Social Icons

Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

pencarian nursery untuk fahri..

last week, kami pergi jalan-jalan kat area taman pinggiran putra..
banyak giler nursery area situ rupanya.. ada yang mahal, ada yang murah..

b4 nie fahri dijaga oleh pengasuh.. aku jadi berdebar plk memikirkan mcm mn fahri kat nursery nanti.. aduhai...

Risau sangat.. Fahri ni jenis kuat makan dan kurang menyusu.. aku plk susu mmg sehari dapat paling bnyk pon 9 oz jer tapi cukup untuk fahri(2 kali minum).. .. risau plk bila nursery jg, kata susu bnyk tu jadi tak cukup...

Fahri dgn ibu dia(pengasuh) dia mmg sangat manja.. walaupun ibu dia tu ada jaga 3 lagi budak lain, tp fahri la yang paling manja kerana mengasuh fahri sejak lepas pantang lagi.. yang lain tu datang ke rumah tu bila dah berumur lebih dari setahun..

yang buat aku tambah risau, fahri ni dulu tido buai.. br sebulan ni, aku minta ibu dia ajar tido bawah.. ibu dia citer, mmg payah.. nak kene usap, tepuk, garu dan layan la apa karenah dia sebelum tido.. kat nursery nnt cmne??

one more things, dia ni lembut.. tapi tak pandai nak berkongsi.. nak berebut apa tah lg.. klu kat umah ibu dia tak dapat apa dia nak, mengamuk/nangis ajer la.. then ibu dia pasti akan penuhi apa yg dia nak.. kat nursery nanti boleh ke cmni??

Risau..risau.. dgn antibodi dia yang agak lemah lps kene misles tue.. aku cuba positifkan diri.. fahri perlu belajar berkawan, berkongsi, explore dunia kanak2 dia dgn kanak2 yang lain..

Sekadar meluahkan rasa kerisauan seorang ibu.. insyaAllah, fahri anak yang bijak untuk menyesuaikan dirinya di Nursery nanti... itu doaku..

Kat bawah ni aku tepek kan skali gambar fahri makan durian.. boleh tahan bnyk gak ler dia mkn.. ada la seulas lebih.. hehehe(ikut mama n papa yang hantu durian kot..)


tu dia.. budak comot..


ni mama fahri yang mkn.. hehhe..


durian ni nyummy la mama... hehe

Ps: umah kami skrg penuh dgn kotak.. dalam proses nak pindah.. 1 ogos nnt..
ada saper2 yang sukarela nak jadi mover?? hehhee