Bermula dengan Fahri...
Alhamdulillah, aku di sahkan mengandung diusia perkahwinan mencecah Setahun 2 Bulan.. Syukur yang tak terhingga ketika itu.. Alhamdulillah semuanya berjalan agak mudah kecuali masalah HB rendah yang tak habis - habis.. sekitar 8.0++ ke 9.0 ++ sahaja bacaannya walaupon Dr pakar arahkan makan Obimin 2 biji sehari..Morning sickness tu biasa lah kan.. mujur tiada masalah serius semasa melahirkan kerana masalah HB yg agak rendah
Bercakap mengenai penyusuan, aku memang mula niat untuk menyusukan Fahri dari kandungan lagi..Kagum dengan semangat kakak2 di opis... walaupon mereka berjawatan besar dan sibuk, rutin mengepam demi memberi yang terbaik untuk si manja tidak diabaikan..aku bertekad, jika mereka boleh, kenapa tidak aku...? proses mencari ilmu penyusuan pon bermula.. segala persiapan menyusu telah disediakan dari Fahri dalam kandungan 4 bulan lagi... semangat.. besar harapan aku ketika itu.. ingin menyusukan Fahri yang masih dalam kandungan hanya dengan susu ibu...
Tarikh keramat 30 April 2009, Fahri dilahirkan.. 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan... Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. aku tiba di Hospital Serdang pada pukul 6.30 pagi dan Fahri slamat dilahirkan pada pukul 8.30 pagi.. Petangnya, aku dibenarkan pulang seteah dipastikan tiada apa2 masalah dengan bayi dan ibu..
Bermulalah era perjalanan penyusuan aku .. Bagi aku ia cukup mencabar.. pada mulanya nampak ok.. Fahri pandai 'latch' dan menghisap seperti susu keluar.. Hari kedua...dah mula rasa sesuatu yang tak kena.. Fahri asyik menangis bila diletakkan atas tilam dan hanya akan tido/diam bila melekap dengan mama.. Hari ketiga, badan Fahri mula panas.. demam..kuning juga seperti agak teruk. kami bawa Fahri ke hospital dan kami di tahan di wad. Bukan sebab kuning, tapi sebab Fahri demam diusia 3 hari.. Dr syak ada jangkitan semasa Fahri dilahirkan..
Hari pertama dilahirkan... sebuah anugerah... |
Tapi.... niat aku terbantut apabila nurse marah kerana asyik ambil Fahri yang masih lagi asyik menangis dari katilnya.. Dia perlu intensif photo terapi... Bacaan kuning dia dah makin tinggi.. Fahri jarang kencing dan berak sejak dilahirkan..Allah... kuatnya ujian ini.. Atas nasihat nurse dan gesaan suami, aku terpaksa relakan Fahri untuk disuakan dengan susu formula di hospital.. Air mata menitis apabila suami menolak katil Fahri kepada nurse untuk disuakan susu formula..
Hari kedua di hospital, masih begitu... Tp kali ini aku suruh hubby ambil pam yang telah lama dibeli. Spectra 3 yang amat berjasa... Masa Fahri tido, aku sibuk pam.. walau pon yang keluar hanyalah angin.. tak pe.. sabar mama... demi anak yang tercinta.. Dalam hati sentiasa berdoa.. Allah..murahkan lah rezeki susu untuk anakku.. Dan akhirnya hari ketiga di hospital, Fahri dibenarkan keluar hospital setelah kuningnya turun ditahap terkawal dan result darah menunjukkan tiada apa2 jangkitan.. Fahri mungkin hanya dehidration masa badan panas tu..akibat tidak mendapat susu yang cukup ditambah cuaca yang sememangnya panas ketika itu..
