Social Icons

Perjalanan Penyususan Anak - anak syurgaku Dengan Susu Ibu part 2 (Fitri)

Salam semua..

Berjumpa lagi kita di entry sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia ni.. Kali ini entry saya khas untuk si Chomel Fitri

Memang exited bila dapat tahu aku preggy semula... Dalam sibuk2  out station masa tu, tak sangka tiba - tiba lekat pulak.. sampai kene perli dengan BOSSES.. 'sempat lagi yer you sri'... hahhahah.. apa tak nya.. Selama 2 bulan, aku asyik outstation jer.. habis seluruh pelusuk Malaysia aku masuk.. Semenanjung , dari Utara, Pantai Timur, Selatan sampailah ke Sabah Sarawak.. Sandakan, KK, Labuan, Miri , Sibu, & Kuching..  Rezeki Allah nak bagikan... heheheheeh

Ok laah.. jom kita cerita persediaan penyusuan aku untuk Fitri pulak.. aku upgrade pam dari Spectra 3 kepada Medela Freestyle.. Ikutkan tak lah mampu sangat.. Tp aku nak juga penuhi wish list untuk BF journey anak kedua... nak seribu daya.. tak nak seribu dalih... . Persediaan menyambut Fitri hanya secara sederhana.. Barang banyak pakai abang dia punya  jer.. (heheheh.. untung dapat anak jantina sama dekat2.. hehehe)
Kelahiran yang dinanti.. Peace...

Tarikh keramat itu muncul.. 6 February 2012... Fitri selamat dilahirkan secara normal juga di Hospital Serdang... Alhamdulillah.. Kali ni tak de episiotomi.. hanya luka koyak semula jadi yg tak serius.. tapi tetap kene jahit..  Aku sampai hospital dalam pukul 2.00 petang.. 4.15 petang Dr pecahkan air ketuban.. 4.30 petang Fitri selamat dilahirkan... Alhamdulillah..

Nak dijadikan cerita, lepas Dr pecahkan air ketuban tu, terus aku rasa nak meneran sangat2.. Nurse terus usung ke Labour room... bila sampai labour room, nurse cek bukaan, dah 10cm.. baby dah crowning.. Hanya bertemankan seorang bidan, aku selamat melahirkan Fitri.. Alhamdulillah..rasa lebih mudah kali ni.. Hubby tak sempat masuk labour room pon.. dia masuk je...terkejut.. eh.. dah lahir dah.. rasa bersalah katanya.. tak sempat nak teman.. tapi tak pe.. janji semua selamat..   
dah nampakbulat... 3 Hari..

Keesokan harinya aku dibenarkan pulang setelah semuanya dipastikan normal. Maka bermulalah era berpantang dengan produk Shaklee.. ewaaahh.. heheheh.. Kali ni, berpantang tak de masalah sangat.. Takde masalah sembelit langsung & luka jahitan juga sangat cepat sembuh.. Baru 2 minggu pantang, aku rasa dah tak macam orang pantang dah... Fitri ada juga masalah kuning, tapi hanya monitor di rumah. mama paksa dia minum susu ibu banyak2..


Dugaan penyusuan tetap ada.. diusia Fitri 5 hari, aku kene bengkak susu.. Ya Allah... sakitnya.. Cik B mengeras macam batu... Tuam dengan tuala suam tak jalan.. kene tuam dengan tuala panas.. amik ko...menitik2... Bila baby kuning ni, dia kuat tido.. puasla aku kejut setiap jam.. minum sikit2, tido balik.. geram betul dengan si montel Fitri masa tu.. tak bagi kerja sama dengan mama.. tolong kosongkan cik B.. heheheh
Lepas kuar hospital, Fitri ikut mama, papa & abg Fahri jalan2 Sabah & Labuan... heheheh


Diusia Fitri hampir 40 hari, Fitri terkena jangkitan selsema & batuk.. berjangkit dari Fahri.. Maka,dengan kuasa veto, mama usahakan dulu dengan susu ibu.. bagi cepat sembuh.. tp Takdir Allah mengatasi segalanya.. makin hari, bunyi pernafasan Fitri makin kuat.. kita yang dengar pon macam seksa.. baby umur hari ni memang tak pandai bernafas guna mulut.. hidung tersumbat pon nak bernafas dengan hidung.. Puas la papa nya sedut.. siap guna mulut.. demi anak tersayang.. Tapi akhirnya kami pasrah.. terpaksa bawa Fitri jumpa Dr pakar.. dan kami di tahan di ward NCI hospital..


