Social Icons

Produk Penambah Susu Ibu???

credit : kak cery

Apabila bercakap tentang milk booster atau produk tambah susu badan dan dikaitkan pula dgn Shaklee.. kadang boleh membawa konflik jugak.. isu supplemen, penyusuan susu ibu, milk booster.. bla bla.. sampai ke sudah takkan habis selagi ibu itu sendiri kurang faham dgn konsep asas penyusuan.. Apa dia konsep asas penyusuan? Konsep asas adalah supply vs demand..lebih kerap payudara dikosongkan,lebih byk susu terhasil..Akan tetapi si ibu juga kene ingat.. faktor2 seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah). juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yg balance utk menjayakan penyusuan selama 2tahun insyaAllah.... Kita taknaklah susu byk tapi di penghujung hari si ibu pengsan la plak karang tak cukup tenaga nak layan mcm2 kerenah,dan taknaklah juga nnt let say selepas 2tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.

Kesimpulannya, vitamin bukan milk booster, shaklee bukan produk tambah susu badan. Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri.. dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral).. Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Itulah yg saya rasakan ketika mula mengambil Shaklee utk menjayakan penyusuan pertama saya.. kire setahun lebih yg dulu.. sbb Fahri anak saya pun dah berusia 2thn lebih...Rasa apa? rasa besttt .. hanya yg dah rasa ,akan faham apa maksud saya dgn besttt. Kadang rasa menyesal tak amalkan mkn supplemen ni dari muda lagi atau dari zaman U ke... hehe.. Well..better late than never.. lagipun nak nampak cantik 10thn akan datang..kene mulakan dari sekarang.. yer tak.. kan kan.. Apa kata anda tepuk dada dan tanya sendiri jika anda perlukan vitamin atau tidak.. pilihan ditangan anda... bukan saya.. :-)
_______________________
Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini...demand tinggi di kalangan ibu menyusu.. sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan.." produk tambah susu badan?" bukan saya yang kata yer...yg saya kata suplemen Shaklee cume mempercepatkan penghasilan susu ibu dgn syarat kerap pam,jaga makan,rehat,doa,pengambilan air.. blabla.. semua kene balance...... Hmm.. well.. anda nilaikan sendiri....
http://4.bp.blogspot.com/_YzXbZ8ZFuQI/TFzIeenU1WI/AAAAAAAAAtw/Q216pX7BEOo/s320/vitaLea.gif
Vitalea~lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYSnQJLPuQpq0zATxNUqarG18iNCR1QR_Z-2IS_1b_-2zH5ANeqneqOgikoz3MNrSXcIyV5JLTmUu96I8jhwBHdrPcVX9CuqthcSqLpoLzch39l_AINzNls29NBUUFmlKsia1KgUVGgS-m/s1600/bComplex.gif
Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/06/vitaC500mg.gif
Vitamin CVitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
http://i1.lelong.com.my/Malaysia/Shaklee-Energizing-Soy-Protein-Canister-850g-1002-13-btakyew@1.jpg
ESP (Energizing soy protein) – Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2PGPdExZ-GzP_Ak-Rjo7SEfqRLhouO6jzXoKOZDIcGcB8-WShH-KeJ-DuqREyoidMg7JhoZKHnDS39L6qjLu2PsURPBFjdlmP9u0e_1cprreJV7Hk6TI-ZMzzenB0K9sWCEOJ-0tG6yY/s1600/Image15236829.jpg
Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis
http://www.my1stop.com.my/phpthumb/phpThumb.php?src=../catalogue/photos/11473.jpg&w=285&q=100
Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.
________________________________________________________
Jika nak sentuh bab2 testimoni.ada banyakkk sangat ibu2 yg dah teruja. Soalan terakhir, set penyusuan yg mana yg sesuai utk anda?
Okey.. sekian utk hari ini... esok kita sambung lagi yaa

Salam sayang... Srifairus

aktivity harian Fahri...

