Social Icons

Apa yang sesuai untuk anda...

Hari ni saya happy sangat bila seorang customer dari Puan Zaina, Tanjung Malim call kata dia berpuas hati sangat setelah mencuba Trial Pack Set B bersama lecithin.. menurut beliau yang baru 5 hari mencuba set B ni, dah mula dapat mengumpul stok dan tidak perlu lagi tergesa2 untuk menyusukan bayi pada pukul 11 pg sebab stok semalam mencukupi untuk anaknya hingga tengahari.. selalunyer dapat 2 oz bila mengepam dan sekarang telah dapat 6 oz sekali pam di waktu pagi.. alhamdulillah.. apa yang lebih mengembirakan saya bila dia kata dah boleh pakai baju lama semula dengan pengambilan lecithin..happy nyer saya bila dapat panggilan dr customer yg puas hati.. saya dah pun mencadangkan agar beliau mengambil full set yang boleh diambil selama 4 - 6 bulan.. lebih jimat dan boleh di makan satu keluarga...

JOm lihat vitamin2 Shaklee..yang mana satu sesuai untuk anda
pagi ni jom kita check...dalam banyak2 set supplemen Shaklee yang kami dah groupkan ni... yang mana satu sesuai untuk anda....(gambar yang cantik comel molek ni...diambil oleh jurufoto kami yg juga comel molek...si mommy icha...hehe)



SET A ~vitalea ,vitamin C, B Complex ( 3 botol fullpack ni cuma rm188 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari)

•sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung,menyusukan anak,warga emas ...

•sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

•sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk

SET B ~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex (4 botol fullpack ni cuma rm231 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari)


•sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas ...(kecuali mereka yang menghidap SLE dan kecuali mereka yang mengandung)


•AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu

•sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

•sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk

SET C ~vitalea ,vitamin C, B Complex.Zinc Complex ( 4 botol fullpack ni cuma rm215 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM100 utk 40hari)

•sesuai untuk mereka yang baru melahirkan..baik secara normal atau ceasarean...kira ni mcm set lepas pantang gitu...

•sesuai jua untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur

SET D ~Vitamin C, B Complex. Vita E Complex ( 3 botol fullpack ni cuma rm236 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari)


•sesuai untuk mereka yang sangat mementingkan penjagaan kulit...dan inginkan kulit yang cantik

•sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kolestrol tinggi atau sakit jantung

•sesuai jugak untuk ibu2 yang mengalami masalah nipple melecet

SET E ~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex, Ostematrix (5 botol fullpack ni cuma rm280untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM130 utk 30hari)

•set ini sama seperti set B cuma mempunyai tambahan sebotol ostematrix (Cal/Mag)..jadi siapa yang perlukan ostematrix? ~ ibu mengandung,ibu menyusu,mereka yang ada masalah nak nak minum susu,mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.,mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.,mereka yang kit kepala yang teruk dan berhari-hari.,merea yang sedang menjalani fisioterapi.mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

SET F ~ Alfalfa, Vitamin E ( 2 botol fullpack ni cuma rm162 untuk kegunaan 4 bulan. jika Trial Pack cuma RM70 utk 30hari)

•sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran..cantik anggun gitu...vitamin E ni sebagai anti oksida,anti penuaan,menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin.Alfalfa pula baik Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa.


SET G ~ Alfalfa, Vitamin C, B Complex( 3 botol fullpack ni cuma rm160 untuk kegunaan 3-4 bulan.Jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari)

~ sesuai untuk mereka yang mengalami masalah resdung,eczema..allergy

dan untuk setiap yang membeli supplemen2 Shaklee ni..pasti saya akan mengesyorkan sekali untuk mengambil ESP (Energizing Soy Protein..best seller kami... bukan sebab ia best seller tapi Protein adalah asas kepada kesihatan yang optimum... sebab tu kalau anda nak tahu.. BASIC supplemen utk kesihatan menyeluruh terdiri daripada ESP + set A... cuma dalam list Trial Pack tiada ESP kerana ESP ni didatangkan dalam bentuk serbuk...jadi yg dalam serbuk tiada Trial yer... ..beli je setin tu.. anda pasti sukakannya.. Secara ringkasnya ESP ni sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. sangat. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak..Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit...DAN PROTEIN YANG BERKUALITI sangat membantu pertumbuhan yang baik

Akhir kata kalau anda perasan dalam semua set2 di atas.mesti disertakan sekali B Complex dan Vitamin C...kenapa?... nnt saya cerita dalam next entry..panjang dah ni....
*actually ada banyak lagi vitamin2 Shaklee ...boleh browse thru website shaklee2u.com.my dan boleh contact saya untuk pertanyaan


Pesanan Buat Ibu-Ibu yang menyusukan anak dan juga mengambil vitamin..

