Social Icons

Showing posts with label feeling.... Show all posts
Showing posts with label feeling.... Show all posts

perasaan berbaur-baur...

ntah ler.. inilah yang aku rasa.. bukan apa.. macam2 yang aku fikirkan.. dgn tempat keje skrg.. tempat keje baru nanti.. family aku..

kerja skrg,aku rasa sampai lastday aku keje kat sini pon masih nak depend pada aku.. bila masa nyer nak serah tugas?? staff len sibuk main game..apada.. cepat la minggu depan.. tak sabor rasanya nak blah dari sini....

erm.. fahri plk masih menangis bila aku hantar kat nursery.. tapi dah tak nangis bila aku letak kat car seat.. satu perkembangan positif...(hehe) dia harus biasakan diri dgn car seat dia tu lps nih... moga dia happy semula seperti mana dia happy duk umah ibu dia.. itu harapan aku..

papa aku plk masih sakit akibat buatan org.. macam2 la dunia nie.. papa aku tu bkn nyer berniaga juta2 ringgit pon.. peniaga pasar malam jer.. apa la yg diorg dengki sangat.. semoga Allah gerakkan hati papa utk lebih mendekatiNYA.. Hanya DIA yang dapat membantu papa ketika ini... kami anak-anak hanya mampu berdoa..

Tempat kerja baru plk... mmg tak sabor rasanyer nak start kat situ... new environment.. new spirit.. rasanyer tak susah nak adapt sbb dulu pon aku penah kerja dgn diorg.. semoga segalanya dipermudahkan..

OK sri.. sukup-cukup lah mood blues ko tu.. move forward.. you are good.. you are preety.. you are intelligent lady.. chaiyok.. chaiyok..

Finally...

Alhamdulillah.. i've got the offer letter.. report duty on 16 August 2010..
cyberjaya... here i come.. hehehe..

and in my thinking, i also have another plan to do.. (need to think deeply)...

Fahri, still crying while we sent him at nursery.. that was expected for this whole week.. hehhe..

I must learned to be redha and tawakal for sending fahri at nursery.. actually, this is common for working mother.. but me?? hehhe.. it look like really big business.. hehhe. (sape tak sayang anak woi... hehe)

ok lah.. Tata.. see you next entry..

Ps: syukur ya Allah atas rezeki yang telah Engkau berikan...alhamdulillah..

arini first day fahri kat nursery...

pg tadi, punyalah kelam kabut nk packing barang bagai.. bukan apa.. yg buat kelam kabut tue, aku ni duk risau ok ke tak fahri kat nursery nnt..

pastu, baby car seat plk tak pasang lg... mana nak mengangkut barang nyer... car seat lagi.. budak kenit tu plk tak mo di pegang.. at last, aku lari hantar barang n car seat dl pastu baru amik dia kat laman umah.. kete aku parking kat luar pagar semalam..

sementara nak pasang car seat, aku dudukkan fahri kat dalam car seat dia yg baru kali ketiga digunakan... boleh?? hehe.. kami mmg jarang ltk fahri kat dalam tue.. kesannya, masa aku ltk jer dia kat dalam tue, merengek sakan la dia..suh kuar kan.. and at last nangis beria bila aku dah berjaya pasang car seat tu dgn cara yang betul dan tutup pintu belah dia tue.. hehe( agaknyer dia pikir mama nak tinggalkan dia dalam tu sesorang.. hehe)

bila aku muncul di kerusi driver n start driving, aku pujuk dia balik.. Fahri, kita nak jenjalan.. fahri jgn ler nangis.. kesian mama.. mama nak drive..

pastu terus dia berhenti nangis n senyum kat aku.... clever boy..

dekat jer nursery tu dari umah aku sbnrnya.. rasanga adala dalam 1 km jer kot.. tp mustahil ler aku nak mengantar jalan kaki jer kan.. jenuh jg tu dgn si kenit nie..


lps anto dia, aku beli breakfast n gi cucuk duit n isi minyak kat esso.. eh.. ke caltex.. aku pon tak perasan.. br lg kat area sini.. bnyk lg yg aku kene explore...

sampai la ni, pkl 3.33, tak de plk cikgu fahri call bgtau ada masalah ke apa.. that's mean, ok la tu kot..
jap lg aku nk amik dia dlm pkl 5.30.. lah la ty, apa yg dia buat kt nursery arini..


smlm kami berpindah ke area desa pinggiran putra nie.. penat giler.. tp kami puas.. at last dpt gak duk umah bwh wlpn masih menyewa...

bkn apa, ingat nk terus pindah duk umah sndr.. tu yg duk tangguh2.. konon nk terus duk umah sndr.. tak pe la.. penghijrahan tu perlu kan..

susu plk, arini dah 2 kali pum dapat sikit jer..
ni la bahana klu tak ikut masa mengepam.. bz sangat mengemas, basuh umah... angkut barang...
dah 2 hari masa weekend aritu tak minum esp n suplement lain.. berhempas pulas la gamak nyer malam nie nk cukupkan stok..

ok la.. nnt aku tulis lg perkembangan aku kat sini.. harus segera mengemas sblm amik si kenit di nursery.. hehe

i am still waiting....

Ya Allah...

penantian satu penyeksaan..

tepon mak, tepon sorang kakak yang ku percayai untuk melegakan keresahan hati...

Semoga Allah melembutka hati2 mereka.. Amin..

ps : Semua yang ku lakukan hanya kerana untuk menggembirakan keluargaku...

feel so touching.......

tulis dalam bahasa je la. nak cepat...

pagi tadi seperti biasa sebelum pegi keje, aku akan salam dan cium tangan Fairus kalau dia ada kat rumah..
then, Fairus pulak akan kucup dahi aku... benda ni mmg dah rutin selepas kami diijap kabulkan...

masa fairus nak kucup dahi tu, fahri pun cium pipi aku serentak.. terkejut...