Besar dah anak mama... dah nak masuk dua tahun setengah...
dah pandai gelar diri sendiri abang fahri @ abd aish.. sayang dgn baby adik dalam perut mama... tak tau la kalau dah kuar baby adik nnt jelous dia mcm mn nnt... manja sanagt...

tempat makan favourite... mcD... selalu cakap dgn mama/papa... 'Mama, nanti kita pegi Mcdonald lagi yer..." clever boy... :)

Fahri mmg suka makan... tengok lah pipi dia yg montel tue.. kadang2 kami jd takut tengok dia mkn tak berhenti...

Hujung minggu kalau papa ada kat rumah, kami akan bawa dia jln 2 pg taman... erm... main sampai tak mo blk...

imaginasi fahri... " mama, ni lory sampah.... " dia sambung kotak mainan dgn car  dia... apalagi... mama harus la amik gambar kan... :)

Penyokong kuat Malaysia... jgn tak caya... hehe (love this picture very much....)

pandai dah request apa dia nak makan... satu mangkuk tu untuk dia sorang je tau... kaki durian sama mcm papa n mama... heheh

Menunjukkan hasil creativity membuat lego... tak tau la bangunan apa yg dia buat tue... :)

Tolong mama sapu sampah...

manja sangat dgn papa... tengok la betapa khusyuknya diorg berdua....

hujung minggu kalau rajin, kuar jalan2 kat shooping complex....

Buli papa... jadi kuda... (sila abaikan darjah kesepahan rumah tue yerk... )

mcm mn rumah tak sepah... tengok la apa keje dia...

tolong mama kemas rumah... boleh dah diharap suh amik2 barang dan simpan...

fahri sangat suka mandi kat kolam,sungai.... pantai... :)

baca book... ni mmg favourite dia...

bergambar dgn koleksi topi papa n mama...

main gitar... tp gitar nie dah hancur....

lepak atas car sambil main game handphone mama...

mandi kolam....kat umah...

solat berjemaah dgn papa.... moga jd anak yang soleh yer sayang mama...

tido dgn koleksi haiwan kesayangan...

siram pokok..... ni mmg activiti hujung minggu.... mari jar anak kita syangkan alam sekitar... hehhee
apapun... seronok tengok anak membesar depan mata... bila dia dah besar nnt mesti rindu saat2 mcm nie...

sorry sayang kalau mama garang sangat sekarang.... time ni mmg fahri banyak karenah...

mama sayang fahri sangat....



Panduan Lengkap/Suplement Bagi Ibu Mengandung...

Since, aku pon tengh mengandung nie, rasanya sesuai sangatla nak share ilmu ni dengan kawan-kawan yang lain... insyaAllah, aku pon akan mengamalkan pemakanan suplemen cmnie... credit to kak cery

Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung... Tak perlu ikut instruction botol, boleh ikut begini aturannya :


•(1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

•(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.

•(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

•(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

Saya quote from babycenter, ya:

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)


•(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

•(6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.

Saya quote kepentingan Omega :

The benefits for baby are:
A better brain with higher intelligence


•Good nervous system development


•Better eyesight from retina formation


•Fewer behavioral problems after birth


•Better sleep patterns for a new born


Health benefits for mom include:

 
•Less chance of developing pre-eclampsia


•Protection against brain loss during pregnancy


•Less chance of pre-term labor and cesarean


•Much lower risk of postpartum depression


•Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)

Untuk penyerapan nutrients yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Namun kalau nak ambil semua serentak mesti sukar, kan?

Jadi, ini suggestion (Jadual Pemakanan) :

•(1) After breakfast : Secawan ESP & 1 biji Vita-Lea.


•(2) After lunch : B-Comp, Vit-C & Omega.


•(3) After Dinner : 4 biji OsteMatrix.

Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.

Ini sekadar cadangan, boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. Namun, yang OsteMatrix tue, sangat digalakkan ambil di waktu malam.

__________________________________________________

Basic H... Cecair Serbaguna.... Banyak Kegunaannya....