Nursing in Public... 
Maka bermula lah era aku menghabiskan waktu berpantang di hospital.. Rutin mengepam tetap berjalan seperti biasa.. Alhamdulillah... susu dipam lebih banyak dari dirumah.. Mungkin sebab aku hanya perlu tumpukan pada Fitri sahaja di hospital.. urusan rumah, masak semua tak yah pikir dah... Dr & nurse yang merawat Fitri pon kagum dengan hasil perahan aku di hospital.. walaupon aku fully breastfeed Fitri, susu yang diperah untuk di simpan tetap banyak.. mungkin mereka belum pernah jumpa para ibu yang susunya lebih meriah dari aku.. ALhamdulillah... rezeki untuk Fitri..


Exclusive Breastfeed Fitri @ 5 months.. happy baby...
Jom kita cerita pula perjalanan penyusuan Fitri bila aku mula bekerja pula.. First day mula kerja, aku terpaksa mc pula.. demam..hari kedua masuk bekerja, aku mula rasa ada yang tak kene dengan cik B.. hasil perahan sebelah kiri tak sampai 1 oun..sebelah kanan lebih 5 ouns..huhuhu.. sakitnya cik B sebelah kiri tu masa dipam hanya Allah je yang tahu.. aku mula search adakah aku ni dah terkena Mastitis.. penyakit yang paling ditakuti oleh kaum ibu menyusu.. aku sms Dr Ning, pakar laktasi yang mengajar aku masa kursus MBFPC dulu..  cerita kondisi aku dan hasil perahan aku hari tu.. Sah..memang mastitis.. Dr Ning siap marah aku, sebab kenapa tak bagi tau Dr perubatan masa aku amik mc tu, aku sakit Cik B.. nasihat dia, antibiotik tu aku kene habiskan dan harus berjaga2 kerana masalah Mastitis ni boleh berulang..


macam anak Cina pon ada..
gambar raya tahun lepas..
Sepanjang penyusuan Fitri 2 tahun 5 bulan, 3 kali aku dijangkiti Mastitis.. nak tau apa puncanya?? nanti kita cerita di lain entry...  Memang confirm demam punya kalau kene.. Lepas sembuh dari Mastitis kali pertama, aku cuba kembalikan production susu sebelah kiri supaya seimbang macam biasa.. (5 ouns lebih kurang sekali perah).. tapi tak berjaya... walaupon aku dah cyba lebihkan direct feeding sebelah kiri lebih banyak.. ya..bukan mudah nak up kan semula.. at last, sampai ke sudah memang kurang .. penghasilan 2-3 ouns sahaja berbanding 4-6 ouns sebelah kanan...mungkin juga faktor aku 'right handed'..  rasa dah lebihkan kiri.. tapi selalunya orang yang right handed ni akan lebihkan sebelah kanan..


suka bebenor main pasir


Cerita bangun malam nak cukupkan stok tu biasalah kan.. mana2 ibu pon mesti rasa.. Tapi penyusuan Fitri ni cabarannya lebih kepada kerja.. Tak sempat nak pam.meeting pagi petang. outstation ke hulu ke hilir.. Sepanjang menyusu, aku memang mengambil set penyusuan Shaklee.. kalau tak mesti aku sokmo stress.. penat .. lembik.. Bagi aku dunia penyusuan ni memang dah jadi darah daging.. Jadi aku tak kisah nak amik suplemen Shaklee ni demi melakukan yang terbaik untuk misi penyusuan aku.. Sebab aku tau dan aku percaya, makanan yang aku makan hari2 (off course la asyik membeli jekan) semasa kerja tak dapat menampung keperluan nutrien aku.. tambah2 lagi ibu menyusu.. malam & weekend je aku masak.. tu pon kalau hubby ada kat rumah.. hubby aku keje shift.. jadi selalunya jika hubby keje shift malam, dia dah siap2 belikan makanan untuk aku... tak mo aku terkejar2 nak masak sedang anak2 memerlukan perhatian... 




Big Boy...

