Social Icons

Showing posts with label santapan rohani... Show all posts
Showing posts with label santapan rohani... Show all posts

Bila kita banyak membaca kisah orang lain... kita rasa lebih bersyukur...

Hari ni aku dapat email dari sorang opis mate pasal ketabahan seorang ibu yang menjaga anaknya yang sakit sejak dari dilahirkan sehingga anaknya yang berumur 4 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Allah..... kalau aku ditempat ibu tersebut, tak taula samada aku mampu atau tidak... kasih sayang seorang ibu memang tiada tandinganya...

Bila baca kisah orang lain nie, membuatkan aku rasa bersyukur sangat atas apa yang DIA kurniakan kepada kami sekeluarga... kalau setakat kesusahan sikit2 tu biasalahkan... ramai lagi orang yang lebih sengsara dan susah dari kita... kalau tiada cabaran pon boring gak kan... Allah tidak akan menguji seseorang tue diluar kemampuannya...

Subhanallah... Maha Suci Allah....

Salam sayang..

Srifairus...

Setiap ujian itu tanda Allah sayang pada kita...

Harini kat opis aku ada sesi presentation... semua staff division aku wajib buat and bos2 jadi juri profesional nya..  kat bawah ni ada gambar aku tengah present.. sekadar kenangan...

presenter ni kene banyak berlatih lg... huhu
Tp bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya.. tp lepas present, member opis ada bagi satu link pasal kisah kehilangan suami seorang ibu yang sama-sama bergerak dalam MBFPC... meleleh air mata aku... Ni link blog kak Salwa... http://cintahati.com/ramadhan-dan-ujian-buat-kami/.. u all boleh lah baca..

Cuma kalau nak share, sila minta izin dulu dari kak salwa yerk...

Cuma apa yang aku rasa....  setiap dugaan dari Allah itu sebenarnya adalah tanda DIA sayang kepada hambaNya... supaya kita lebih dekat denganNYa...

Bagi aku, kenangan attend ESQ training adalah kenangan terindah yang tidak mungkin dapat aku lupakan... klu ada kesempatan, nnt aku share... melalui training tersebut, betapa aku tersedar bahawa aku selalu melupakanNYa dan betapa Rasulullah sangat sayang kepada umatnya... hanya aku yang alpa dan lalai... Nauzubillah... semoga kita semua sentiasa berada di bawah naunganNya....Ya Allah... ampunkanlah hambaMU.. Allah hu Akbar...

Ok lah.... ada kesempatan, kita jumpa lagi di lain entry..

Salam sayang...

Srifairus
            

Hakikatnya kita takkan dapat puaskan hati semua manusia. ..cukupla dengan mengingati Allah akan buat hati tenteram..

Saya ingin berkongsi cerita... daripada perkongsian dari group tertutup saya di FB....Semoga kita mendapat manfaat dari cerita ini .

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,
"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."
Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,
"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."
Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,
"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"
Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan

Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:

1. Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.

2. Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya. Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)

Dan bagi saya..walau apa pun yang saya lakukan.....saya tak mampu untuk puaskan hati semua orang.. mungkin saya dah lakukan yang terbaik..tapi tidak di mata hati orang lain....tapi hakikatnya saya tak sempurna....cukupla dengan hanya mengingati Allah dapat menjadikan hati saya tenang dan tenteram... Saya doakan yang terbaik buat semua diluar sana....hanya doa yang mampu saya kirimkan buat semua..

Ya ALLAH ya Tuhan Kami


Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,


Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka


Ya ALLAH ya Tuhan Kami


Susah kami, bantulah Ya ALLAH


Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH


Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH


Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH


Ya ALLAH ya Tuhan Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH


Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH


Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH


Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH


Ya ALLAH Ya Tuhan Kami


Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH


Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH


Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH


Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH


Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH


Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.

..... because health and hapiness go hand in hand....

salam sayang,
srifairus


Jauhilah pemakaian tudung sebegini...

Astaghfirullah... bila aku terbaca entry nie, memang istighfar banyak2.. ye la.. aku pun buat...
rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sahabat2 yang lain..
moga Allah mengampunkan dosa2 kita bersama.. Amin... sebar2 ka yer..

Hukum isteri meleteri suami...

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

P/S: Lepas baca nie, rasa mcm nak minta ampun  kat suamiku yg terchinta.... papa maafkan mama..

20 Amalan Tambah Rezeki

20 amalan murah rezeki..
kredit : kak Cery
Category : Tazkirah, tips/petua
1.Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
2.Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu
4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer….
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk.

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

MEMENUHI HASRAT DGN ASMA’ ALLAH

Memenuhi hasrat melalui asma’ Allah
1.Supaya tercapai apa yg dicita2kan.

Allah(zat yg menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada) baca sbanyak 5,000 kali setiap malam.slama 1 bulan dgn hati yg khusyuk, InsyaAllah semua hajat kamu akn tercapai.