Ok.. cerita diteruskan lagi dengan perjalanan penyusuan semasa pantang.. Memang bukan mudah.. pulang sahaja dari hospital, aku mula berurut.. susu kolustrum keluar berketul2.warna kuning.. melekit -lekit. sakitnya masa bidan tu urut hanya Allah sahaja yang tahu.. bila ingatkan semula, rugi pula aku tak tadah susu kolustrum tu.. liang susu aku macam tersumbat.. selepas itu, baru susu keluar agak lancar.. Tp persepsi ahli keluarga sekeliling telah terpahat bahawa susu aku sikit dan bayi tidak cukup susu..
pas pantang, mama teringin nak makan double cheese burger.. heheeh.. Fahri ketika berumur 45 hari |
Susu yang aku perah habis digunakan untuk ajar Fahri menyusu botol.. Siang malam mengepam, aku hanya berjaya mengumpul 8 botol x 4 ouns sepanjang tempoh pantang untuk digunakan sebagai bekalan apabila mula bekerja kelak..
Sikit kan.. sikit sangat.. hari pertama bekerja, 4 botol digunakan.. balance 4 botol lagi habis digunakan dalam tempoh minggu kedua bekerja...
Allah.. bagaimana aku meneruskan penyusuan selepas itu.. Allah dengar doa aku.. sepanjang bekerja, stok susu Fahri 4 botol x 4 ouns berjaya disiapkan walaupon aku terpaksa bangun malam.. bersengkang mata pam susu.. aku tak pernah disuruh outstation meninggalkan Fahri sehingga Fahri berumur 8 bulan.. Allah juga kurniakan tubuh badan yang sihat sepanjang 6 bulan pertama penyusuan.. Benarlah.. Allah Maha Pengasih...
Cuma harus aku akui, semasa Fahri 4 bulan, Fahri mengalami growth spurt yang agak dahsyat.. masa tu bulan puasa..4 botol x 4 ouns kadang kala tidak mencukupi.. Aku terpaksa redha untuk suplemen Fahri dengan susu Formula 1 botol sehari semasa ramadhan tersebut.. Aku pula sudah tak berdaya untuk mencukupkan keperluan Fahri ketika itu... Dengan puasa, bekerja, rutin memerah, kepenatan menjaga anak seorang diri bila suami shift malam.. aku mmg tak berdaya.. Puasa ketika itu sangat menyiksakan.. serius.. aku memang tak berdaya.. lepas pam susu di opis, aku jadi sangat lapar, menggeletar dan kepenatan.. pengalaman yang sangat menginsafkan... malam pula, selepas berbuka, kadang kala tak sempat isyak, aku dah pengsan... takut bila ingat pengalaman dulu.. Tarawih entah ke mana.. ada juga yang aku buat.. tapi selalunya hanya 2 rakaat..
budak yang di kata tak cukup susu.. Fahri 4 bulan... |
setahun lebih |
Big boy already... |
Menutup cerita penyusuan anak syurgaku Fahri, akhirnya aku berjaya menyusukan Fahri sehingga dia berusia 2 tahun 4 bulan... bila dah 2 tahun tu aku mula campur dengan formula. bila mula mengandung anak kedua, aku hanya menyusukan dia waktu malam dan hujung minggu.. dan akhirnya berhenti sepenuhnya bila usia kandungan aku 4 bulan dan Fahri berusia 2 tahun 5 bulan
..
macam2 ragam.. dah besar pon masih sangat manja dengan mama... |
Itulah cerita penyusuan Fahri.. untuk Fitri next entry yer... Tapi pastinya lebih mudah, ceria dan menyeronokkan.Ilmu dan pengalaman semasa meyusu Fahri banyak membantu.tapi biasalah.. cabaran tetap ada. Lain anak, lain ceritanya.. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah izinkan aku menyusu anak2 ku sehingga lebih 2 tahun..
Permata hati mama & papa... |
tepuk dada, tanya selera!!!!!
jumpa lagi dilain entry..
salam sayang,
SriFairus
Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
~ ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe
~ Sri Widias Tuti
~ ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment