Social Icons

Durian Runtuh! Sukakannya? Gandakannya!!!!

Saya ingin kongsikan keseronokkan Shaklee saya dengan ANDA! Jika anda sukakannya, mari gandakan kegembiraan anda!!!
Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011






Hadiah Utama

Product Shaklee bernilai RM1000

Hadiah Bulanan

2 x Fullpack set A

1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?
  • Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 836724 dan layak menyertainya. Anggapkan ini hadiah saya buat anda yang banyak memberi sokongan kepada saya selama penglibatan saya dalam shaklee secara online.

  • Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.

  • Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di 012-6742355 atau email sri_asn@yahoo.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.

  • Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.

  • Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.

  • Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.

  • Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!

  • Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda!!!!

  • Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.

Jadikan tahun 2011 tahun yang penuh dengan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan!!!!!!

Pernahkah anda terfikir mengapa Full Pack vitamin Shaklee lebih murah?

* ianya adalah harga ahli dan saya beri kepada semua kawan-kawan ibu termasuklah kalian yang membaca blog ini.

* tiada kos re-packing.

* belian secara pukal pastinya lebih murah :)

* Berbaloi dengan lebih penjimatan!

* Ber "seal" dan lebih baik.


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Sms atau telefon saya ditalian 012-6742355.
 
Salam sayang dari Srifairus

1001 kegunaan -Basic H

Saya memang selalu amik ilmu dalam website salah seorang sifu Shaklee dalam group kami. Saya panggil dia kak chery. Dia mmg dah bertahun2 telah menjadi pengguna setia shaklee.

Basic H.. pencuci serba guna
saya amik ni dari sini : credi to kak cery
Sebelum ni saya dah share pasal kalau anak demam dan sekarang ni nak cite pasal Basic H yang saya sebut dlm post tu...... yang saya suke basic H ni bukan je untuk nak tuam baby kalu baby demam panas..tapi mcm2 lagilah...pendek kata 1001 kegunaan...juga boleh meringankan kesakitan especially kesan melecur, mencuci kudis or gatal-gatal pada badan, dan kesan yang paling menakjubkan adalah pada sayur yang layu.... haa.. yang ni paling saya suka... dulu time kat miri biasanya basic H ni guna untuk cuci sayur,cuci botol susu,tuam anak demam(abahnye demam pun..dgn basic H ni juga saya tuam)...kalo jerawat kluar pun saya titik dgn ni...hehe..(basic H ni mmg stok yang wajib kat rumah miri dulu..beli sebotol boleh tahan nak dekat setahun,and now Shaklee dah kluarkan basic H dengan casing yang baru..lagi comel botolnye...double concentrate..RM32 kot kalo tak silap..memang berbaloi baloi)

Sekarang mari kita tgk eksperimen kesan basic H ke atas sayur yang layu(gambar dan tulisan ihsan dari blog kak Ann.. saya tak sempat nak cari sayur,nak snap gambar..harini urusan macam2..)


Ini adalah sayur layu yang saya keluarkan dari peti ais petang tadi.Saya titiskan beberapa titis basic H ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan separuh mangkuk air paip serta dibiarkan selama 15-20 minit



Selepas itu, hasilnya sayur mula segar ......

Kelihatan kotoran hasil dari semburan pestisid ke atas sayur-sayuran

Kotoran ini yang tersembunyi dari mata kasar kita dan sukar untuk ditemui sekiranya sayur dicuci dengan air paip sahaja.

Ni bukannya buat magik...tapi nak berkongsi benda yang baik.... golden rule..kebaikan akan dibalas kebaikan....

Salam sayang...
Srifairus

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee

Credit to : kak N

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee.



Salam bahagia buat semua yang sudi membaca blog ibu. Walaupun tidak lagi menyusu, namun ibu sangat seronok untuk berkongsi pengalaman ibu menyusukan anak2 ibu selama lebih 2 tahun. Pada ibu tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat. Saban hari permintaan ke atas trial pack Shaklee sangat menggalakkan. Pada perkiraan ibu, sebulan melebihi 500 pack yang kami kongsikan bersama kenalan baru.


Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.


Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam trial pack set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi 30 Multivitamin @ Vitalea, 30's B complex, 30's Vitamin c dan 60 biji Alfalfa.


Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Macam ibu walau tidak bekerja namun vitamin sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan 2 anak bujang ibu terutama bila abah tiada di sisi. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?




KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :


Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.


Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.


Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.


Sentiasa rasa bersemangat.


Fikiran lebih positif.


Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.


Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.


Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.


Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.


Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.


Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :


Susuibu menjadi lebih pekat.


Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan


Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.


Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.




Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?


Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.


setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.


Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu... untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.


Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.

Sekadar maklumat tambahan

Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh  sms kan kepada saya 012-6742355

Salam Sayang,
Srifairus

Tips Baby Pintar : 18 aktiviti menarik yang dapat merangsang perkembangan otak anak anda..

credit to kak Cery di sini

Kepada yang sudi singgah di laman ini..terima kasih yer.....petang ni saya nak share tips ni utk semua ibu bapa untuk merangsang minda anak kecil.... atau siapa2 sahaja yg mempunyai adik kecil/anak buah ...dan tips ini untuk saya juga..
Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya..
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.