Pengalaman menyusukan Fahri sebelum ni banyak mengajar aku untuk lebih tenang untuk menyusukan Fitri..segala kata - kata negatif tak cukup susu, susu cukup ke, kenyang ke?? aku longkang kan jer semua.. hati kene cekal jika benar2 nak melengkapkan misi penyusuan 2 tahun..  . Sekarang aku sedang mengandungkan anak ke 3.. dah nak masuk 7 bulan dah.. masih dengan Shaklee .. Set mengandung pula kali ini.. plus aku tambah dengan Garlic Complex sebab ada masalah keputihan pula.. Biasalah kan ibu mengandung ni.. ada2 saja... 

ok lah.. sampai di sini dulu perkongsian aku mengenai perjalanan penyusuan Fitri.. semoga bermanfaat untuk semua... 


jumpa lagi dilain entry.. 

salam sayang,

SriFairus



Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
~ ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Perjalanan Penyususan Anak - anak syurgaku Dengan Susu Ibu part 1 (Fahri)

Salam pembaca zonsusuibu semua.. Sempena sambutan MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA nie, saya nak share juga perjalanan penyusuan susu ibu kedua - dua putera kesayangan saya.. dalam dalam penceritaan, saya lebih suka guna kata ganti nama 'aku' yer.. lebih dramatik.. hehehhe.. selamat membaca...

Bermula dengan Fahri... 
Alhamdulillah, aku di sahkan mengandung diusia perkahwinan mencecah Setahun 2 Bulan.. Syukur yang tak terhingga ketika itu.. Alhamdulillah semuanya berjalan agak  mudah kecuali masalah HB rendah yang tak habis - habis.. sekitar 8.0++ ke 9.0 ++ sahaja bacaannya walaupon Dr pakar arahkan makan Obimin 2 biji sehari..Morning sickness tu biasa lah kan..  mujur tiada masalah serius semasa melahirkan kerana masalah HB yg agak rendah

Bercakap mengenai penyusuan, aku memang mula niat untuk menyusukan Fahri dari kandungan lagi..Kagum dengan semangat kakak2 di opis... walaupon mereka berjawatan besar dan sibuk, rutin mengepam demi memberi yang terbaik untuk si manja tidak diabaikan..aku bertekad, jika mereka boleh, kenapa tidak aku...? proses mencari ilmu penyusuan pon bermula.. segala persiapan menyusu telah disediakan dari Fahri dalam kandungan 4 bulan lagi... semangat.. besar harapan aku ketika itu.. ingin menyusukan Fahri yang masih dalam kandungan hanya dengan susu ibu...

Tarikh keramat 30 April 2009, Fahri dilahirkan.. 10 hari lebih awal dari tarikh jangkaan... Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. aku tiba di Hospital Serdang pada pukul 6.30 pagi dan Fahri slamat dilahirkan pada pukul 8.30 pagi.. Petangnya, aku dibenarkan pulang seteah dipastikan tiada apa2 masalah dengan bayi dan ibu..

Bermulalah era perjalanan penyusuan aku .. Bagi aku ia cukup mencabar.. pada mulanya nampak ok.. Fahri pandai 'latch' dan menghisap seperti susu keluar.. Hari kedua...dah mula rasa sesuatu yang tak kena.. Fahri asyik menangis bila diletakkan atas tilam dan hanya akan tido/diam bila  melekap dengan mama.. Hari ketiga, badan Fahri mula panas.. demam..kuning juga seperti agak teruk. kami bawa Fahri ke hospital dan kami di tahan di wad. Bukan sebab kuning, tapi sebab Fahri demam diusia 3 hari.. Dr syak ada jangkitan semasa Fahri dilahirkan..

Hari pertama dilahirkan... sebuah anugerah...
Di ward NICU, baru lah aku tahu bahawa susu aku belum keluar dengan lancar rupanya.. Bila nurse picit Cik B, susu keluar hanya sikit sangat.. ada ibu2 lain yang baru 2-3 hari susu sudah mencurah2. Tapi aku tak putus asa.. Walaupon nurse kata susu aku tak de, aku tetap perah.. picit cik B.. susu keluar hanya setitik.. setitik.. dekat sejam mermet, 5 ml pon tak sampai.. ALLAH... aku jaga anak aku sendiri di ward. Ibu- ibu lain kebanyakannya hanya datang jaga baby pada siang hari.. Malam hari hanya yang tinggal, bayi2 kecil bersama nurse. Tak pe... Biar penat.. biar luka episiotomi aku masih sakit, aku gagahkan untuk menyusukan Fahri setiap jam.. aku percaya, lebih kerap direct feeding, lebih banyak susu akan dihasilkan nanti..

