Social Icons

Showing posts with label kepentingan air.... Show all posts
Showing posts with label kepentingan air.... Show all posts

kenapa kita di suruh minum 2 liter air sehari yerk?? @ 8 gelas sehari?? sini rahsianyer...

credit to:kak cery

saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr..malas nak gi toilett?perut kembung?..... kini anda takda alasan untuk tidak minum air lagi.. mari baca ..artikel yg sy baca dari blog mamiliena....

Komponen Tubuh kita terdiri dari majoriti adalah air..

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro



Salam sayang
Srifairus

9 Sebab Penting Minum Air

Credit to : kak cery

Daripada apa yang saya baca...disini saya senaraikan 9 sebab utama kita kene minum air...

Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari...

1. Weight loss < -- jadi siapa2 yang dalam proses berdiet... harus makes sure tak berenggang dgn plainwater..Tahukah anda yang AIR adalah alat terbaik untuk menurunkan berat badan..kenapa..sebab ianya dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti soda dan juice..Dan yang anda perlu tahu yang AIR ni bertindak menekankan selera makan anda...maksud saya mcm ni.. Dikala anda berasa lapar,yang sebenarnya anda hanya haus..so instead of minum air.anda pergi makan...cemanalah nak diet..jadi cukup sekadar minum air okay.Water has no fat, no calories, no carbs, no sugar. Drink plenty to help your weight-loss regimen.
2. Heart healthy <-- Ini lagi satu fakta yang anda perlu tahu untuk minum lots of plain waer...Minum air dalam kadar yang cukup dapat menurunkan risiko serangan penyait jantung....A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

3. Energy...Ingat tak entry ni dimana saya share fakta tentang yang mengantuk tu tanda kekurangan air...Hakikatnya ..kekeringan dlm bdn dapat menarik tenaga anda dan membuat anda letih.... If you're thirsty, you're already dehydrated -- and this can lead to fatigue, muscle weakness, dizziness and other symptoms.

4. Headache cure..Lain2 gejala kekurangan air adalah sakit kepala... Ada sebab lain punca2 kita sakit kepala tapi kekeringan/dehydration adalah salah satu punca atau penyebabnya.

5. Healthy skin..Orang kata minum air akan dpt membersihkan kulit dan membuat ianya berseri... Well...semua ni bukan dalam satu malam yer.... tapi cuba dalam seminggu ni consisten minum air..dan lihat kesan ke atas kulit anda...jeng jeng jeng...
6. Digestive problems..Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk digest the food..Water can help cure stomach acid problems, and water along with fiber can cure constipation

7. Cleansing..Yang ni semua orang tahu lah kan..yang air ni digunakan olehbadan untuk flush out all the toxin sampah sarap dari body kita ni..kan

8. Cancer risk..drinking a healthy amount of water has also been found to reduce the risk of colon cancer by 45%. Drinking lots of water can also reduce the risk of bladder cancer by 50% and potentially reduce the risk of breast cancer.

9. Better exercise..Kalau bdn kita kekurangan air..ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti bersenam kita...semua jadi slow dan susah.Bersenam ni perlukan air tambahan..jadi make sure sebelum dan selepas bersenam tu.minum air yang mencukupi yer..

..nah..sekarang dah tahu kepentingan air.maka kenelah pilih yang terbaik.. apa lagi pilihla BestWater..memang besttt..

Salam sayang..
Srifairus..