Social Icons

when i feel so tired...

picture when fahri almost 2 months... after confinement.. mama lepas gian nk makan fast food... hehhe
hi dear.. to day i feel so tired.. after last night Fahri 'mengamuk' because of flu.. he refuse to sleep and want me 'dukung' him all the time.. i forgot to look at clock what time i'm going to sleep. i know the time already too late.. maybe at 1 o'clock...


very pity my soon... but sometimes i feel query that why fahri quite sometimes fall sick..?? erm... is it because of his imune system not matured yet or get infected from others kids at baby sitter house.. erm.. dont want to 'bersangka buruk'.. Fahri's ibu was beautiful kind to fahri.. i know, he also love fahri... hopefully like her own son...


Not in mood to write actually... this week are also beautiful busy week after meeting at RTM.. and i also try to cath up to finished my e-book b4 second week of february.. it must..

going makan angin like there are always our firstime honeymoon..



Beside is picture when we are going to Cherating.. at that time, i'm not prggy yet.. we still wait for the Rezeki at that time.. Cherating i think the most beautiful beach at Malaysia... water at the sea such a blue colour.. clear like kristal.. i love to go there next time..









Above pictures are langkawi.. yes.. this time we called it as second honeymoon... ofcourse la because we go there on our first annyversarry.. hehhe.. i feel best like mad.. hahahha


Actully.. we both like going to makan angin.. ofcoursela kan.. we both hope that year 2010, we can go somewhere special place since we not going makan angin last year. because of prggy and give birth.. since fahri grow older and easier us to care him, we hope we can go some where else..

a few place that we had reach there while we are married: Mersing beach, pulau pinang nd just near to us... PD and Morib... not much actually.. that's we really hope that we can going somewhere else that special to us.. really hope.. insyaAllah..

love letter to my son..



Hi Fahri Cayang Mama..

To day you have reach 8 and half months... i love you very much my son.. the way you sleep, smiling, crawling and what ever you do make my heart melted.. In my heart, i always feel gratefull to Allah for give me such a great given that you... InsyaAllah, mama try give the best as i can to you my son... i want give my full love to you and see you growth healty and happily ever..

I pray to Allah, hope that you will growth to be good muslim and son to us. eventhough you still can't merangkak, its ok my son.. I will wait until u can do step by step in your level of grow... its ok... i will support you..

I know, you are intelligent boy since you can call me mama and your papa at age 8 month.. that's are enough for me to make me happy.. very big happy.. You also can exprees your feeling towards me when i send you to your ibu(babysitter).. You hold me tighly.. hug me.. closely to my arm.. dont want to give to others.. always with me.. it make me thinking... you need me al the time..

Oh fahri.. mama hope, one day, mama will alaways be with you.. doing work just at home.. see you growt in front of my eyes.. may Allah give us strength to face all the barrier infront of us... i love u my son.. i love you papa.. U both are my great given by Allah to me.. love both of you very much

Cutest Baby of the Planet 2009




Muhammad Fahri Shah Bin Mohd Nor Fairus
30 April 2009

Hi sumer... Sayalah Fahri, si Tembam Mama... Bagi Mama, Fahri lah baby paling cute kat planet nie.. hehehe.. Mama nak fahri cuba nasib joint contest 'Cutest Baby Of The Planet 2009'. Kot-kot la Fahri bertuah kan.. Dapat hadiah 1st Price, mama kata leh jadi hadiah besday Fahri yang pertama April nnt.. hehehe

Link Blog yang buat contest

http://mombloggersplanet.com


kot kotla ade kawan2 nak mummy dia masukkan dia dalam contest tu juga boleh try tengok kat entry ni untuk nomination..


http://mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Moga-moganya Fahri akan menjadi salah seorang 6 baby yang dicari untuk melengkapkan 20 baby yang terpilih..