Tapi.... niat aku terbantut apabila nurse marah kerana asyik ambil Fahri yang masih lagi asyik menangis dari katilnya.. Dia perlu intensif photo terapi... Bacaan kuning dia dah makin tinggi.. Fahri jarang kencing dan berak sejak dilahirkan..Allah... kuatnya ujian ini.. Atas nasihat nurse dan gesaan suami, aku terpaksa relakan Fahri untuk disuakan dengan susu formula di hospital.. Air mata menitis apabila suami menolak katil Fahri kepada nurse untuk disuakan susu formula..

Hari kedua di hospital, masih begitu... Tp kali ini aku suruh hubby ambil pam yang telah lama dibeli. Spectra 3 yang amat berjasa... Masa Fahri tido, aku sibuk pam.. walau pon yang keluar hanyalah angin.. tak pe.. sabar mama... demi anak yang tercinta.. Dalam hati sentiasa berdoa.. Allah..murahkan lah  rezeki susu untuk anakku.. Dan akhirnya hari ketiga di hospital, Fahri dibenarkan keluar hospital setelah kuningnya turun ditahap terkawal dan result darah menunjukkan tiada apa2 jangkitan.. Fahri mungkin hanya dehidration masa badan panas tu..akibat tidak mendapat susu yang cukup ditambah cuaca yang sememangnya panas ketika itu..


Ok.. cerita diteruskan lagi dengan perjalanan penyusuan semasa pantang.. Memang bukan mudah.. pulang sahaja dari hospital, aku mula berurut.. susu kolustrum keluar berketul2.warna kuning.. melekit -lekit. sakitnya masa bidan tu urut hanya Allah sahaja yang tahu.. bila ingatkan semula, rugi pula aku tak tadah susu kolustrum tu.. liang susu aku macam tersumbat.. selepas itu, baru susu keluar agak lancar.. Tp persepsi ahli keluarga sekeliling telah terpahat bahawa susu aku sikit dan bayi tidak cukup susu..

pas pantang, mama teringin nak makan double cheese burger.. heheeh.. Fahri ketika berumur 45 hari
Semasa Fahri check up sebulan, berat badannya naik lebih dari 1 kg.. Maknanya aku berjaya menyusukan Fahri dengan baik..betul tak?? Tapi persepsi tak cukup susu masih berlegar2.. Allah.. tak perlulah aku cerita dengan lebih terperinci.. Tapi perjalanan penyusuan tanpa sokongan orang yg dekat dengan kita memang mencabar.. Mujur suami masih bersama - sama aku.. Rasional dengan semangat isterinya yang sangat bertungkus lumus.. Fahri masih lagi suka menangis jika diletakkan dan suka melekap.. bila dah melekap tu mmg berejam.. secara jujur, masa pantang melahirkan Fahri adalah waktu yang sangat stress.. dengan masalah episiotomi yg tak sihat lagi walaupon dah 20++ melahirkan.. Sembelit yang teruk sehingga buasir tahap 2..  Fahri yang asyik melekap dan aku tak dapat buat stok susu langsung... 

Susu yang aku perah habis digunakan untuk ajar Fahri menyusu botol.. Siang malam mengepam, aku hanya berjaya mengumpul 8 botol x 4 ouns sepanjang tempoh pantang untuk digunakan sebagai bekalan apabila mula bekerja kelak..
Sikit kan.. sikit sangat.. hari pertama bekerja, 4 botol digunakan.. balance 4 botol lagi habis digunakan dalam tempoh minggu kedua bekerja... 

Allah.. bagaimana aku meneruskan penyusuan selepas itu.. Allah dengar doa aku.. sepanjang bekerja, stok susu Fahri 4 botol x 4 ouns berjaya disiapkan walaupon aku terpaksa bangun malam.. bersengkang mata pam susu.. aku tak pernah disuruh outstation meninggalkan Fahri sehingga Fahri berumur 8 bulan.. Allah juga kurniakan tubuh badan yang sihat sepanjang 6 bulan pertama penyusuan.. Benarlah.. Allah Maha Pengasih... 