12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.


13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.


14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


*boleh print nota ni dan apply mana yg patut yerr...sharing is caring

salam sayang,
srifairus @ mamafahri..

Hakikatnya kita takkan dapat puaskan hati semua manusia. ..cukupla dengan mengingati Allah akan buat hati tenteram..

Saya ingin berkongsi cerita... daripada perkongsian dari group tertutup saya di FB....Semoga kita mendapat manfaat dari cerita ini .

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,
"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."
Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,
"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."
Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,
"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"
Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan

Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:

1. Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.

2. Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya. Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)

Dan bagi saya..walau apa pun yang saya lakukan.....saya tak mampu untuk puaskan hati semua orang.. mungkin saya dah lakukan yang terbaik..tapi tidak di mata hati orang lain....tapi hakikatnya saya tak sempurna....cukupla dengan hanya mengingati Allah dapat menjadikan hati saya tenang dan tenteram... Saya doakan yang terbaik buat semua diluar sana....hanya doa yang mampu saya kirimkan buat semua..

Ya ALLAH ya Tuhan Kami


Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka


Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,


Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka


Ya ALLAH ya Tuhan Kami


Susah kami, bantulah Ya ALLAH


Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH


Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH


Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH


Ya ALLAH ya Tuhan Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH


Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH


Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH


Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH


Ya ALLAH Ya Tuhan Kami


Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH


Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH


Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH


Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH


Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH


Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.

..... because health and hapiness go hand in hand....

salam sayang,
srifairus


Ada Masalah GOUT??? Please read this TESTIMONI..

Salam semua.. pagi ni saya terbaca testimoni seorang sahabat yang telah memberikan set shaklee kepada ibunya yang mengalami masalah GOUT.. alhamdulillah ibunya telah beransur pulih.. jom baca.. Saya amik testimoni nii dari sini

Moshi moshi everyone...


hehe :) mesti korang pelik apesal la aula nie letak banyak sgt post in one night....


Well atas permintaan ramai... nie testimoni MAMA saya yang mempunyai long history of health problem.. You name it darah tinggi, kencing manis, asthma and worst of ALL is her GOUT...




Well malam nie I wont be membebel about sejarah GOUT but more on my mom's experience in taking SHAKLEE supplements in improving her health condition....

Hah,.. kalo korang nak tau sape2 yang kena gout nie selalunye kaki dieorang bengkak (swollen), merah and panas..


Condition gout mama mmg terukk.......Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die... It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry...


So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!).

Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;


My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE... die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..


Alhamdulilah with GOD's will...AFTER 1 WEEK... she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit.... sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..


AFTER 2 weeks... ramai la puji dia " Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri". Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!


Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. "SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!"


Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu...

Im sure korang nak tahu ape la package SHAKLEE nie kan??




1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.




2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.




3. Fiber unflavored - menyerap ke semua lebihan gula , lemak dan segala yang tidak diperlukan dari badan disingkirkan melalui perkumuhan.




4. Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Well nampak cam banyak tapi sebenarnye tak.. OK je.. nak sihat kena usaha ye tak??!!


Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas... Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau....


YEap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she's taking due to her asthma... hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!


SO Itula testimoni mama saya... selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama ... I LOIKKEE..

So kawan2... ada sesiapa yang ada parent yang sakit ke gaut ni, pak cik ke... bos ke... boleh la mencadangkan set shaklee ni kepada mereka..

....Because health and hapiness go hand in hand...

Salam sayang,
Srifairus

testimoni diri sendiri ... boleh??

salam..
lama sungguh tak update blog ku yang terchinta nie..
Just nak share testimoni diri sendiri..

Balik dari outstation jumaat lepas, seperti biasa aku memang suka untuk memerap dengan fahri..
Nak stimulate blk lepas seminggu di Sarawak & Sabah..

Tapi akibatnya, sebelah bawah niple luka.. macam garisan kene toreh gitu.. agak mengerikan dan menyakitkan..

Jadi dari sabtu sampai semalam aku rehatkan sebelah nenen dari fahri.. Sambil2 tu mmg amik Vit C dalam set B tiap2 hari dan berdoa semoga nenen yang luka tu sihat cepat..

dan hasilnya, semalam masa nak tido, aku suh fahri isap nenen yang luka tu.. saja nak test.. alhamdulillah dah tak sakit.. mula2 tue mcm ngeri juga.. tp lega... sembuh dah.. syukur ya Allah..

itu lah dia testimoni diri sendiri..

SET B... alfalfa, vitalea (multivitamin), vit C and B-Complex
So kawan2, ada sapa2 nak cuba?? set B bukan setakat penggalak susu... macam2 kesan baik yang kita boleh rasai.. semuanya dengan izin Allah SWT.. insyaAllah...

