Social Icons

muhammad fitri shah dah lahir..... hehehe

selepas dibersihkan & kuar dari labour room... muka mama yg pucat... huhu

hai, nama saya Muhammad fitri shah... peace no war... hehe

hari ketiga dah...  ngantuk... dah nampak bolat... hehe
6 hari... saya ada kuning skit... tp masih terkawal...

mama saya jahat... amik gambar masa ngangis.. abis hensem saya... :)


Salam semua...  nama saya Muhammad Fitri Shah... Umur saya baru 6 hari... saya dilahirkan oleh mama saya pada 6 Februari 2012.. pukul 4.32 petang kat Hospital Serdang... nak tau citer hari saya dilahirkan... hehehe.. kesian mama saya...
mama saya kata, dia start rasa contraction masa azan subuh cmtu.. dia terbangun... tp tak sakit sangat lg...  mama kata kat papa, takut brxton hick lg... tp jam 7 pg, kuar darah... mama n papa bersiap nak pg hospital... kesian kat abg fahri... kene post kat umah Ibu IMa... abg Fahri tak leh ikut... huhu...
 
sampai hospital dah 8.30... bila dr tengok tahap kekuatan contraction n bukaan serviks, Dr suh mama blk dl.. br 1 cm...mama n papa pg umah wan.. sbb rasanya tak lama dah mama ni nak deliver.. sampai umah wan dah pkl 11. rehat, mkn tengahari... pkl 1 mama dah stsrt rasa sakit contraction yg lebih kerap dan sangat sakit.. darah pon dah kuar banyak... bersiap pg hospital semula.. huhu
 
sampai hospital dah pkl 2.00 ptg.. nurse2 n Dr perasan yg mama dah datang pg td... hhehee.. cek  lg sekali bukaan n contraction... dah 4 cm... contraction pon makin kuat... dalam pkl 3.lebih...mama ckp dgn nurse, contraction dah mkn sakit... tp nurse suh mama pg kencing sbb dah sebotol air  masuk dalam badan.. masa nk pg kencing tue, darah meleleh2 dari kaki mama... kesian cleaner hospital arini...dapat keje lebih..
 
pkl 4 ptg... mama rasa mcm dah tak tertahan menanggung sakit contraction... sekali lg mama panggil nurse suh panggil Dr  cek bukaan... Dr kata masih 4 cm... tp dia decide nak pecahkan air ketuban... dia minta nurse check dgn labour room dah ada yg kosong ke tak... bila labour room kata ok, br boleh pecahkan air ketuban.. pkl 4.15, Dr pecahkan air ketuban...
 
lepas Dr pecahkan air ketuban, dgn tak semena2, mama terus rasa mcm nak meneran... dah tak tertahan dah... mama bukan sengaja nak meneran pada bukaan 4 cm... giler per... Bila dah jd cmtu, Dr terus suruh sorong pg labour room... mama dengar nurse suh panggil papa masuk labour room...
 
sampai labour room, mama punya bukaan serviks dah 10 cm... masa tu, nurse tak tengok lg.. dia suruh tahan... adohai... mana boleh tahan ma... bila dia selak, eh... 10 cm dah.. dia kata... boleh teran dah... apa lg... mama terus teran... tup tup... pkl 4.32, mama selamat melahirkan anak mama yg kedua... saya la org nyer... hehehe..
 
Apa yg buat mama terkilan, papa tak sempat masuk pon labour room temankan mama... masa papa sampai, nurse tengah potong tali pusat saya... huhu.. kesian kat mama... papa rasa bersalah sangat... tp mama redha n yg paling penting, semuanya dah selamat... papa bukan sengaja.. dah tue, mama tu tak menyempat2... cepat sanagt dah kuarkan saya... huhu
 
oklah.. itulah cerita hari kelahiran saya... merasa la mama duduk ward satu malam.. dulu masa abg fahri, mama deliver pagi... ptg dah boleh keluar... alhamdulillah... Allah masih permudahkan urusan kelahiran anak2 mama...
 
mama berharap n berdoa, moga dengan pertambahan ahli keluarga baru nie, rezeki kami makin murah, dan lebih diberkati Allah.. Mama selalu berdoa agar anak2 mama menjadi anak yang soleh dan beriman serta dapat berbakti kepada bangsa agama dan negara... ewahhhh...
 
sekian dulu cerita kelahiran saya... nanti bila dah besar, saya boleh baca citer nie... kan mama... itu la niat mama...
tata titi tutu... salam mesra dari Fitri Shah...
 
