Social Icons

Tawaran Hebat Bulan Oktober 2010

Salam semua.....


Bermula jam 12 tengah malam ini,Blog c-heartsri @ sihat cara sri hehehe akan menawarkan harga durian runtuh bagi mereka yang setia dengan Shaklee iaitu.....

Trial Pack set A
30biji Multivitamin, 30 biji  B complex & 30 biji Vitamin C
Hanya RM 75 sahaja

Trial Pack set B (istimewa)
30 biji Multivitamin, 30 biji B complex ,
30 biji Vitamin C & 330 biji Alfalfa (pek botol)
RM130 RM125

Trial Pack set E
30 biji Multivitamin, 30 biji B complex ,
30 biji Vitamin C , 60 biji Alfalfa & 120 biji kalsium (OsteMatrix)
RM140 RM135

Offer Continue
Add on 60's Lecithin 
RM20  

 Bagi pesanan trial pack untuk pack refill , jimat RM1.
Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan trial pack ini dengan harga istimewa kerana telah ramai yang merasakan kebaikannya.. 
Harga adalah termasuk penghantaran.. 

pemergianmu amat dirasai...

Satu berita kematian ahli keluarga Jumaat lepas memang amat mengejutkan. Abang Atan, suami kakak ku telah kembali ke rahmatullah pada umur 45 tahun akibat denggi dan pnemonia yang kronik pada 24 September, jam 6.10 pagi di Pusrawi.

Kesian dengan kakak.. Dia amat merasa kehilangan suaminya yang tersayang di kala umur perkahwinan baru mencecah 2 tahun 2 bulan... Semasa arwah ada,ku lihat mereka amat bahagia bersama. Sehingga hari ini, kakak tetap berulang-ulang kali menyatakan bahawa dia takkan berjumpa lagi dengan lelaki sebaik arwah. Terlalu sekejap Allah pinjamkan kebahagiaan yang dikecapi bersama arwah.. ungkapan kakak lagi..

Arwah meninggalkan 4 orang anak dari perkahwinannya yang terdahulu manakala kakak mempunyai 2 orang anak juga dari perkahwinan yang lalu. Sekarang keenam-enam anak mereka di bawah jagaan kakak... Bayangkan.. bagaimana keadaan kakak pada ketika ini tanpa suami di sisi.

Setelah berkahwin dengan arwah, kakak telah berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang ramai. Bagainama selepas ini dia akan membesarkan anak-anak jika tidak bekerja? oh.. keluhan kakak.. Apakah yang kakak nak buat selepas ini?

Keluarga arwah amat berharap supaya kakak menjaga anak-anak arwah walaupun mereka hanya anak tiri.. kakak kata, dia sanggup selagi mampu. Semasa arwah masih hidup, arwah pernah menyatakan pada kakak.. "kalau sayang sanggup, jaga la anak-anak.. jika tidak, abang tak paksa.. jauh disudut hati, sebenarnya arwah amat berharap agar kakak dapat menjaga anak-anaknya..

Mana tanggungjawab bekas isteri arwah terhadap anak-anak nya? Ya, dia sekarang memang beria ingin menuntut hak penjagaan anak selepas arwah sudah tiada.. tapi kenapa baru sekarang? Kenapa dulu beliau tidak melakukan tanggungjawabnya sebagai ibu tatkala anak-anak memerlukan dia? Bagi mata2 yang memerhati, rasanya seperti ada udang disebalik batu....

Sebagai saudara yang terdekat, memang terasa kehilangannya.. arwah memang seorang abang ipar yang baik dan bertanggung jawab.. Beliau sangat ringan tulang dan pemurah walaupun hanya bekerja sebagai pemandu. Kehadiran arwah dalam keluarga kami menambahkan lagi keceriaan keluarga besar Tok Papa.. Kerosakan di rumah Tok Papa @ rumah ayahku telah banyak yang dibaikinya.. Ketiadaan arwah bila kami berkumpul nanti pasti terasa kosongnya..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai.. Sejadah, Tasbih, Yasin, Kain Pelikat dan Kain Batik pemberianmu pada malam raya tempoh hari akan kami gunakan sebaik-baiknya.. Arwah seolah-olah telah tahu dia akan pergi buat selamanya.. Doa dan ayat-ayat suci dari kami sentiasa bersama arwah.. InsyaAllah...

Buat kakak, kuatkan semangat.. kuatkan semangat.. kuatkan semangat.. tatkala ini anak-anak amat memerlukanmu.. Selagi termampu, kami akan cuba menyokongmu.. Banyak dah dugaan yang kakak telah lalui selama ini.. insyaAllah, Allah pasti bersama kita...

