Social Icons

Panduan Lengkap/Suplement Bagi Ibu Mengandung...

Since, aku pon tengh mengandung nie, rasanya sesuai sangatla nak share ilmu ni dengan kawan-kawan yang lain... insyaAllah, aku pon akan mengamalkan pemakanan suplemen cmnie... credit to kak cery

Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung... Tak perlu ikut instruction botol, boleh ikut begini aturannya :


•(1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

•(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.

•(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

•(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

Saya quote from babycenter, ya:

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)


•(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

•(6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.

Saya quote kepentingan Omega :

The benefits for baby are:
A better brain with higher intelligence


•Good nervous system development


•Better eyesight from retina formation


•Fewer behavioral problems after birth


•Better sleep patterns for a new born


Health benefits for mom include:

 
•Less chance of developing pre-eclampsia


•Protection against brain loss during pregnancy


•Less chance of pre-term labor and cesarean


•Much lower risk of postpartum depression


•Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)

Untuk penyerapan nutrients yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Namun kalau nak ambil semua serentak mesti sukar, kan?

Jadi, ini suggestion (Jadual Pemakanan) :

•(1) After breakfast : Secawan ESP & 1 biji Vita-Lea.


•(2) After lunch : B-Comp, Vit-C & Omega.


•(3) After Dinner : 4 biji OsteMatrix.

Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.

Ini sekadar cadangan, boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. Namun, yang OsteMatrix tue, sangat digalakkan ambil di waktu malam.

__________________________________________________

Basic H... Cecair Serbaguna.... Banyak Kegunaannya....

Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.











# KEGUNAAN CARA


1 Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


2 Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


3 Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet. Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


4 Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak). Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak


5 Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya. Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus


6 Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya. Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas


7 Mencuci & membersih lantai serta alat permainan. Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai


8 Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya . Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal


9 Mengasah pisau.  Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam


10 Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya. Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN


# KEGUNAAN CARA


1 Menghapuskan kutu di atas kepala. Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas


2 Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas. Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.


3 Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya. Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga


4 Demam panas (sebelum berjumpa doctor). Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.


5 Sakit gigi . Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.


6 Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit). Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.


7 Ulser dan mulut berbau. Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8 Penyubur tanaman dan penggembur tanah. Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9 Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya. Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.




some one in the making.....

Semalam aku pegi check up kat klinik Jameaton... dah 16 minggu dah... nak tengok tak apa yang kami tengok?? hehehe...

Seronok sangat... Dr scan satu persatu... kepala.. kaki... tulang belakang... alhamdulillah... semuanya normal..
Cuma bila aku tanya nak tengok jentina... Dr kata tak jelas lg... sbb baby sangat skinny... kecik lg...

erm... tak sabor rasanya... Apa pon kurniaan Nya... aku terima dengan redha... Siapalah j
kita nak mempersoalkan ketentuan yang Allah berikan.... :)

Doa mama buat anak mama : semoga anak mama membesar dengan baik dan sihat dalam kandungan mama... sempurna sifat dan akal... 

Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hambanya...

Raya hari tu bila orang tanya Fahri mana baby adik? Fahri sambil menuding jari kat perut kau... " baby adik dalam perut mama la"... so chomel.. dia dah faham agaknya..

Semoga dengan bakal kehadiran orang baru nie, rezeki kami bertambah baik dan diredhai Nya...

Psttttt ...  dah dapat rasa baby gerak... seronoknya... Ty Dr semalam.. Dr kata baby second selalunya ibu leh rasa cepat.. dah ada pengalaman agaknya... tp dalam 2 hari nie... aku baru rasa 4 kali... hehe

Salam Sayang,

Srifairus

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua....

Salam.. Selamat Hari Raya semua... maaf zahir batin dari kami sekeluarga...

Salam sayang,
Sri, Fairus, Fahri.....2011

Menyusu selepas dua tahun..

Agak tertarik dengan tajuk di atas.. bukan apa.. aku pon salah seorang ibu yang masih menyusu anak yang telah pon berumur 2 tahun 4 bulan... mmg agak mencabar terutama bila ada ahli keluarga sendiri yang memandang pelik dengan apa yang aku buat... '' eee dah besar.. tak malu..."... ni la yang selalu fahri kene.. aku senyum jer.. tp kadang-kadang tu aku menjawab juga.. 'biar jelah.. selagi Sri larat'..... Hubby pon tak menghalang... kenapa orang lain yang tak de ilmu yang sibuk2?? erm... sabar je lah...  aku mmg ada niat nak wean off, tp biarlah masa yang menentukannya...