 

Fahri shah diusia 2 tahun 9 bulan... I love u sayang....


Tolong @ kacau papa mengecat.... di hujung minggu...

gaya fahri mengecat... potensi nak jd kidal... sumer benda buat tangan kiri...

hasil keje fahri... comel tak?? hehehe
Kalau kaler buku, bukan gambar yg di kaler... tp latar belakang... huhu

khusyuk meng 'kaler'....
sangat suka main lego... kreatif... tengok la koleksi lego dia... "mama, raksasa lawan dengan ultraman Dyna... "

lagi hasil lego...


sosek pulak gambar nie... suka sanagt mkn durian... huhu
antara koleksi hasil kekrativitian fahri...
ntah apa ntah nie...  harus la mama snap kan... huhu... (ni klu tengok dr posisi depan, mcm burung.. ada kepak... centre n balance.. )



layan you tube... dia pandai pilih sendiri apa yang dia nak tengok... mama tolong taip tajuk untuk mula2 jer...
advanced budak2 zaman skrg nie... huhu... mama taip ultraman, bila tengok sejam kemudian dah jd boboiboy... tak pon upin ipin...  angry bird pon ada.. hehe

34 weeks ++.. 6 weeks to go... or maybe less...

Waw.... 34 weeks already... manyak seronok... manyak excited... manyak besau itu perut... bak kata sorang member opis nie, macam basket ball melekat kat perut.... hahhahahah

ok lah... dah time to go back.. bos pon takde... tak mau blk lmbt2... nnt kita tulis lg.. cau dulu...

Salam sayang,
srifairus

Ibu menyusu : siapa yang perlu amik vitamin?

Setiap orang mempunyai cara hidup dan pegangan yang tersendiri. Tiada siapa berhak mengatakan sesuatu itu perlu atau tidak kecuali kita sendiri yang menentukan. Mungkin 'sesuatu' itu perlu pada kita tetapi tidak pada orang lain. Tidak kurang juga bilamana 'sesuatu' itu adakala tidak perlu untuk kita namun ia penting buat orang lain. Hanya kita yang berhak menentukan apa yang perlu dan tidak buat diri kita. Namun ianya balik pada keperluan individu.

Sama juga dengan pengambilan vitamin. Bukan semua orang perlu amik vitamin. Ia memang benar sama sekali. Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang, tiada sakit yang perlu dirawat, sentiasa bersenam dan punya masa beriadah, bebas dari stress....memang tidak perlu makan vitamin. Namun ada sesetengah pendapat, walau mereka sihat mereka tetap mengambil supplement sekadar memastikan semua keperluan nutrien oleh tubuh dipenuhi dengan baik dan ianya salah satu cara untuk mengekalkan atau memastikan tubuh sihat. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit :)

Bagi ibu yang menyusu, banyak pendapat yang mengatakan tak perlu amik supplement memandangkan makanan harian yang seimbang sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan :

1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Jika si ibu makan dengan tidak teratur ditambah tidak seimbang, bayi hanya akan mendapat zat yang sedia ada dalam badan ibu. Jika si ibu kekurangan zat besi ini boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan bayi.

2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.

3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.

5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.

6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.

7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Selain amalan kerohanian seperti membacakan Fatihah untuk si anak, bersedekah si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.

8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka vitamin sedia ada akan digunakan untuk merawat tubuh si ibu terlebih dahulu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.

9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu 'supply' makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan.

10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah....hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.
credit to : Kak n
 
Salam sayang,
Srifairus

tetimoni seorang ibu menyusu dengan set breastfeeding Shaklee

credit to : http://aliahrafiq.blogspot.com/2011/12/milk-booster.html
 
Milk Booster?