Kenapa wajah nampak kusam???

credit to kak cery

"thanks kak . memang nak terus consume shaklee je pas ni... insya allah... :) sume org tego faizah berseri2 je pas bersalin neh... yela byk sgt mkn vitamin kot...ahaha...kulit pun da xberjerawat dah... :) alhamdulillah....".. ~faizah..antara ibu2 yang setia dgn shakle mengambil full pek set B dan juga ESP (energizing soy protin)

....entry kali ni saya nak mengenang kembali entry saya yg lepas2 tentang kaitan antara penjagaan kulit dan supplemen.... fokus kepada....wajah kusam....kenapa wajah kusam?...dull skin?.... ramai geng2 shaklee claim..makanlah ESP..nnt kulit cantik..kulit anjal.. awet muda .....kenapa esp (soy protin)..bukannye yang lain2 yang ditekan kan?.lecitin ke calcium ke..alfalfa ke....kenelah ada penjelasan disebalik ni semua kan kan?...kite kene tahu apa yang kita makan..dari segi teori dan sains kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri....??? Kulit menjadi kusam mempunyai kaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang.Tahukah anda bahawa kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah hidup selama 3 minggu dan kemudian akan bertukar kepada sel baru.Dan jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, bagaimana kolagen boleh terbentuk? bagaimana sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sebab tu kulit nampak kusam…Tahukah anda Sel terbentuk dari protein. Mana datangnya sumber protin? dari ikan, ayam, telur, kekacang.Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi?Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je..tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein....Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.In addition to soy protein, sel tadi juga memerlukan vitamn C untuk membentuk kolagen bagi menambahkan kekenyalan kulit. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit............
Ada sesetengah dari kita memang sudah dikurniakan kulit yang cantik dan mulus..Tidak perlu bersusah payah ke pusat kecantikan, ..tak perlu tempek segala mcm krim ataupun bergantung pada suplemen sangat..tetapi sesetengah dari kita memerlukan bantuan suplemen untuk memiliki kulit yang cantik..
walaubagaimana pun, terpulang kepada anda... apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan sekelip mata…tetapi pelaburan jangka masa panjang tanpa kita sedari. ..Yang pasti kecantkan itu milik setiap insan…dan ianya datang dari Tuhan…banyakkan berselawat dan jangan lupa berdoa setiap kali melihat cerminkecantikan luaran itu terhasil dari kecantikan dalaman jua.dan juga amalan pemakanan kita…...
.

Set A untuk ibu mengandung.....

Vitamin Untuk Ibu Mengandung


Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil supplements. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya?

Ya, waktu mengandung.

Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pulak. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sesambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.


Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah, boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal…

Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot?

NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap, “Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut…

Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe…

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, and aboleh cuba Google, ya.

Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?

Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).

Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:

Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)

B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)

Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)

OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)

Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,


Omega Guard


Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,



Energizing Soy Protein


Buat anda yang pertama kali datang ke blog ini (Welcome!), ataupun pertama kali ingin mencuba supplements Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang saya senaraikan di atas melalui pakej percubaan 30 hari berikut:


(1) Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea & B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix : rm130 > Untuk OsteMatrix anda akan mendapat full pack iaitu di dalam bentuk BOTOL


(2) Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea & B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix + 30 tabs OmegaGuard : rm170 > Untuk OsteMatrix anda akan mendapat full pack iaitu di dalam bentuk BOTOL

Sediakanlah yanbg terbaik untuk anak anda dan tubuh anda...

Selamat mencuba..

Salam sayang,
mamafahri






fahri dah setahun 8 bulan 30 dec aritue.. 2010 dalam kenangan...

Anak mama tengah tunggu turn kat klinik.. demam macam tak demam..

gigit sampul duit raya... hehe


halo halo halo... DJ fahri di sini...


layan diri... ikut mama pg exhibition MIHAS


makan sendiri...


jalan2 dgn mama pg Floria 2010


main ball kat tmn bukit jalil....


sakit mata... mata kene gigit dengan semut agaknyer...


happy baby dlm masjid.. tunggu uncle faris nikah...


excuseme... excuseme... mulut i  comot..


main bunga api.. ye ye.. esok raya....


main conteng2 dgn aunty Pris kat opis mama...


taman burung... merak tu lg besar dari Fahri...


cun ler aqilah ni mama... hehe


infection kulit kat nursery... cian anak mama.. happy tetap happy...


Bibik in the making... lap meja.. air tumpah...


apa benda yang dia tulis ntah.. conteng2..

peace version Fahri.. mkn2 kat KFC..

makan durian.. nyumnyum...

tanjung piai...

maha international... rabbit...

Maha International juga.. besar giler sate nih..
wah, dah besar dah anak mama.. syukur ya Allah... lama tul tak update gambar fahri kat dalam nie.. gambar2 di atas adalah antara kenangan kami selama 2010.. banyak sangat yang ingin di kongsikan.. insyaAllah, mama janji, mama akan lebih rajin buat entry untuk anak mama yang tersayang lepas ini.. untuk kita kenang bersama... mama luv u sayang...