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.











# KEGUNAAN CARA


1 Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


2 Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


3 Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


4 Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak). Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak


5 Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya. Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus


6 Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya. Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas


7 Mencuci & membersih lantai serta alat permainan. Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai


8 Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya . Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal


9 Mengasah pisau.  Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam


10 Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya. Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN


# KEGUNAAN CARA


1 Menghapuskan kutu di atas kepala. Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas


2 Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas. Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.


3 Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya. Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga


4 Demam panas (sebelum berjumpa doctor). Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.


5 Sakit gigi . Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.


6 Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit). Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.


7 Ulser dan mulut berbau. Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8 Penyubur tanaman dan penggembur tanah. Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9 Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya. Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.




some one in the making.....

Semalam aku pegi check up kat klinik Jameaton... dah 16 minggu dah... nak tengok tak apa yang kami tengok?? hehehe...

Seronok sangat... Dr scan satu persatu... kepala.. kaki... tulang belakang... alhamdulillah... semuanya normal..
Cuma bila aku tanya nak tengok jentina... Dr kata tak jelas lg... sbb baby sangat skinny... kecik lg...

erm... tak sabor rasanya... Apa pon kurniaan Nya... aku terima dengan redha... Siapalah j
kita nak mempersoalkan ketentuan yang Allah berikan.... :)

Doa mama buat anak mama : semoga anak mama membesar dengan baik dan sihat dalam kandungan mama... sempurna sifat dan akal... 

Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hambanya...

Raya hari tu bila orang tanya Fahri mana baby adik? Fahri sambil menuding jari kat perut kau... " baby adik dalam perut mama la"... so chomel.. dia dah faham agaknya..

Semoga dengan bakal kehadiran orang baru nie, rezeki kami bertambah baik dan diredhai Nya...

Psttttt ...  dah dapat rasa baby gerak... seronoknya... Ty Dr semalam.. Dr kata baby second selalunya ibu leh rasa cepat.. dah ada pengalaman agaknya... tp dalam 2 hari nie... aku baru rasa 4 kali... hehe

Salam Sayang,

Srifairus

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua....

Salam.. Selamat Hari Raya semua... maaf zahir batin dari kami sekeluarga...

Salam sayang,
Sri, Fairus, Fahri.....2011

Menyusu selepas dua tahun..

Agak tertarik dengan tajuk di atas.. bukan apa.. aku pon salah seorang ibu yang masih menyusu anak yang telah pon berumur 2 tahun 4 bulan... mmg agak mencabar terutama bila ada ahli keluarga sendiri yang memandang pelik dengan apa yang aku buat... '' eee dah besar.. tak malu..."... ni la yang selalu fahri kene.. aku senyum jer.. tp kadang-kadang tu aku menjawab juga.. 'biar jelah.. selagi Sri larat'..... Hubby pon tak menghalang... kenapa orang lain yang tak de ilmu yang sibuk2?? erm... sabar je lah...  aku mmg ada niat nak wean off, tp biarlah masa yang menentukannya...

Aku amik article ni dari seorang blogger yang mmg hardcore breastfeeding.. kagum dengan kecekalannya... meh baca...

credit to : mommy lyna

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)


Dari ayat ini ada 2 penafsiran :


1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.




2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.




Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.


Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:





Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.


Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan. Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.


Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”. Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.


Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”. Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Mungkin sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.


Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.




Salam sayang,
srifairus...

Bila kita banyak membaca kisah orang lain... kita rasa lebih bersyukur...

Hari ni aku dapat email dari sorang opis mate pasal ketabahan seorang ibu yang menjaga anaknya yang sakit sejak dari dilahirkan sehingga anaknya yang berumur 4 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Allah..... kalau aku ditempat ibu tersebut, tak taula samada aku mampu atau tidak... kasih sayang seorang ibu memang tiada tandinganya...