Aku amik article ni dari seorang blogger yang mmg hardcore breastfeeding.. kagum dengan kecekalannya... meh baca...

credit to : mommy lyna

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)


Dari ayat ini ada 2 penafsiran :


1. Kewajipan menyusukan bayi sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan.




2. Kewajipan untuk BERHENTI menyusukan selepas anak berusia 2 tahun.




Saya menerima banyak soalan dan mendengar banyak pendapat tentang TIDAK BOLEH menyusukan anak yang berusia lebih dari 2 tahun, samada atas sebab2 merepek misalnya susu jadi darah, susu dah tak ada khasiat dan sebagainya; kepada sebab2 yang agak bijak seperti di dalam al-Quran state “2 tahun”, ibu mesti berhenti untuk susukan anak lain dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan menyusu selepas 2 tahun adalah HARAM.


Kita ikuti jawapan yang diberi oleh Kapten Hafiz Firdaus (penulis buku Pedoman Bermazhab Cara Islam, The Wahhabi Myths dan sebagainya), dalam Majalah Pa&Ma Mei 2011:





Saya suka dengan jawapannya “tempoh menyusu 2 tahun adalah OPTIMUM, bukan minimum mahupun maksimum. Optimum maksudnya yang terbaik, yang paling bagus, the most favorable… Jadi sebaik2 waktu penyusuan ialah 2 tahun. Walau bagaimanapun tiada dosa sekiranya ibu bapa bersepakat untuk mencerai susu sebelum tempoh itu (seperti termaktub dalam surah al-Baqarah di atas) dan tidak ada larangan untuk menyusukan selepas tempoh itu.


Selagi proses penyusuan (selepas 2 tahun) itu tidak menyusahkan mana-mana pihak, baik ibu mahupun anak, maka ia tidak memudaratkan untuk diteruskan. Anak saya sendiri dalam proses ‘weaning’. Lebih mudah untuk wean anak yang dah besar, senang nak cakap; tak payah nak letak2 kopi, jadam segala. Saya pernah buat macam tu juga – letak macam2 tapi budak bijak ni dia sapu je. Macam tu kita pun stress – sebab nak weaning dia sangat; dan pun stress – ‘dikenakan’ dengan macam2. Finally let them wean themselves off.


Apa-apa pun pilihan masing-masing. Jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak menyusukan anaknya hingga tempoh penyempurnaan, juga tidak ada halangan untuk yang mahu melepasi batas waktu itu. Menghayati surah al-Baqarah ayat 233 itu, ada statement yang menyatakan ..”Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya”. Indah bukan. Ibu tidak perlu menderita kerana anaknya, dan diberitahu pula ibu bapa boleh bersepakat untuk memberhentikan penyusuan meskipun anak belum berumur 2 tahun. Bayangkan jika Allah wajibkan menyusu penuh hingga 2 tahun… bagaimana dengan ibu-ibu yang tidak dapat melakukannya, misalnya kerana sakit, atau bermasalah sehingga benar2 tak boleh menyusukan… cantik kan susunan Allah itu.


Walau bagaimanapun, tak mudah untuk menyusukan selepas 2 tahun ni. Bukan tak mudah ape, banyak sangat tekanan dari luar. Orang masih belum boleh terima lagi extended breastfeeding. Biasa anak2 yang besar (bukan lagi bayi) menyusu akan kena ejek “Eeiii tak maluuu”. Malah ada pendapat yang menyatakan penyusuan selepas 2 tahun lebih mendedahkan ‘unsur seksual’ kepada anak tersebut. Mungkin sebab mereka nampak payudara itu sebagai ‘objek seks’.


Entahlah ye, adakah budak2 yang sibuk buat kerja haram sana-sini tu adalah budak2 yang dulunya menyusu selepas 2 tahun? Menarik juga kalau ada orang nak kaji (serius ni). Kalau benar terbukti, maka memang wajar kita berhentikan penyusuan setakat 2 tahun saja.




Salam sayang,
srifairus...

