Social Icons

Tahniah Sri....Tahniah sayang... Anak mama dah 2 tahun menyusu dengan mama...

Alhamdulillah... syukur Ya Allah... 30 April aritue, dah 2 tahun Fahri menyusu dgn mama...
suatu pengalaman yang amat berharga buat mama dan suatu azam yang mama tak sangka mama mampu lakukannya...

Kalau diingatkan semula pengalaman mama mengandungkanmu, alhamdulillah tidak banyak masalah yang mama hadapi... pening-pening skit tu, biasalah.. mama masih mampu puasa walaupun waktu itu mama tengah mabuk....

Saat melahirkanmu, Allah Ar-Rahman permudahkan urusan mama.. dengan ditemani papa, tak sampai 30 minit di labour room, anak mama selamat dilahirkan ke dunia..

Ujian semasa menyusukanmu agak hebat.. hanya ibu-ibu yang menyusukan sahaja yang memahaminya.. Mujurlah tekad mama masih kuat dan hingga sekarang mama masih menyusukanmu... Terima kasih papa atas sokonganmu.. atas belas dan kasih mu.. membantu mama dalam menguruskan rumah... menyimpan susu2 yang mama dah perah.. tanpa mu, mama mungkin telah lama mengalah...

Sebagai tanda kasih mama pada Fahri, mama ingin mencoretkan sebuah post khas untuk anak mama...
Lama dah mama ta tulis pasal anak mama nie..

Erm... Kita mula dengan perkembangan anak mama semenjak dilahirkan..

30 April 2009 :
Selamat dilahirkan di dunia pada jal 7.59 pagi.. Mama dah rasa sakit perut mcm nak berak dari jam 1 pg.. asyik nak terberak jer sampai pkl 4.30 pg.. ulang alik ke toilet tak tau berapa puluh kali.. kosong dah usus mama... Hasilnya, mama teran tak de pon kuar hasil2 lain... hehehe... clean..
Mama mula menyusukan anak mama.. buat kali pertama.. walau pun agak kekok, tp nurse2 kat hospital serdang tue ajar mama dgn baik...

2 May 2009 :
Anak mama di masukkan ke ward NICU Hospital serdang sebab demam dan kuning... masa tu nurse check susu mama masih sikit... nurse suruh mama bagi fahri susu formula.. masa nurse amik fahri dan sua kan susu formula tu, air mata mama mencurah2 keluar.. tp mama terpaksa sebab untuk keselamatan anak mama...

Anak mama 4 Bulan setengah :
Anak mama dah mula meniarap.. debab betul fahri masa tue.. 4 bulan, berat fahri dah pon mencecah 7.4 kg.. dalam masa sebulan anak mama dah laju menyusur.. tahniah sayang...

6 Bulan :
Mama dah mula bagi fahri mkn bubur nasi yang dah di blender.. Fahri mmg sangat suka makn.. mama suke.. hehe

9 Bulan :
Anak mama baru nak merangkak.. hehehe.. mama ingatkan tak merangkak dah fahri nie.. sebab fahri dah boleh berdiri dengan memegang sesuatu...

Setahun Satu bulan :
YAAAYYYYYYYYYYYY.. anak mama dah berjalan... hehehe.. tak pe la lambat skit.. mama tetap bangga dengan anak mama... tak lama lepas anak mama dah boleh berjalan, anak mama dah boleh terus berlari sambil tendang bola.. cayalah.. mcm gaya tores dah.. papa siap beli baju spain untuk fahri.. tak sangka spain menang plk piala dunia 2010 aritue... hehe

Setahun Setengah :
Anak mama tak le becok sangat.. tp banyak juga vocab yang fahri dah boleh sebut.. anak  mama pon dah kenal banyak benda bila mama tanya.. contoh, mcm kipas, lampu, pintu, dan mcm2 lagi.. anggota badan pon dah kenal.. nose, teeth, rambut, kepala, hand, fingers, perut.. kaki.. hehe...