Bila baca kisah orang lain nie, membuatkan aku rasa bersyukur sangat atas apa yang DIA kurniakan kepada kami sekeluarga... kalau setakat kesusahan sikit2 tu biasalahkan... ramai lagi orang yang lebih sengsara dan susah dari kita... kalau tiada cabaran pon boring gak kan... Allah tidak akan menguji seseorang tue diluar kemampuannya...

Subhanallah... Maha Suci Allah....

Salam sayang..

Srifairus...

Setiap ujian itu tanda Allah sayang pada kita...

Harini kat opis aku ada sesi presentation... semua staff division aku wajib buat and bos2 jadi juri profesional nya..  kat bawah ni ada gambar aku tengah present.. sekadar kenangan...

presenter ni kene banyak berlatih lg... huhu
Tp bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya.. tp lepas present, member opis ada bagi satu link pasal kisah kehilangan suami seorang ibu yang sama-sama bergerak dalam MBFPC... meleleh air mata aku... Ni link blog kak Salwa... http://cintahati.com/ramadhan-dan-ujian-buat-kami/.. u all boleh lah baca..

Cuma kalau nak share, sila minta izin dulu dari kak salwa yerk...

Cuma apa yang aku rasa....  setiap dugaan dari Allah itu sebenarnya adalah tanda DIA sayang kepada hambaNya... supaya kita lebih dekat denganNYa...

Bagi aku, kenangan attend ESQ training adalah kenangan terindah yang tidak mungkin dapat aku lupakan... klu ada kesempatan, nnt aku share... melalui training tersebut, betapa aku tersedar bahawa aku selalu melupakanNYa dan betapa Rasulullah sangat sayang kepada umatnya... hanya aku yang alpa dan lalai... Nauzubillah... semoga kita semua sentiasa berada di bawah naunganNya....Ya Allah... ampunkanlah hambaMU.. Allah hu Akbar...

Ok lah.... ada kesempatan, kita jumpa lagi di lain entry..

Salam sayang...

Srifairus
            

Mood nak menulis datang... korang posa tak??

Salam..
Hai korang semua.. apa kabor?? Puasa tak?? Aku puasa.. tp dah 2 hari tinggal.. sbb aku muntah2 teruk sangat sampai lembik... Terpaksa lah buka untuk elak memudaratkan...

So far, mcm mn korang menghadapi bulan ramadhan nie?? Aku?? erm... Alhamdulillah walaupon masih mabuk, aku masih mampu berpuasa... bekerja.. breasfeed Fahri... ya... aku masih breasfeding.. sebab.. tak sampai hati lagi nak wean off.. hati aku tenang jer bila aku bf dia.. tp kadang2 tu bila lama sangat nyonyot nyer sampai jadi sakit, aku meroyan la jg... letak la kopi ker apa ker kat nenen untuk rehatkan sementara dari fahri... bila dia rasa tak sedap, dia tak nak..

Tenang jer rasa ramadhan nie... alhamdulillah... aku pon tak tau kenapa... mungkin rahmat dariNya..
setakat ni aku tak pg solat tarawih kat masjid pon.. tak larat.. lepas jer berbuka, aku agak flat... macam ni la klu tengah bawak badan kan... klu larat aku buat kat rumah jer...

Mcm mn persiapan raya?? tak buat apa2 pon lg... aku tak de mood sangat sbb dalam proses nak beli rumah and pindah.. tp tak tau la bila nak selesai.. mungkin lepas raya aku pindah kot.. duduk menyewa dulu rumah yg kami nak beli tue.. tengok lah keadaan mcmn...

Kerjaya plk, alhamdulillah.. sofar ok.. bos ok... happy dgn kawan2 yg baik hati sangat... moga Allah permudahkan urusan dalam segala hal...

ok lah... zohor pon dah masuk.. aku nak pg solat jap lg... nnt klu berkesempatan aku tulis lg.. untuk renungan diri sendiri dan tatapan sahabat2 yang mungkin mengikuti... salam ramadhan...

PS:  masih pengedar shaklee yang sah... nak apa2 jgn segan silu contact ya!!!