Cuma harus aku akui, semasa Fahri 4 bulan,  Fahri mengalami growth spurt yang agak dahsyat.. masa tu bulan puasa..4 botol x 4 ouns kadang kala tidak mencukupi.. Aku terpaksa redha untuk suplemen Fahri dengan susu Formula 1 botol sehari semasa ramadhan tersebut.. Aku pula sudah tak berdaya untuk mencukupkan keperluan Fahri ketika itu... Dengan puasa, bekerja, rutin memerah, kepenatan menjaga anak seorang diri bila suami shift malam.. aku mmg tak berdaya.. Puasa ketika itu sangat menyiksakan.. serius.. aku memang tak berdaya.. lepas pam susu di opis, aku jadi sangat lapar, menggeletar dan kepenatan.. pengalaman yang sangat menginsafkan... malam pula, selepas berbuka, kadang kala tak sempat isyak, aku dah pengsan... takut bila ingat pengalaman dulu.. Tarawih entah ke mana.. ada juga yang aku buat.. tapi selalunya hanya 2 rakaat..

budak yang di kata tak cukup susu.. Fahri 4 bulan...
Ok... kita cerita pula masa Fahri berusia 1 tahun 2 bulan..bulan ramadhan akan menjelma lebih kurang sebulan lagi..  Bulan Ramadhan kedua dalam hidup aku sebagai ibu yang menyusukan.. pengalaman lepas buat aku jadi phobia. stok susu banyak juga yang dah dikumpul.ada dalam belasan botol.. tapi takkan nak dihabiskan sepanjang ramadhan ni.. dan tak kan nak jadi ibu menyusu yang lembik  macam tahun lepas?? 

setahun lebih
Aku mula mencari -cari maklumat untuk membantu aku menghadapi menghadapi ramadhan nanti... bermula dari situ baru aku kenal Shaklee. Set B penyelamat hidup ku ketika itu.. Bermula dari trial pack set B, (Vitalea, Bcomplex, Vit C sustain Release dan Alfalfa).. Trial pack yang pertama habis dalam masa 2 bulan.. patutnya sebulan.. itu pon aku dah rasa kelainan dalam perjalanan penyusuan aku.. Lebih bertenaga.. jumlah susu yang dipam tak de la banyak sangat.. kenaikan 1-2 ouns.. tp susu cukup.. aku lebih positif dan bertenaga....

Big boy already...
Bulan ramadhan juga dapat dilalui dengan lebih mudah... Syukur Ya Allah.. Tak de lah rasa macam kebulur sangat lepas pam.. tiada lagi masalah menggeletar selepas pam..  tak rasa terlalu lapar dan aku masih bertenaga untuk beribadat selepas berbuka.. syukur ya Allah... Dari pengguna trial pack, aku terus decide menjadi ahli dan menjadi pengedar secara sambilan..

Menutup cerita penyusuan anak syurgaku Fahri, akhirnya aku berjaya menyusukan Fahri sehingga dia berusia 2 tahun 4 bulan... bila dah 2 tahun tu aku mula campur dengan formula. bila mula mengandung anak kedua, aku hanya menyusukan dia waktu malam dan hujung minggu.. dan akhirnya berhenti sepenuhnya bila usia kandungan aku 4 bulan dan Fahri berusia 2 tahun 5 bulan



..  


macam2 ragam.. dah besar pon masih sangat manja dengan mama...


Itulah cerita penyusuan Fahri.. untuk Fitri next entry yer... Tapi pastinya lebih mudah, ceria dan menyeronokkan.Ilmu dan pengalaman semasa meyusu Fahri banyak membantu.tapi biasalah.. cabaran tetap ada.  Lain anak, lain ceritanya.. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah izinkan aku menyusu anak2 ku sehingga lebih 2 tahun.. 


Permata hati mama & papa...
Buat ibu-ibu hebat di luar sana... anda juga mampu menyusukan si manja anda.. cubalah buat yang terbaik.. Ilmu sangat penting dalam menjayakan misi penyusuan 2 tahun.. Buatlah apa sahaja yang termampu untuk lakukan yang terbaik demi menyusukan si manja anda dengan susu ibu.. Jangan rasa bersalah jika terpakasa mengambil suplemen untuk membantu anda dalam misi penyusuan.. Anda tidak perlu ambil suplemen jika anda mampu menjaga diet seharian dengan seimbang.. dalam cerita saya ni, saya akui bahawa saya memang perlu suplemen samada ketika menyusu atau tidak..

tepuk dada, tanya selera!!!!!

jumpa lagi dilain entry.. 

salam sayang,

SriFairus



Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
~ ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.