Pertama kali saya mencari produk untuk menambahkan susu semasa anak saya berumur sepuluh bulan. Ketika itu saya mengalami susu merundum yang agak teruk. Payudara menjadi sangat kempis dan ketika itu saya perasan setiap kali anak direct feed, dia seakan-akan tidak puas dan menyusu dalam jangkamasa yang sangat lama. Apabila saya pam, tidak sampai 1oz pun yang keluar. Pelbagai cara saya cuba, minum milo, soya, horlick, kurma dan bermacam lagi. Ada yang kata amalkan memakan halba, masak bersama nasi atau hanya kemam begitu sahaja dan terus telan (saya cuba juga gara-gara ingin membanyakkan susu, rasanya sungguh......). Tapi semuanya tidak memberi hasil seperti yang saya inginkan. Ketika itu juga saya selalu mengalami lenguh-lenguh badan, cepat letih dan sakit pinggang ketika bangun tidur. Mungkin kerana keletihan dengan beban kerja menjadikan badan saya tidak berada dalam keadaan yang terbaik.

Setelah mencari-cari suplemen di internet, saya membuat keputusan untuk consume Set B (untuk penyusuan) dari Shaklee. Alhamdulillah, badan saya tidak menunggu terlalu lama untuk merasakan kesan daripada pengambilan vitamin tersebut. Pada hari kedua saya amalkan, saya merasakan payudara penuh dan susu lebih banyak dari sebelumnya. Anak saya juga tidak menyusu dalam jangkamasa yang lama seperti sebelumnya, dia cepat kenyang dan sendawa. Masalah lenguh-lenguh badan yang saya alami juga beransur hilang, saya merasakan lebih bertenaga dan cergas.

Mari kita lihat apa yang terkandung dalam setiap vitamin yang saya amalkan, iaitu dalam set B ini :

Vitamin C
  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  • Membantu dalam penyerapan zat besi
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan


B Complex
  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit

Vitalea (Multivitamin)
  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  • Penting bagi prosess pertumbuhan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Melengkapkan nutrien yang kurang
  • Membantu penyerapan zat dari makanan

Alfalfa
  • Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein
  • Mengatasi sakit sendi
  • Membanyakkan susu badan


Di sini ingin saya tekankan bahawa untuk memperbanyakkan susu bukan hanya dengan pengambilan suplemen/ vitamin semata-mata. Suplemen/ vitamin hanya membantu ibu-ibu supaya kekal sihat dan cergas, menstabilkan emosi dan sebagai tambahan sekiranya ibu-ibu merasakan diet harian yang diambil tidak mencukupi. Jadi, apabila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu akan menjadi lancar. Untuk berjaya dalam penyusuan, konsep asas penyusuan (demand vs supply) haruslah dipenuhi dahulu.

Di bawah terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan, bagi memastikan pengeluaran susu akan sentiasa lancar :
  • penuhi konsep penyusuan - lebih kerap payudara dikosongkan, lebih cepat susu dihasilkan (pam setiap 2/3 jam sekali dengan konsisten)
  • kerap beri bayi anda susu secara direct feeding dan kerapkan sentuhan/skin contact dengan bayi anda
  • lakukan power pumping setiap hari seelok-eloknya pada tengah malam - jika menggunakan double pump, pam 10 minit kemudian rehat 10 minit, lakukan selama 1 jam. Jika menggunakan single pump, pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian tukar sebelah lagi selama 10 minit, berselang seli sehingga cukup 1 jam
  • minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari (minum sedikit-sedikit secara istikamah)
  • amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan pengambilan ais dan minuman berkafien
  • amalkan gaya hidup sihat, elakkan stress/ tekanan emosi di tempat kerja atau di rumah
  • banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah kerana dengan izin dan kuasa Nya sahaja yang akan memberikan bayi kita rezeki walau hanya setitis susu
OK, jika sesiapa yang berminat untuk maklumat lebih lanjut dan tips2 eksklusif untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dengan pengambilan suplement shaklee, boleh pm saya di sri_asn@yahoo.com @ sms di 0126742355..
 see u

Salam sayang, 
Srifairus 

bercakap dengan fahri....