2 tahun:
Anak mama sambut birthday ke 2 thn aritu kat bali.. hehehe.. tp fahri demam la sayang.. cian anak mama.. kita rehat2 jer kat bilik.. mama n papa tengah pikir ni nak celebrate ke tak birthday fahri nie.. cmne yerk.. celebrate skali je lah dgn anniversarry mama n papa nnt yerk.. kita2 jer.. hehe

Bila fahri nak dekat 2 tahun aritue, mama tengok perkembangan fahri agak cepat.. dah boleh buat ayat...fahri dah boleh nyanyi lagu2 yg mama ajar.. anak mama dah boleh kira 1-10 dalam bahasa inggeris dan b melayu..
Wah.. anak mama dah boleh nyanyi lagu alif ba ta.. sampai ya.. tp memang la tak sempurna.. klakor pon ada kalau mama dengar fahri nyanyi... nanti mama nak rakam n upload dalam nih.. hehe

Sekarang : Fahri tengah tido setelah mama paksa.. tak abis2 anak mama nie nak dengar lagu nursery kat youtube/cd... dah pkl 10.30 td.. pastu mama bagi nenen, akhirnya terus terlelap.. ngantuk dah... tp lawan mata tue nak nyanyi punya pasal.. apa dah anak mama. nih..

Tapi mama perasan satu perkara... anak mama sangat malu dgn org lain.. anak mama diam jer kalau kita pegi umah tok papa.. sebenarnya fahri dah boleh cakap.. tp fahri malu.. berkepit jer dgn mama.. jadi sumer org ingat fahri tak boleh bercakap lagi.. dgn mama n papa kat rumah, fahri tot tet2.. mulut fahri membebel2... kenapa yer sayang??

Minggu depan mama outstation 2 minggu.. aduh hai.. anak mama tak berhenti menyusu badan lagi.. kalau mama tak perah, mau kering terus nanti.. mama risau.. moga rezeki untuk anak mama terus ada... mama tak sampai hati nak wean off lagi.. bila tengok fahri kat nenen mama, hati mama rasa tenteram jer.. anak mama sangat manja dgn mama..

jalan2 dengan mama n papa kat floraria...



Fahri time ih dah 3 bulan

masa ni anak mama baru jer pandai meniarap

segar la lepas mandi mama,,,

masuk pertandingan baby sihat.. tp yang menang mak-mak sihat.. hehe

I hate sitting here... mama, nak dukung..

fahri @ 6 bulan..

montel mama

happy baby...

pengarang jantung papa n mama

masa demam... cian die...

new year.. jalan2 KLCC

raya pertama untuk fahri.... @4 months


lepas pantang... makan burger king.. mama lepas gian.. hehe
Nanti mama upload lagi... mama sayang fahri...

salam sayang,
srifairus


Tersentuh apabila membaca kisah Puan Iffa, Pesakit SLE.. Shaklee berjaya membantu beliau...

Pagi ni saya nak share pengalaman salah seorang Geng Shaklee kami, Pn Iffa..pesakit SLE.. kisah beliau dan penawar penyakit beliau...JOm baca... credit to kak cery
______________________________

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
__________________________________________
nanti sy share lagi testimoni tentang Vivix ni... memang best.. semua penyakit ada penawarnya.. dgn vivix? InsyaAllah
 
Salam sayang,
srifairus

Rindu sangat kat blog ku yang terchenta...

entry ini khas ditujukan buat blog ku..
Lama sungguh aku tak update mu.. ikutkan hati ini mmg ingin selalu berkongsi sesuatu bersama kawan2 yg lain melalui mu.. tp apakan daya.. tak sempat dh nak mencilok2 masa.. kat umah plk, P1 Wimax dah buat hal hampir sebulan.. benci................. oleh itu, bersawang la blog ku ini... hr ini memandangkan bos dah kuar meeting kat luar, aku ambil masa seminit dua utk mencoretkan sesuatu ke atas mu.. moga aku mempunyai lebih banyak masa selepas ini bersamamu..

Salam sayang..
Srifairus..

ps: motip?? tetiba plk berjiwang karat dgn blog sdr.. hehe