2.Menghilangkan sifat Pelupa

.”Ya Rahman” (Maha Pemurah)
Sesiapa yg membaca "Ya Rahman" sebanyak 100kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, Insya Allah akan hilanglah sifat lalai dan pelupa disamping itu dia akan mempunyai ingatan yang baik dan hati yang pemurah.


3.Supaya Disayangi Orang

”Ya Rahim" (Maha Penyayang)
Sesiapa yg membaca ”Ya Rahim" sebanyak 100kali setiap hari. semua org akan mnyayangi dia..


4.Membersihkan diri dari sifat tercela
”Ya Quddus” (Maha Suci) sebanyak 100kali stiap hari, iaitu ketika tergelincir matahari, Insya Allah akan bersih hatinya dari sifat sombong, rakus, dengki, iri hati,dendam dan seumpamanya..


5.Menguatkan Ingatan

”Ya Muhaimin" (Maha Penjaga)
Sesiapa yg mengamalkan atau membaca "Ya Muhaimin" sebanyak 100 kali setelah mengerjakan solat sunat 2 rakaat (terutama pada waktu tengah malam), Insya Allah ia akan dibersihkan zahir batinnye dan tetap bercahaya hatinya..dan kuat hafalannya


6.Menyembuhkan penyakit

"Ya Bari" (Maha Pembuat)
Sesiapa yg membacanya sebanyak 100 kali setiap malam dan diwiridkan selama 7 malam berturut2, Insyallah akan disembuhkan dari segala penyakit yg sedang dihadapinye.


7.Supaya Doa Terkabul

"Ya wahab" (Maha Pemberi)
sesiapa yang menyebutnye 7 kali ketika ia memohon sesuatu daripada Allah SWT Insya Allah permohonannya itu akan dikabulkan


8.Supaya Org Mudah Membayar hutang

"Ya Muzilu" (Maha Menghinakan)
Sesiapa yg membacanya sebanyak 75 kali, ia akan dijauhkan oleh Allah dari bahaya org yg ingin memudaratkannya.Begitu juga bagi sesiapa yang mempunyai duit pada org yg liat nak bayar hutang.byklah zikir ini,Insya Allah org itu akan segera membayar hutang.


9.Mengatasi anak Nakal

"As-Syahid"(Maha Menyaksikan)
Bagi Org yg Mempunyai anak yg nakal dan selalu melawan ibu bapanya perlu megamalkan zikir ini.Insya allah anaknya itu akan mengikuti perintahnye..


10.Utk Menambah keimanan

"Ya Haq" (Maha Benar)
Sesiapa yg membacanye stiap hari, Insya Allah keimananya bertambah


11.Supaya Dikasihi isteri

"Al-Mughni (Maha Mengkayakan)
sesiapa yg membacanya didalam hati ketika ia mensetubuhi isterinya, Insya Allah isterinya akan semakin kasih kepadanyer. Makesure husband n wife hah..


12.Mencegah keguguran

"Ya Mubdi" (Maha Memulai)
sesiapa sama ada si suami membacanya lalu meniup ke perut isterinye yg sedang mengandung, Insya Allah tdk akan berlaku keguguran


oklah sampai di sini sajalah utk hari ini… amalkanlah dgn penuh keyakinan dan yakinlah Allah pasti mengkabulkan hajat kita..
 
sumber : abby-ukhwah

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

PS: amik dari e-mail dari seorang sahabat.. mari kita renungkan bersama..

Perlukah suplemen??

Bismillahirrahmanirrahim..
Just nak share pada kawan2 kat luar sana bahawa aku skrg juga sedang mencuba suplement shaklee untuk membantu meng'up'kan kembali milk production aku.. dah sebulan aku amik set B (alfalfa, b compleks, vit c, n multivitamin), alhamdulillah, susu maintain jer.. masih cukup walaupon tak dapat buat stok.. susu mmg extra pekat.. subhanallah.. maybe sbb tu fahri dah kurang bangun malam menyusu.. tp aku plk masih mls nak bngn pam tngh malam.. maybe sbb tu susu belum berjaya di hasilkan dengan kadar memuaskan.. ye lah.. demand and supply concept ni.. semakin kerap kita kosongkan breast, semakin banyak la susu dihasilkan..

Tapi, apa yang aku perasan, aku semakin tenang dan sabar.. maybe, kesan dari pengambilan B compleks.. (fakta ni juga diberitahu kat packing B-compleks tu..)

Tapi dalam pada tu, sebenarnya jiwa kita perlukan suplemen.. tips-tips kat bawah ni aku amik dari blog seorang sahabat yang juga pengedar shaklee dan ibu yang menyusukan anaknyer.. TQ along.


Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua dan marilah kita amalkannya :


•Jaga solat
•Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
•Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
•Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
•Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
•Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
•Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
•Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah

Ps : perjuangan harus diteruskan demi permata hatiku...