur tak teruk.. aku masih boleh berjalan.. Fahri yang aku dukung terkejut...mujur juga dia tak apa2...

Bila aku jatuh tue, aku ada dengar ada antara pengujung kedai makan tue terjerit... tapi tak de pula yang datang menolong.. huhuhu.. tak pe lah... aku suruh Fahri jalan menuju ke kereta.. Dengan apa yang berlaku tadi buat aku rasa, PAPA, MAMA PERLUKAN PAPA KETIKA INI.... SEDIH... Tetiba aku jadi  sensitif tak tentu pasal..

Isnin malam selasa haritu, aku balik malam... anak2 semua dah tido.. dalam pukul 9.30 malam mertua aku call kata Fitri mengamuk2 nak tido.. agaknya dia nak aku... dia memang dah terbiasa tido dalam pelukan sambil menyusu... Ya Allah.. aku jadi terus tak de mood untuk buat reharsal malam tue.. Mujur reharsal dibatalkan sebab orang technical semua dah balik.. syukur... pukul 10.30 aku sampai rumah... Oleh kerana terlalu tak sabar nak jumpa anak, aku parking kereta betul2 di parking lot berhadapan dengan pintu tangga nak ke rumah mertuaku... tanpa aku sedari rupanya itu adalah parking kereta penghuni apartment yang lain... (selama ini kalau aku datang umah mertua, parking tu memang selalu kosong).. Sampai rumah, anak2 semua terbangun... Fitri dan Fahri dua2 menangis nak mama... YA ALLAH... KESIANNYA ANAK2 MAMA... PAPA, MAMA PERLUKAN PAPA KETIKA INI.... 

Malam itu aku tido tak nyenyak... sebab terlalu risaukan hal keesokan harinya.. aku jadi Master of Ceremony yang dihadiri oleh Menteri ... reharsal sekali pon aku tak buat... dalam hati, aku hanya mampu berdoa... moga Allah permudahkan segalanya...

Keesokan harinya, 6.30am aku dah bersiap untuk pergi ke Hotel Istana... Aku perlu cepat untuk berlatih... TAPI... KERETA AKU KENA CLAMP.... ALAMAK..... Nak kene cepat nie... telefon security guard yg bagi notice kat cermin kereta aku... tak angkat pulak... jam hampir 7 pagi... aku decide tak boleh tunggu.. harus pergi dengan teksi je lah... Dan Alhamdulillah, aku sampai hotel dalam pukul 7.30 pg.. syukur Ya Allah... Masa aku taip blog nie, baru aku tersedar hikmah kereta kene clamp nie.. Semalam ada piket kat Pavilion... agaknya kalau aku drive sendiri lepas habis event , mmg malam lagi la aku sampai rumah... SYUKUR YA ALLAH... (i am not good in jalan di KL... driver teksi tu bawak aku masuk jalan ntah simpang mana untuk kuar dari KL dan aku sampai rumah mertua sebelum pukul 6 petang.. event habis pukul 5.10 petang.. HAPPY.... :)..

Dan hari nie aku kat office, terasa kesengalan kaki akibat jatuh semalam masa dukung Fahri... ada sesapa tau kat mana nak pegi urut?? dan dengan sabar menunggu suami terchenta telefon... dah kuar ke belum dari Tasik Kenyir tue.. kata nak balik hari nie... Petang nie dah janji dengan Fahri, mama & papa amik dia dan balik rumah... dari hari Ahad lagi dia dah ajak aku balik rumah... tak suka lama2 duduk rumah wan dan aki katanya...hahahha.. macam2...

Moral of the story... memang aku rasa, aku tak cukup kuat untuk membesar n menjaga anak2 sorang2.. bukan aku tak biasa ditinggalkan.. Fairus kalau dia keje malam, kalau aku tak sempat jumpa dia sebab balik lambat, memang kadang2 sampai 2 hari tak jumpa.. Mengharap dan dan memohon kekuatan dan pertolongan pada yang MAHA AGUNG adalah jalan terbaik... Memang Allah dah jadikan setiap pasangan suami isteri tue saling lengkap melengkapi... so PAPA, CEPAT BALIK... MISS U VERY MUCH...

PS: akan dituntut janji bawak mama & anak2 berjalan di Bukit Tinggi Pahang, bulan depan... JOm... sapa nak ikut??







khas untuk para suami... sayangilah isteri mu....


kasih ku tiada akhirnya...

Love her…when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.



Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

  • Treat the women well
  • The best of you are those who are the best in the treatment of their wives
sumber: tentangcinta.com

Tores kenit beraksi....


anak beranak kaki bola...

kelakor... tu yang aku leh gambarkan bila aku tengok ragam dua beranak nie... papanya yang demam bola, diterjemahkan kepada anaknya yang baru pandai berjalan.. (pon suka main bola... hehheheh)...

Last week lepas dapat gaji, papa fahri pg menyopingkan diri untuk mendapatkan jersey spain (menandakan penyokong spain ler agaknyer tue) untuk anaknya... jersey tu agak besar.. tapi belasah je la.. aku tak tanya plak kat mana dia beli jersey tue.. dengan rakan tempat keje agaknya

selepas mengenakan jersey bersama kasut yang aku baru menyopingkan diri di Sogo, papanya sibuk mengambil gambar Fahri menyepak bola seperti wartawan sport lagaknya.. tp gambar2 nyer hampes hasil kamera yang tak de anti shake py fungsi... hehehhe (bile la nak dapat DSLR nih..)

pun begitu, detik2 ini harus disemadikan di dalam blog kesayangan ku ini untuk dijadikan kenangan dikemudian hari.. jadi le dari tak de gambar.. aku mmg seronok bila tengok Fahri sudah cekap berjalan, U turn, pusing 360 darjah dan reverse.. hehhe..macam bwk kete plk

rumah aku mmg agak bersepah hasil kerja tangan fahri yang mmg suka menyepahkan barang permainannya.. nak sorok kotak permainan tu tak sampai hati plk.. biar je la... harap kawan2 abaikan latar belakang gambar yang kurang menyenangkan mata yerk.. hehehhe


TORES kenit...


bersedia dengan jersey dan kasut....


amacam... ada gaya mcm tores turun padang tak?? hehehhe

ps: merekalah buah hati aku..