Bila kita banyak membaca kisah orang lain... kita rasa lebih bersyukur...

Hari ni aku dapat email dari sorang opis mate pasal ketabahan seorang ibu yang menjaga anaknya yang sakit sejak dari dilahirkan sehingga anaknya yang berumur 4 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Allah..... kalau aku ditempat ibu tersebut, tak taula samada aku mampu atau tidak... kasih sayang seorang ibu memang tiada tandinganya...

Bila baca kisah orang lain nie, membuatkan aku rasa bersyukur sangat atas apa yang DIA kurniakan kepada kami sekeluarga... kalau setakat kesusahan sikit2 tu biasalahkan... ramai lagi orang yang lebih sengsara dan susah dari kita... kalau tiada cabaran pon boring gak kan... Allah tidak akan menguji seseorang tue diluar kemampuannya...

Subhanallah... Maha Suci Allah....

Salam sayang..

Srifairus...

Setiap ujian itu tanda Allah sayang pada kita...

Harini kat opis aku ada sesi presentation... semua staff division aku wajib buat and bos2 jadi juri profesional nya..  kat bawah ni ada gambar aku tengah present.. sekadar kenangan...

presenter ni kene banyak berlatih lg... huhu
Tp bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya.. tp lepas present, member opis ada bagi satu link pasal kisah kehilangan suami seorang ibu yang sama-sama bergerak dalam MBFPC... meleleh air mata aku... Ni link blog kak Salwa... http://cintahati.com/ramadhan-dan-ujian-buat-kami/.. u all boleh lah baca..

Cuma kalau nak share, sila minta izin dulu dari kak salwa yerk...

Cuma apa yang aku rasa....  setiap dugaan dari Allah itu sebenarnya adalah tanda DIA sayang kepada hambaNya... supaya kita lebih dekat denganNYa...

Bagi aku, kenangan attend ESQ training adalah kenangan terindah yang tidak mungkin dapat aku lupakan... klu ada kesempatan, nnt aku share... melalui training tersebut, betapa aku tersedar bahawa aku selalu melupakanNYa dan betapa Rasulullah sangat sayang kepada umatnya... hanya aku yang alpa dan lalai... Nauzubillah... semoga kita semua sentiasa berada di bawah naunganNya....Ya Allah... ampunkanlah hambaMU.. Allah hu Akbar...

Ok lah.... ada kesempatan, kita jumpa lagi di lain entry..

Salam sayang...

Srifairus
            

Mood nak menulis datang... korang posa tak??

Salam..
Hai korang semua.. apa kabor?? Puasa tak?? Aku puasa.. tp dah 2 hari tinggal.. sbb aku muntah2 teruk sangat sampai lembik... Terpaksa lah buka untuk elak memudaratkan...

So far, mcm mn korang menghadapi bulan ramadhan nie?? Aku?? erm... Alhamdulillah walaupon masih mabuk, aku masih mampu berpuasa... bekerja.. breasfeed Fahri... ya... aku masih breasfeding.. sebab.. tak sampai hati lagi nak wean off.. hati aku tenang jer bila aku bf dia.. tp kadang2 tu bila lama sangat nyonyot nyer sampai jadi sakit, aku meroyan la jg... letak la kopi ker apa ker kat nenen untuk rehatkan sementara dari fahri... bila dia rasa tak sedap, dia tak nak..

Tenang jer rasa ramadhan nie... alhamdulillah... aku pon tak tau kenapa... mungkin rahmat dariNya..
setakat ni aku tak pg solat tarawih kat masjid pon.. tak larat.. lepas jer berbuka, aku agak flat... macam ni la klu tengah bawak badan kan... klu larat aku buat kat rumah jer...

Mcm mn persiapan raya?? tak buat apa2 pon lg... aku tak de mood sangat sbb dalam proses nak beli rumah and pindah.. tp tak tau la bila nak selesai.. mungkin lepas raya aku pindah kot.. duduk menyewa dulu rumah yg kami nak beli tue.. tengok lah keadaan mcmn...

Kerjaya plk, alhamdulillah.. sofar ok.. bos ok... happy dgn kawan2 yg baik hati sangat... moga Allah permudahkan urusan dalam segala hal...

ok lah... zohor pon dah masuk.. aku nak pg solat jap lg... nnt klu berkesempatan aku tulis lg.. untuk renungan diri sendiri dan tatapan sahabat2 yang mungkin mengikuti... salam ramadhan...