Fairus tengah dukung Fahri.. Ya Allah.. tersentuh sangat.. Tanpa ku pinta anak ku turut cium pipi aku..

Terima kasih sayang... papa dan cayang mama.. semoga kasih sayang ini akan kekal selamanya....

Syukur Ya Allah atas nikmat mu..

nilai setitik susu ibu...

Hari ni rasa nak tulis entry dalam bahasa melayu pulak.. bukan apa.. rindu pulak nak menulis entry dengan penuh perasaan.. hehe.. (macam ape jer.. )

"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."

Alhamdlillah dan tahniah diucapkan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka seikhlas hati, setulus budi..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


4 petikan ayat di atas ku ambil dari sebuah blog seorang sahabat.. juga seorang ibu yang memperjuangkan penyusuan susu ibu sepertiku...

entrynya membuatkan ku berfikir apa niatku menyusukan anakku dengan susu ibu sebenarnya... adakah kerana fesyen? atau menjadi penurut kepada rakan2 yg yang menyusukan bayinya?? atau niat ikhlas kerana ingin mengikut fitrah dan sunnah serta menunaikan hak anakku??

aku ingin mengimbau kembali apa yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menyusukan Fahri.. sewaktu bertugas di Putrajaya, aku amat mengagumi semangat sahabat-sahabat atau lebih sesuai ku panggil kakak-kakak di pejabat yang berjaya menyusukan anak-anak mereka walaupun mereka berjawatan tinggi dan sangat sibuk.. mereka boleh, mengapa tidak aku?

setelah kelahiran Fahri, cabaran untuk menyusu hanya dengan susu ibu memang hebat.. kalau tidak ku kuatkan semangat dan keazaman yang jitu, rasanya memang telah lama susu fahri telah ku tukar kepada susu l**bu. Bermula dari tidak mendapat sokongan keluarga, tidak dapat menyediakan stok dan banyak lagi cabaran-cabaran lain seperti puting yang luka dan kepenatan yang pasti menguji kekuatan mental dan fizikal seorang ibu baru seperti aku..

Aku juga pernah tertewas dan berputus asa apabila susu yang ku bekalkan kepada pengasuh Fahri sebanyak 14 - 16 oz sehari tidak mencukupi kerana Fahri mengalami 'growth spurt' pada usia 4 bulan. ketika itu bulan ramadhan.. stok susu memang sudah lama habis pada minggu kedua bekerja.. ketika itu aku terpaksa mencampurkan susu fahri dengan susu formula...

walaupun sekadar top up, aku amat merasa ralat dan terkilan kalau teringatkan keputusan yang ku ambil ketika itu.. alangkah bagusnya kalau waktu itu dapat ku putarkan semula.. akan ku berjuang berhabis-habisan untuk memberikan fahri hanya dengan susu ibu.. kisah ini pernah ku tulis dalam entry ku suatu ketika dulu dalam blog ini...

Kini, Fahri telah berusia setahun lebih.. alhamdulillah.. aku masih mampu memberikannya susu ibu hingga kini. walaupun susu ku telah mula "drop" semenjak Fahri berusia 8 bulan, ia tetap cukup.. Moga ia tetap cukup sehingga anakku berusia 2 tahun.. itu azamku.. insyaAllah..

Kadang kala pernah juga terfikir untuk aku mencampurkan saja susu Fahri dengan susu formula apabila tiba waktu penyakit MALAS ku untuk mengepam.. motivasi untuk diri sendiri harus ditingkatkan hari demi hari untuk memberikan yang hanya yang terbaik untuk Fahri..

Ketika itulah aku mencari sumber-sumber inspirasi untuk menaikkan semangatku semula.. Mengapa seorang ibu angkat mampu menyusukan anak angkatnya?? mengapa ibu yang anaknya mengalami 'niple confuse' mampu memerah dan diberikan kepada anaknya?? mengapa ada ibu-ibu yang telah keputusan susu, bersungguh-sungguh menjalani proses relaktasi untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya?? sedangkan aku amat beruntung kerana masih dikurniakan susu, anakku masih mahu menyusu denganku.. tapi aku pula yang malas untuk memberikan yang terbaik untuknya...

Puas rasanya bila melihat anakku membesar dengan susu ku sendiri.. kepuasan yang tak tergambar dengan kata-kata. Fahri ku lihat amat rapat denganku.. Tiap malam tanpa ku pinta, dia akan menciumku sebelum tidur.. Ciuman seorang anak yang hatinya tulus dan suci tanpa kepura-puraan.. Mungkin tanda terima kasih seorang anak kecil yang tidurnya bertemankan nenen mama saban malam.. (hehe)

Moga Allah mempermudahkan urusanku... Tekad mama sayang.. mama ingin memberikan hanya susu ibu kepada mu.. Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anakku untuk menikmati susu ibunya seperti yang disyariatkan dalam kitab MU.. Aku hanya ingin kembali kepada fitrah manusia... Bismillahirrahmanirrahim... perbaharui niatku.. menyusukan anakku hanya kerana Allah S.W.T..


P/S : entry ini sekadar peringatan untuk diriku. maaf jika ia menyinggung mana-mana perasaan ibu-ibu diluar sana... tiada niat untuk memperkecil-kecilkan sesiapa...

pumping mother..feeling

This is what i am doing right now.. expressing milk.. for my beloved son..
i feel satisfied when everyday, i manage to give about 10 oz to fahri's babysitter for consuming by fahri that day..

Fahri, please pray for mama sayang.. if mama get better job, insyaAllah our live will be better.. we move to new house sayang.. suitable place for child growth..
I do this just for you sayang...