Pesanan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak...dan juga yang mengambil vitamin

Baru-baru nie saya dapat beberapa pertanyaan dari ibu-ibu seperjuangan dalam penyusuan susu ibu. Ada yang tanya, betulke vitamin shaklee nie boleh banyakkan susu??

Mari kita baca panduan bagaimana nak banyakkan susu ibu  kat bawah nie.. untuk panduan diriku dan ibu-ibu lain diluar sana... :

Susu ibu ini akan terhasil dengan banyak apabila 3 syarat ini dipenuhi:

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam saya sekarang setiap hari pastikan minum 2-3 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.
 

Semoga info ini dapat membantu ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga sebagai info dan panduan untuk diri saya juga kerana PERJUANGAN saya belum selesai..pilihlah jalan mana yang terbaik untuk kita dan anak-anak kita..kerana sesungguhnya hanya kita yang tahu apa yang terbaik...Semoga Allah memberkati segala usaha kita...Amin...
 
salam sayang..
Mama Fahri@ Srifairus

testimoni dari Puan Linie: Pengambilan Set B bersama Lcithin...

Syukur alhamdulillah... happy sangat bila ada mommies2 kat luar sana yang mendapat results yang positif setelah pengambilan suplement shaklee nie..

Kat atas ni testimoni dari Puan Lini yang baru mencuba set B bersama lecithin.. cepat betul kesan yang dapat dilihat.. yang penting kita positif, insyaAllah, apa yang diusahakan menampakkan hasil... cepat, lambat tu bergantung kepada indiviu..

Tak sabor nk tunggu result dari Puan Lini ni lps sebulan nanti..

Jom kita dapatkan berat badan ideal bersama produk shaklee yer kawan2...

... Because health and happiness go hand in hand.....

salam sayang,
mama fahri@srifairus

Nak Kurus bersama Lecithin Shaklee

Ok, hari nie mari kita bercerita mengenai bagaimana pengambilan Lecithin bersama suplement shaklee untuk menguruskan badan..

Paling utama, anda harus makan breakfast, lunch n dinner tanpa skip satu pon.. especially breakfast.. Bila anda tidak makan, ini akan merendahkan lagi kadar metabolisma badan. Ini menyukarkan untuk anda menurunkan berat badan... apabila kita skip makan atau kelaparan, makanan yang di ambil selepas itu akan disimpan sebagai lemak krn body kita dapat signal seolah2  kekurangan makanan. Makanan tidak ditukarkan menjadi bentuk tenaga.. Mcmmn nak kurus?? hehe

Mari kita tengok cara diet yang sihat bersama shaklee...:

Pagi :
Amik 2 biji lecithin sebelum makan
Selepas makan, boleh ambil sebiji Vita-Lea and B -complex- untuk tenaga
Kalau anda menyusu, boleh ambil 2 biji alfalfa sebagai milk boster...

Tengahari :
Ambil 2 biji lecithin sebelum makan
Selepas mkn, boleh ambil Vit C n 2 alfalfa untuk milk boster

Malam
Ambil 2 biji lecithin sebelum makan
Boleh makan 2 biji alfalfa untuk milk boster.

Kalau rasa lapar in between meal, boleh ambil 1-2 sudu bancuhan ESP untuk mudah rasa kenyang dan mendapatkan tenaga segera.
Pastikan pengambilan air masak yang banyak untuk membantu proses perkumuhan terutama dengan pengambilan lecithin.. Proses perkumuhan akan menjadi lebih lancar jika air mencukupi..

Apa lagi kawan?? Nak kurus dengan cara yang sihat dengan mudah tanpa perlu berbelanja beribu2 ringgit??
Mari kita mencuba produk shaklee...

......Because health and happiness go hand in hand.....

selamat mencuba..

P/S : perlu penerangan lanjut, jgn malu2 untuk contact sri yerkk..

Hukum isteri meleteri suami...

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

P/S: Lepas baca nie, rasa mcm nak minta ampun  kat suamiku yg terchinta.... papa maafkan mama..