Vitamin - vitamin asas yang perlu buat Wanita

Alhamdulillah dah setahun trial pack Shaklee yg grup kami pasarkan secara online~menggunakan jenama Shaklee yang dah 50thn kat pasaran..kami packkan dalam pack kecik2..yg dinamakan TRIAL PACK SHAKLE 30days…..dan alhamdulillah gak..makin ramai yg dah ada kesedaran tentang pentingnye kesihatan….sebab permintaan trial pack ni dari hari ke sehari memang memberangsangkan..Alhamdulillah sangat sangat…

dan saya gak nak tegaskan..yang trial pack ni pun bukan je khusus utk ibu2 yg menyusu… tapi sesuai utk semua peringkat umur…………dan kalini saya nak share tentang vitamin2 asas yang perlu buat wanita.. (credit to Hadha)

(1) Vitamin A & Beta Carotene
Sumber : Buah oren, lobak, labu, dan sayuran hijau gelap seperti bayam dan brokoli.
Khasiat : Baik untuk mata & mencegah kanser.
Di Shaklee di kenali sebagai CarotoMax. Sebelum ini dikenali sebagai Beta Carotene. Namun, hasil penyelidikan berterusan di makmal Shaklee, Beta Carotene kami telah di formulasi dan di naik tarafkan, dan diberi nama sebagai CarotoMax, yang khasiatnya semestinya lebih baik daripada Beta Carotene sebelum ini.


(2) Vitamin C
Sumber : Buah oren, strawberi dan tomato.
Khasiat : Sumber kolagen, penyembuhan luka, memperbaiki antibodi dan sumber antioksida yang sangat mantap (Powerful antioxidants!). Keperluan vitamin C bertambah apabila seseorang menghadapi tekanan, dan bagi golongan warga emas (orang-orang tua).
Di Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C, yang mempunyai 500mg khasiat Vitamin-C untuk setiap biji Vit-C, di mana setiap biji pula bersamaan dengan 6.5 biji buah Oren. Ia dipanggil "Sustained Release" kerana hanya akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan.


(3) Vitamin D
Wanita yang jarang keluar dari rumah, terutama bagi mereka di negara 4 musim, iaitu di musim sejuk, mempunyai risiko kekurangan Vitamin-D yang serius.
Khasiat : Vitamin D membantu penyerapan kalsium di dalam badan.
Jumlah Vitamin D yang dicadangkan setiap hari ialah sebanyak 400 IU (bersamaan 250ml susu kalsium tinggi).


(4) Kalsium
Sumber : Susu dan produk tenusu.Khasiat : Pembentukan tulang, gigi dan darah.Persatuan Osteoporosis Kanada mencadangkan orang dewasa agar mengambil 1000mg-1500mg kalsium setiap hari. Jika anda tidak dapat memenuhinya melalui pemakanan harian, anda perlu dapatkan melalui pemakanan tambahan.
Di Shaklee dikenali sebagai OsteMatrix, iaitu gabungan Kalsium-Magnesium, dan dilengkapi dengan Vitamin D. Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari. Jangan risau, jika anda lupa berapa biji yang perlu anda ambil, ada tercatat pada label botol OsteMatrix tersebut yang anda perlu ambil 4 biji OsteMatrix setiap hari, dan lengkap dengan fakta suplemen nya.


(5) Vitamin E
Sumber : Sejenis vitamin larut lemak yang banyak didapati di dalam bayam, kekacang, biji bunga matahari dan minyak sayuran.
Khasiat : Sumber antioksida, bantu stimulasi sistem imun badan, bantu dalam rawatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan kanser.Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan berpenyakit jantung yang kuat, adalah digalakkan untuk mengambil sebanyak 400 IU Vitamin E setiap hari.
Di Shaklee dikenali sebgai Vitamin E Complex. Ini paling best kerana sebiji Vit-E Shaklee memang dah lengkap dengan 400 IU Vitamin-E. Tak perlu nak ambil banyak-banyak kapsul Vit E.

Kesimpulannya, jika anda memilih Shaklee sebagai pemakanan tambahan anda, itulah vitamin2 asas harian yang perlu diambil oleh seorang wanita.dan saya nak tambah satu lagi..apa dia?..pastinya B complex.B Kompleks tidak boleh dihasilkan di dalam badan, dan khasiatnya sangat penting buat badan kita, yakni - penting untuk saraf, penenang saraf, anti stress, bakar makanan kepada tenaga, melawaskan sistem penghadaman dan juga penting bagi pesakit diabetes.

saya sayangkan anda semua..maka saya share tentang keperluan vitamin ni di blog ni..boleh email saya utk keterangan lanjut atau pun berminat dgn Trial Pack ni....

Ada apa dalam set allergy,resdung, eczema, athma shaklee...

Entry ni ditujukan khas untuk kawan-kawan yang ada Allergy/Resdung/Eczema/Athma..

Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi  dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. Dan bagi anda yg menghadapi luka, kesannya luka juga cepat sembuh. satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik. Individu yang mengalami allergy/resdung/eczema/athma memerlukan lebih Vitamin C untuk meningkatkan immune sistem supaya lebih tahan kepada allergen (yang menyebabkan sakit)

B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu anda berfikiran positif sentiasa(mood baik..). Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan anda. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah anda yang cantik berseri dan tidak kusam.

Alfalfa
a.“Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga.

b.Alfalfa mempunyai kandungan klorofil yang tinggi, bertindak sebagai pembersih tubuh yang asli, pelawan infleksi dan alat penyahbau yang asli.

c.Alfalfa adalah julap yang baik dan diuretik yang asli, digunakan untuk merawat infleksi urinari, buah pinggang dan pundi kencing dan kerosakan kelenjar prostat.

d.Alfalfa ialah terapeutik untuk artritis dan pengekalan air. Tabib-tabib Cina di kurun ke-6 menggunakan Alfalfa untuk merawat batu karang dan untuk melegakan pengekalan cecair dan bengkak.

e.Alfalfa adalah juga tonik perangsang untuk ketidakhadaman, kurang darah, kurang selera makan dan pengasimilasi nutrien yang kurang baik.

f.Alfalfa ialah pembuka selera makan yang ulung di mana didapati ia boleh merendahkan paras kolestrol dan memperbaiki kesihatan dan kecergasan.

g.Alfalfa mengalkalikan dan menyahtoksikkan tubuh terutama hati. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari dan mengandungi agen anti-kulat.

h.Alfalfa digunakan untuk merawat sakit kuning dan untuk menggalakkan pembekuan darah.

i.Alfalfa membantu merangsang laktasi untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Sumber Rujukan:

http://www.21stcentury.com.my/bm/alfafa_powder.asp
http://cpintrass.com/blog/produk/kebaikan-dan-khasiat-alfalfa/.html
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/kamalam.htm

So kawan, jgn takut2 nak try set G nie sbb suplemen shaklee ni bukan ubat dan insyaAllah tidak ada kesan sampingan. Banyak dah orang lain telah merasakan kebaikannya, kenapa tidak kita.. kesihatan adalah perkara yg paling utama.. InsyaAllah di lain entry saya akan tuliskan testimoni dari suami saya sendiri yang juga mengalami resdung yang sangat teruk. (seminggu 2-3 kali akan selsema yg buat dia sakit kepala n perlu tidur..-asyik tido jer.. as wife mmg ler agak bengang..sampai dah tak leh nk faham... hehe ). Syukur sangat sebab masalah tu dah pon berlalu dan dia sendiri sekarang dah amalkan suplemen ni tanpa dipaksa..

Tapi bila mkn suplemen ni perkara yang paling utama adalah:
-istiqamah
-amalkan minum air yang banyak(3 liter)
-paling utama, jgn lupa berdoa semoga penyakit kita disembuhkn.. Allah suka kepada hambaNya yg meminta..

Apa2 hal boleh tanya kat saya direct pon tak pe yerk..

Salam sayang.
srifairus

Tips untuk ibu-ibu mengandung...

Maklumat untuk kawan2 yang tengah pregnant.. kawan2 bloggger n kawan2 lama...

Trimester Pertama:Jangan lupa makan folik asid 5-10 mg. (info: B complex Shaklee contain acid folic). Kerapkan baca surah Luqman….sbb first trimester ni banyak berlaku perkembangan minda bayi(kenapa surah Luqman?..sbb surah ni byk nasihat utk bentuk peribadi anak)



Trimester Kedua:baca surah Yusuf kerana perkembangan fizikal baby byk masa ni.(nabi Yusuf kan sempurna,tampan). Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan.Jadi kualiti makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (jangan lupa makan soy protein Shaklee)


Trimester Ketiga:baca surah Maryam semoga ibu hamil dimudahkan bersalin (surah maryam kerana maryam wanita yg tabah harungi kesusahan mengandungkan bayi 'ajaib', bersalin hanya makan kurma&air zam-zam). Mulai tujuh bulan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak.(boleh mkn Omega Guard Shaklee) (Tahukah anda:mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.jadi,bacakan Al-Quran selama 10-15 minit

Yang ni general;dari awal pregnant sampai lah ke deliver time:•· Lebihkan rehat, cukup tidur, – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur,etc

•· Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Doa setiap masa:‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.


•· Banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.alhamdulillah dulu saya bersalin mudah..(kalau anda mampu...buatlah solat sunat hajat setiap malam..lagi2 dah nak dekat deliver tu,rajin2 buat solat hajat setiap mlm.. minta Allah mudahkan bersalin..kita yang nak bersalin..kita lah yang kene mintak..yer tak..org lain boleh tlg doa gak..tp lagi elok kita yang doa"....



credit to kak ceri
  jadi kalau anda diberikan rezeki untuk mengandung dan menyusukan …berilah yang terbaik untuk permata hati anda…kerana peluang itu bukan selalu ade depan mata..sebab tu mengandung itu tempohnya 9 bulan… bukannya harini pregnant esok baby kluar…tapi Allah beri kita peluang ..tempoh masa 9 bulan untuk kita sediakan badan kita ready mental fizikal....ready jadi ibu,ready utk bfeed....dan beristiqamah…Allah suke sesuatu yang sedikit tapi berterusan…… jadi istiqamahlah sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan….



Demo Lecithin : Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan

Demo Lecithin. Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan?


Mula-mula, tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.

.



Cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula








Kemudian, pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.









Setelah dikacau, inilah hasilnya.









Molekul minyak kelihatan terurai.









Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.

Jika anda adalah antara golongan yang prihatin dengan kesihatan anda..buatlah pesanan sekarang!

Atau hanya add on dengan mana-mana pembelian trial pack sempena promosi raya ini! Jangan tunggu lagi!

 
Boleh emailkan kepada sri_asn@yahoo.com utk harga customized (vitamin mengikut keperluan anda yang tidak terdapat dalam mana-mana pakej trial pack yang ditawarkan. Minima 3 jenis vitamin untuk penghantaran).

Selamat Hari Raya Sumer...

org len sumer sibuk nk blk kg dah... aku?? hehe.. thn ni blk bkt jalil dl.. ptg raya br blk shah alam.. mencabar tak?? hehe... jimat masa n duit.. parent dua2 dekat.. hehe..

dikesempatan ni nk mohon maaf kpd kwn2 blogger sumer klu ada  entry yg menyinggung perasaan... slmt hari raya.. maaf zahir batin... jemput datang rumah yerk.. klu nk dtg tepon dl..

tata...

Kenapa saya memilih shaklee

Sejarah Perkembangan Shaklee

Author: kak cery
Category : Apa itu Shaklee
• 1960 – Shaklee introduces Basic-H Concentrated Organic Cleaner one of the first non toxic biodegradable cleaners. (SHAKLEE memperkenalkan Basic H concentrated organic cleaner salah satu pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama)


• 1961 – Shaklee creates one of the first soy based instant protin supplements (SHAKLEE mencipta protein segera iaitu salah satu rumusan suplemen soya yang pertama)


• 1972 – Shaklee introduces one of the first biodegradable laundry detergents that contain no phosphates, nitrates, or borates (SHAKLEE memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat nitrat atau borat yang pertama)


• 1977 – Shaklee listed on New York Stock Exchange (SHAKLEE disenaraikan dalam bursa saham New York)


• 1981 – Shaklee introduces the first plant based sustained release delivery system for Vitamin C (SHAKLEE memperkenalkan sistem pembebasan terkawan berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C)


• 1982 – Shaklee becomes a Fortune 500 company (SHAKLEE menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500)


• 1993 – Shaklee develops and supplies NASA with a customized rehydration beverage for the space shuttle Astronauts called Astro Aide


• 1996 – Shaklee powered world class athelets win 8 gold medals in Atlanta Games (Shaklee membantu ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di atlanta)


• 2000 – Shaklee becomes the first company in the world to be Climate Neutral certified to totally offset its greenhouse gas emissions resulting in a net zero impact on the environment (Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yg memprolehi pensijilan climate neutral dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksia olehnya dimana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam persekitaran)


• 2004 – Shaklee powered world class athletes win 15 gold medals I Athens Greece. (Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet2 bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athen,Greece


• 2005 – Shaklee introduces one of the first natural interferon boosting immunity formulas called Nutriferon (Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yg dinamakan Nutriferon)


• 2006 – US Ski Team and US Snowboarding, Shaklee powered athletes win 10 gold medals in Turin Italy (Pasukan Ski dan luncur salji US yg terdiri drp atlet2 yg dibekalkan tenaga oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Itali)


• 2008 – Shaklee introduces Vivix a revolutionary breakthrough in cellular anti ageing.(Shaklee memperkenalkan Vivix penemuam revolusi terbaru dlm anti penuaan sel)

..Kagum saya bila membaca sejarah perkembangan shaklee yg lahir sejak 1960 dan sehingga kini masih kukuh di persada dunia suplemen...... Anda bagaimana?..masih ragu2 untuk memilih brand suplemen mana yg sesuai?..Apa apa pun..... Kini pilihan berada di tangan anda...SHAKLEE membawa total wellness connection yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat.... Jadilah pengguna yang bijak...