Kejadian nie berlaku semalam....

Fahri : mama, aish nak pg work.. mcm papa dengan mama pg work. (sambil menyarungkan lanyard aku kat leher dia)...
Aku : yer..aish nak pg work mcm mama dengan papa yerk...
Fahri : sambil buka lanyard tu balik melakonkan aksi mandi... "Mama, aish mandi... sikat rambut, (melakonkan aksi menyikat) dan mengambil bateri AA yang tercabut dari belakang Ultraman dia sambil melakonkan aksi seperti memakai gincu.... lastly pakai balik lanyard td... (turutan kalau mama n papa nak pg keje... tu yg dia pikir agaknya..)
Aku : hahahha.. fahri... pakai gincu ker?? fahri baby boy la.. mana pakai gincu... (sambil tergelak tengok aksi dia)
Fahri : senyum jer... sambil aku tarik dia cerita balik kat papa dia apa yg dia buat...
Papa Fahri : aish mana boleh pakai gincu... mama jer pakai gincu tau...

(klakor cmpur risau... fahri sangat baby... budak umur dua tahun lebih nie mana la tau benda2 cmni kan)... huhu

masa ni umur fahri baru genap setahun... besday dia.. sekarang, besar dah...
Fahri fahri... Mama love u very much...

HB dari 9.3 ke 11 .1 dalam masa sebulan.. Happy, syukur, bangga... TQ Allah...

Salam..

hari nie aku pg buat check up kat KKIA Salak.. n hari niesatu perkara yang mengembirakan aku telah berlaku... nak tau tak apa??
Masa kandungan aku hampir 5 bulan : HB aku 9.1 jer ( mkn obimin yg Dr bagi jer)... sbb aku tak lalu nak mkn suplemen shaklee. Obimin all in one la konon kan... tak lalu ni penangan mabuk yg agak teruk.. masa ni aku check kat  klinik swasta.. Dr tu cakap continue jer mkn obimin tue...

Atas kesedaran itu, dan aku sedar perlu konsisten balik amik shaklee, aku mkn on off suplemen shaklee nie ikut apa yg aku suka.. paling aku suka adalah Vit B compleks n Vitalea... Vitalea ni mmg ada zat besi untuk membantu meningkatkan HB akau nie..

masa kandungan aku 6  bulan setengah : HB dah naik ke 9.6. Masa ni aku dah pindah rumah dari Seri Kembangan ke Salak Tinggi.  KKIA kat sini tengok HB aku masih terlalu rendah... padahal dah naik sebenarnya... Dia suggest aku amik Ferum Fumarat sampai 4 biji sehari, Vit C, and Asid folic.

Kandungan aku 7 bulan: HB aku makin turun... jadi 9.3... after 2 minggu consume suplement yg Dr bg... oh tidak.. masa aku amik fumarat tue, aku mcm keracunan mknn.. jd cirit birit la.. nak muntah la.. mmg tak boleh nak telan..

bermula dari situ, aku tekad nak istiqamah mkn suplemen shaklee semula walaupon kadang2 aku alpa.. Asyik outstation memanjang ... payah... Walaupon aku dah boyot.. dah kerja.. nak buat cmne.. kan.. tu belum lg sibuk hal Family (kenduri kendara adik beradik yg nikah n tunang...) huhu

Hari nie kandungan aku dah 8 bulan : dan hasilnya masa ujian darah hari nie, aku punya HB dah naik jadi 11.1... alhamdulillah.. syukur Ya Allah...

Sekali lagi aku telah ditunjukkan dengan keberkesanan shaklee nie dengan ketara... syukur Ya Allah..

Nak tau apa yg aku amalkan?? jgn lupa msg aku yek... sri_asn@yahoo.com @ sms pon boleh..

Ok lah... nak pg solat jap... nnt kita share lg info2 yg berguna yerk..

Salam Sayang,

Srifairus

Ilmu Penyusuan : Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Hari ni mari kita refresh semula kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu...