Fahri lah anak yang menjadi kebanggaan mama.. insyaAllah

Sayang Mama,

Fahri Shah....

breast feeding.. my passionate for my beloved baby

Fahri @ almost 4 months



4 months ++





almost 5 months

hi dear...
to day just want to share my experience on breastfeeding.. i write this entry earlier for 1superkids website and to joint kumpulan ibu ke ibu group in susuibu.com . its in Bahasa Melayu.. that are my story

Setelah setahun dua bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya aku disahkan mengandung oleh Dr. Kami memang telah lama menanti kehadiran orang baru dalam keluarga ini. Aku memang telah bertekad untuk memberikan hanya susu ibu kepada anak yang bakal lahir setelah mengetahui diriku mengandung pada ketika itu baru mencecah 6 minggu. Ini kerana aku begitu mengagumi semangat kakak-kakak di pejabat yang berjaya menyusukan bayi mereka ekslusif selama 6 bulan walaupun sibuk dengan tugas harian ditempat kerja. Walaupun mereka berjawatan tinggi, tapi hak anak untuk mendapatkan susu ibu berjaya mereka tunaikan.


Bermula dari itu, aku telah membuat pelbagai persiapan untuk menyambut bayi kami. Tidak ketinggalan kelengkapan untuk memerah susu yang saya telah dibeli seawal 6 bulan umur kandungan. Aku telah membeli set extravaganza dari Momlitleones di Serdang dengan menggunakan duit titik peluh sendiri. Hati ini memang sangat gembira dan berkobar-kobar ketika itu. Dalam hati telah bertekad untuk menyusukan bayi ku juga secara eksklusif seperti yang telah ditetapkan dalam polisi penyusuan susu ibu. Dalam pada itu, aku memang banyak membaca mengenai penyusuan dan peringkat kehamilan bagi seorang wanita sebagai persediaan mental dan fizikal.


Pada awal pagi 30 April 2009, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.95kg di Hospital Serdang. Kami namakan anak tersebut sebagai Muhammad Fahri Shah. Setelah Fahri dibersihkan, nurse telah memberikan Fahri kepada ku untuk disusukan. Pada awalnya aku memang agak kekok, tetapi setelah mencuba beberapa kali, aku telah mula yakin untuk menyusukan.


Betullah kata orang. Menyusukan bayi bukanlah semudah yang disangka. Berpantang dirumah mertua, aku telah dijaga sebaik mungkin oleh mertuaku. Tetapi, pada malam kedua kelahiran Fahri, aku sudah mula merasakan ada yang tidak kena. Fahri asyik menangis bila aku meletakkan dia ditilam dan akan tidur bila aku meletakkan dia dipayudara. Fahri juga demam. Aku sudah mula merasa risau. Keesokan paginya Fahri ku lihat telah menunjukkan tanda-tanda kuning. Kami telah membawa Fahri ke klinik dan klinik tersebut mencadangkan kami membawa Fahri ke hospital memandangkan Fahri baru berusia 3 hari dan mengidap kuning dan demam serentak.


Fahri telah ditempatkan di Wad NICU untuk rawatan. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hatiku melihat tangan yang halus itu beberapa kali ditebuk untuk mengambil darah. Kencing Fahri juga bewarna seperi darah akibat kurang mendapat susu. Ya Allah.. Aku tidak tahu sebenarnya susu aku terlalu sedikit walaupun sudah hari ketiga melahirkan. Tekad ku untuk menyusukan Fahri dengan susu ibu sepenuhnya hancur ketika itu. Aku hanya mampu menangis bila suami membawa bayiku kepada nurse untuk disusukan dengan susu formula.


Dugaan aku bukan setakat itu sahaja. Setelah keluar dari Wad, aku masih masih dengan tekad yang sama. Hanya susu ibu.. Tapi mertua pula mendesak supaya aku mencampurkan dengan susu formula. Padahal pada ketika itu susu ku telah mula banyak dan mencukupi untuk bayiku. Tapi aku tidak salahkan mereka. Aku hanya memekakkan telinga dan aku buktikan pada mereka bahawa Fahri tidak kekurangan susu seperti yang di dakwa. Buktinya berat badan Fahri naik lebih dari sekilo setelah sebulan kelahirannya. Mereka merasakan susuku tidak cukup kerana melihat Fahri yang asyik menyusu berjam-jam lamanya. Suatu pengalaman yang sangat meletihkan dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Tetapi aku puas.