PS:  masih pengedar shaklee yang sah... nak apa2 jgn segan silu contact ya!!!




2 bulan yang meletihkan... tapi aku seronok dan puas...

Salam..
waaaaa... lama sungguh tak update blog... sangat sibuk 2 bulan kebelakangn nih.. dan 2 bulan ni jg la yang banyak mengajar aku erti menghargai sebuah keluarga... mertua... suami... anak...

selama 3 minggu aku outstation keseluruh Malaysia... dalam tempoh tue Mertua aku yang jaga Fahri.. Alhamdulillah.. Fahri akau tengok happy kat sana.. ceria berbanding kalau aku hantar ke nursery..

Dalam penguhujung bulan 4 hingga awal bulan 5 aritue, aku berkesempatan pg bercuti ke Bali bersama Fairus & Fahri.. hero hati ku.. happy sangat.. lama tak pegi makan angin sejak mengandungkan Fahri.. klu pg pon, setakat dalam negara jer...

Dan perkara yang paling penting yang ingin aku kongsikan adalah aku telah mengandung nak masuk  7 minggu... syukur Ya Allah... dalam penat2 dan sibuk outstation tu, cepat pulak kali nie aku mengandung... padahal senggang hujung minggu yang ada memang padat dengan aktiviti dan aku mmg kepenatan... mungkin, inilah kesan pengambilan suplemen shaklee yang berterusan... syukur Ya Allah... Tubuh bersedia untuk menerima persenyawaan dan pelekatan janin... waktu yang ada dalam selang waktu aku outstation itu membuatkan kami suami isteri lebih menghargai kehadiran satu sama lain... terima kasih suami ku....

sekadar mengimbas kenangan semasa aku cuba untuk mengandung kali pertama dulu... agak payah.. selepas setahun lebih kami berkahwin, baru aku di sahkan hamil...

kerjaya pulak, alhamdulillah makin stabil... dapat bos yang bertimbang rasa.. baik hati... TQ Bos.. u are the best bos in the world...

Wish list aku nak beli rumah tahun nie, alhamdulillah... tengah dalam proses... semoga Allah permudahkan urusan... Amin...

dan kat bawah ni aku  share skali gambar2 kami masa di Bali.... sekadar kenangan untuk di kenang...
ni mua excited nak pg KLIA... dalam ERL...

mama dgn fahri plk tunjuk muka excited... hehe

haaaaaaaaaaa... muka ceria baru bangun tido.. time atas flight ni la aku ajar fahri pasal awan.. skrg ni kalau dia tengok langit, mesti dia bagi tau aku..."mama tu awan..."

turun jer dari flight, driver bawak pg Uluwatu.. tengok tarian kecak.. kene pakai kain cmtu sbb situ area kuil... tengok lah mat2 saleh tu pon pakai...

kat sini view mmg cantik.. leh tengok matahari terbenam..

tarian kecak bermula...



abis tengok show, pg mkn seafood plk.. ambik ko.. kene dekat sejuta rupiah... hehe

esoknyer pg tengok tarian Barong... klakor.. fahri takut tengok binatang uh.. kat sini kepercayaan hindu diorg sangat kuat
ada mistik2 skit... diorang nih tikam diri sendiri guna keris tak luka langsung...

pastu sambung journey pg jalan2 kat tempat yg byk monyet.. dah lupa nama tempat nih... Fahri la yang paling seronok ...

pg padi teres plk... cantik.. subhanallah...

sempat mencuci mata tengok barang hiasan rumah... kami sempat sambar satu...

ni kat restoran bebek tepi sawah... cantik restoran   nih..

ok... time  nak pg swimming plk.. mama, fahri dah ready...

tengok lah muka excited dia... bila nampak laut...

 


                                           ni tarian kecak punya video... leh la try tengok...
haaaaa... ni bilik kami... menarik gak lahhh... rasa tak nak balik..

bilik ni ada private swimming pool... tp tak mandi sangat pon.. sejuk...

kat bilik pon nak main bola...


time nih pg jalan kat pantai kuta... penawar hati mama n papa nih... tomei mama

pantai kuta lg...

ni kat perkarangan hotel plk... lepak2 tepi pantai...

mama, peace...
selit lah sekeping gambar nih... malu plk... hehe

pg pulau turtle... fahri takot...

tengok lah betapa besarnya ia....

mama & papa posing.. fahri sibuk tengok kura2...

nak pg snorkling tak dapat... bg jer la ikan mkn dari bot..

kat sini boleh sewa private bot.. jalan2.. yg penting sediakan wang nyer ajer ya pak...

eh... tetiba sesat plk gambar swimming poll nih.. bercita2 nak ada swimming poll cmni gak kat umah boleh?? hehe
ni jalan2 masa air surut.. kitaorg 3 beranak sewa motorsikal n jalan kat tepi pantai berhampiran... macam2 hidupan laut yg terdampar..pelbagai jenis ikan, tapak sulaiman, landak laut... ular pon ada.. scary...

malam terakhir kitaorg ada candle light dinner... betul2 tepi laut... kemah tu di bina utk kami... memang superb..
siap ada iringan nyanyian gitar.. boleh request la lagu apa nak org tu nyanyi..


suasana romantis gitu.. sapa2 nak bulan madu tu mmg sesuai sanagt lah pg sini..

antara menu candle light dinner mlm tue..
eh.. tetiba ada plk gambar nih.. fahri sibuk minta mama beli mcm2... sabor jelah budak kecik nih..
Oklah.. banyak dah rasanyer aku upload... ada masa lebih plk arini update blog... ok.. jumpa lagi di lain entry..

Iklan skit: ada sesiapa nak beli suplement untuk kesihatan dengan harga istimewa, bole la try contact saya utk maklumat lanjut yer...


salam sayang...
mama fahri@srifairus





Tahniah Sri....Tahniah sayang... Anak mama dah 2 tahun menyusu dengan mama...

Alhamdulillah... syukur Ya Allah... 30 April aritue, dah 2 tahun Fahri menyusu dgn mama...
suatu pengalaman yang amat berharga buat mama dan suatu azam yang mama tak sangka mama mampu lakukannya...

Kalau diingatkan semula pengalaman mama mengandungkanmu, alhamdulillah tidak banyak masalah yang mama hadapi... pening-pening skit tu, biasalah.. mama masih mampu puasa walaupun waktu itu mama tengah mabuk....

Saat melahirkanmu, Allah Ar-Rahman permudahkan urusan mama.. dengan ditemani papa, tak sampai 30 minit di labour room, anak mama selamat dilahirkan ke dunia..

Ujian semasa menyusukanmu agak hebat.. hanya ibu-ibu yang menyusukan sahaja yang memahaminya.. Mujurlah tekad mama masih kuat dan hingga sekarang mama masih menyusukanmu... Terima kasih papa atas sokonganmu.. atas belas dan kasih mu.. membantu mama dalam menguruskan rumah... menyimpan susu2 yang mama dah perah.. tanpa mu, mama mungkin telah lama mengalah...

Sebagai tanda kasih mama pada Fahri, mama ingin mencoretkan sebuah post khas untuk anak mama...
Lama dah mama ta tulis pasal anak mama nie..

Erm... Kita mula dengan perkembangan anak mama semenjak dilahirkan..

30 April 2009 :
Selamat dilahirkan di dunia pada jal 7.59 pagi.. Mama dah rasa sakit perut mcm nak berak dari jam 1 pg.. asyik nak terberak jer sampai pkl 4.30 pg.. ulang alik ke toilet tak tau berapa puluh kali.. kosong dah usus mama... Hasilnya, mama teran tak de pon kuar hasil2 lain... hehehe... clean..
Mama mula menyusukan anak mama.. buat kali pertama.. walau pun agak kekok, tp nurse2 kat hospital serdang tue ajar mama dgn baik...

2 May 2009 :
Anak mama di masukkan ke ward NICU Hospital serdang sebab demam dan kuning... masa tu nurse check susu mama masih sikit... nurse suruh mama bagi fahri susu formula.. masa nurse amik fahri dan sua kan susu formula tu, air mata mama mencurah2 keluar.. tp mama terpaksa sebab untuk keselamatan anak mama...