Adaptasi dari : pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu (Faedah Kepada Bayi)

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi :
  • Mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mudah dihadam
  • Sentiasa sedia pada suhu yang tetap
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir hingga 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ke 3 mengandungi antibodi (IGA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu  (Faedah Kepada Ibu)
credit to :google..
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
erm... macam 2 faedah yang kita boleh dapat... semuanya adalah percuma.. apa lagi kawan2... tak  yah pg slimming centre nak kurus balik.. heheh (nasihat untuk diri sendiri nie... huhu... ku agak tembam sekarang nih... ) 

Tp bab kasih sayang dan keakraban nie yang paling tak ternilai... buktinya, fahri shah mmg amat rapat dengan aku... tp juga amat manja dengan papa nyer... hehe.. ofcoursela kan...hahhaha... mak bapak dia... huhu

Esok ada check up lg kat KKIA Salak... jadi pengunjung tetap tiap minggu dah nie.. nasib baik dapat bos baik hati dan memahami....  kalau dapat beranak awal pon best juga... hehe... cukup jer 36 minggu,  kalau dapat beranak dgn selamat, mesti best... hehehe..

Ok lah, jumpa lg dilain entry...

PS: kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set penjagaan kesihatan shaklee, boleh la hubungi saya yer...  :)

Refresh maklumat penyusuan susu ibu... Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia & Penyusuan susu ibu menurut islam...

Penyusuan susu ibu langkah terbaik untuk bayi dan anda......


Setuju dengan statement di atas... tinggal beberapa minggu jer lagi before deliver... so, aku tengah nak refresh balik ilmu2 penyusuan .


Jom kita start dengan polisi penyusuan susu ibu di Malaysia...


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga mencapai usia 2 tahun.. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.. "


So kawan2, polisi nie pon sebenarnya bertepatan dengan suruhan agama kita untuk menyusukan anak hingga 2 tahun...

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Kat bawah nie pulak ganjaran yang diberikan kepada ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu


1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.


5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.


6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah

wah...besarnya ganjaran yang Allah janjikan bagi ibu yang menyusu nie...

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku untuk tetap menyusukan anakku nanti walau apa pun halangan & cabaran yang tiba...mudahkanlah urusan penyusuan ibu-ibu mulia yang lain yang sedang berusaha menyusukan anak-anak mereka... amin...

Ok lah..nanti kita berkongsi lagi mengenai penyusuan di lain entry... 

Salam sayang,
Srifairus

30 weeks... 10 weeks to go...

salam... hai sumer... sedar tak sedar dah 30 minggu usia kandungan aku hari nie.. tengok pon dah sarat... setakat nie, alhamdulillah mengandung kali ni lebih mudah dari mengandung fahri dulu... tak de plk aku sembelit sokmo.. kaki pon kalau cramp, aku tolak sendiri jer..tak memudaratkan mcm dulu.. alhamdulillah.. moga situasi cmni tetap akan berkekalan sampai anak nie lahir..

persiapan plk, biase2 jer... aku banyak recycle jer barang2 fahri... cuma niat aku nak beli medela freestyle tue terpaksa dipendamkan dulu.. banyak lg benda lain yg urgent yang perlu aku dahulukan... pakai je la spectra 3 tu dulu..

ada satu impian aku yg aku nak buat b4 deliver nie... nak bawak fahri pg zoo negara... tp larat ker?? huhu..  kalau nak tunggu lepas pantang mcm lambat sangat.. kesian kat fahri...

aku sebenarnya baru balik dari event LIMA di langkawi.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. strategic plan yg aku bersama group maritime usahakan dah pon dilancarkan oleh Perdana Menteri... so, time nak implement plk.. lagi sibuk la lepas nie... huhu..

Selain PM, sultan selangor, VVIP yang lain adalah TPM, Tok Pa n Menteri2 dari negara luar.. menyelit jap.. heheh
sultan selangor melawat booth... daulat tuanku...
Pastu before balik, sempat jalan2 kat KILIM Geo Park... time nak happy2 lepas 6 hari bertungkus lumus... hehhe
sempat berjalan2 sebelum balik... ni kat dalam gua yg penuh dengan kelawar... geli...

Ok la.. nnt aku tulis lg.. perkongsian dari ibu yg sarat mengandung... time to chow.. tata

salam sayang..
Srifairus