Hampir 4 bulan umur Fahri, semua umat Islam menyambut Ramadhan. Sebagai ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya, inilah dugaan yang paling kuat yang harus aku hadapi. Stok susu yang berjaya dikumpul semasa pantang hanya sekitar 8 botol yang telah habis semasa minggu ke 2 bekerja. Aku tidak dapat mengumpul stok susu dengan banyak kerana Fahri yang menyusu berjam-jam ketika tempoh pantang. Kadang –kadang dia boleh menyusu sehingga 2 jam lamanya. Sepanjang tempoh pantang, memang tidak pernah merasa bengkak susu atau susu tumpah/mengalir. Mungkinkah benar susu ku memang tidak cukup?.


Fahri mengalami tempoh ’grow spurt’ pada ketika bulan ramadhan. Susu yang dibekalkan kepada pengasuh sekitar 14-16 oz sehari tidak mencukupi. Aku pula memang tidak berdaya lagi untuk bangun mengepam di malam hari untuk menambah stok susu memandangkan berpuasa dan kepenatan bekerja sepanjang hari. Malam pula, aku selalunya keseorangan menguruskan rumah disebabkan suami bekerja shift malam. Akibat terlalu tertekan pada ketika itu, aku mula putus asa dan mula membeli susu formula untuk disuakan kepada Fahri. Aku tidak sampai hati membiarkan Fahri kelaparan dan susu Fahri telah mula dicampurkan bersama susu formula. Aku terpaksa redha.


Ketika umur Fahri mencecah 5 bulan, aku tersedar kembali. Mana tekad ku selama ini. Aku masih mengepam di pejabat seperti biasa. Bulan ramadhan telah berlalu. Fahri juga telah melalui tempoh ’grow spurt’ yang dahsyat. Akibatnya, berat badannya mencecah 8.2 kg pada umur 5 bulan. Susu formula yang hanya disuakan sekadar ’top up’ ketika tidak cukup telah ku hentikan. Aku mula menjinak-jinakkan diri membaca forum susuibu.com. Di situ aku mencari kekuatan agar tekadku untuk menyusukan Fahri hanya dengan susu ibu dapat diteruskan.


Pada awalnya aku hanya menjadi silent reader, dan sekarang aku telah menjadikan forum itu sebagai sumber rujukan dan tempat berkongsi pengalaman menyusu.Hari ini, Fahri telahpun berusia 8 bulan dan aku masih menyusukan Fahri dengan susu ibu sepenuhnya disamping makanan sebagai pelengkap. Aku amat bersyukur kerana aku masih dikurniakan susu yang banyak sehinggakan hampir penuh ruangan beku peti sejuk di rumah dengan stok susu untuk Fahri. Alhamdulillah.. memanglah Allah itu maha adil dan maha mengasihani. Dugaan yang dilalui membuatkan aku bertambah bersemangat untuk menyusukan Fahri hanya dengan susu ibu.


Buat anak mama Muhammad Fahri Shah, mama berharap agar pengorbanan mama mengepam dan mengusung beg pum Spectra Extravaganza ke sana ke mari akan berbaloi dengan melihatmu membesar dengan sihat dan cergas. Keakrabanmu dengan mama juga telah terasa walaupun dirimu baru berumur 8 bulan. Hanya kita berdua sahaja yang tahu bahasa kasih sayang kita yang erat kerana dirimu dapat merasakan kelazatan dan khasiat susu mama. Jika ada yang menanyakan beg apa yang mama bawa ke sana ke sini itu, mama dengan bangganya akan menjawab, ”inilah beg pum susu untuk anak saya”...