Anak mama 4 Bulan setengah :
Anak mama dah mula meniarap.. debab betul fahri masa tue.. 4 bulan, berat fahri dah pon mencecah 7.4 kg.. dalam masa sebulan anak mama dah laju menyusur.. tahniah sayang...

6 Bulan :
Mama dah mula bagi fahri mkn bubur nasi yang dah di blender.. Fahri mmg sangat suka makn.. mama suke.. hehe

9 Bulan :
Anak mama baru nak merangkak.. hehehe.. mama ingatkan tak merangkak dah fahri nie.. sebab fahri dah boleh berdiri dengan memegang sesuatu...

Setahun Satu bulan :
YAAAYYYYYYYYYYYY.. anak mama dah berjalan... hehehe.. tak pe la lambat skit.. mama tetap bangga dengan anak mama... tak lama lepas anak mama dah boleh berjalan, anak mama dah boleh terus berlari sambil tendang bola.. cayalah.. mcm gaya tores dah.. papa siap beli baju spain untuk fahri.. tak sangka spain menang plk piala dunia 2010 aritue... hehe

Setahun Setengah :
Anak mama tak le becok sangat.. tp banyak juga vocab yang fahri dah boleh sebut.. anak  mama pon dah kenal banyak benda bila mama tanya.. contoh, mcm kipas, lampu, pintu, dan mcm2 lagi.. anggota badan pon dah kenal.. nose, teeth, rambut, kepala, hand, fingers, perut.. kaki.. hehe...

2 tahun:
Anak mama sambut birthday ke 2 thn aritu kat bali.. hehehe.. tp fahri demam la sayang.. cian anak mama.. kita rehat2 jer kat bilik.. mama n papa tengah pikir ni nak celebrate ke tak birthday fahri nie.. cmne yerk.. celebrate skali je lah dgn anniversarry mama n papa nnt yerk.. kita2 jer.. hehe

Bila fahri nak dekat 2 tahun aritue, mama tengok perkembangan fahri agak cepat.. dah boleh buat ayat...fahri dah boleh nyanyi lagu2 yg mama ajar.. anak mama dah boleh kira 1-10 dalam bahasa inggeris dan b melayu..
Wah.. anak mama dah boleh nyanyi lagu alif ba ta.. sampai ya.. tp memang la tak sempurna.. klakor pon ada kalau mama dengar fahri nyanyi... nanti mama nak rakam n upload dalam nih.. hehe

Sekarang : Fahri tengah tido setelah mama paksa.. tak abis2 anak mama nie nak dengar lagu nursery kat youtube/cd... dah pkl 10.30 td.. pastu mama bagi nenen, akhirnya terus terlelap.. ngantuk dah... tp lawan mata tue nak nyanyi punya pasal.. apa dah anak mama. nih..

Tapi mama perasan satu perkara... anak mama sangat malu dgn org lain.. anak mama diam jer kalau kita pegi umah tok papa.. sebenarnya fahri dah boleh cakap.. tp fahri malu.. berkepit jer dgn mama.. jadi sumer org ingat fahri tak boleh bercakap lagi.. dgn mama n papa kat rumah, fahri tot tet2.. mulut fahri membebel2... kenapa yer sayang??

Minggu depan mama outstation 2 minggu.. aduh hai.. anak mama tak berhenti menyusu badan lagi.. kalau mama tak perah, mau kering terus nanti.. mama risau.. moga rezeki untuk anak mama terus ada... mama tak sampai hati nak wean off lagi.. bila tengok fahri kat nenen mama, hati mama rasa tenteram jer.. anak mama sangat manja dgn mama..

jalan2 dengan mama n papa kat floraria...



Fahri time ih dah 3 bulan

masa ni anak mama baru jer pandai meniarap

segar la lepas mandi mama,,,

masuk pertandingan baby sihat.. tp yang menang mak-mak sihat.. hehe

I hate sitting here... mama, nak dukung..

fahri @ 6 bulan..

montel mama

happy baby...

pengarang jantung papa n mama

masa demam... cian die...

new year.. jalan2 KLCC

raya pertama untuk fahri.... @4 months


lepas pantang... makan burger king.. mama lepas gian.. hehe
Nanti mama upload lagi... mama sayang fahri...

salam sayang,
srifairus