Social Icons

Siapa Nak E-Book Penyusuan Susu Ibu Percuma??


Selamat Berhujung minggu pembaca blog zonsusuibu.com semua..


Sepanjang bulan 3 hari sepanjang bulan September ini (21 Sept - 23 Sept) , saya berhasrat ingin memberikan E-book Panduan Penyususan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya Secara percuma!!!!!!..


Asalnya e-book ini adalah nota peribadi saya semasa 'journey' penyusuan saya untuk menyusukan Fahri, anak pertama

Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan e-book ini yang boleh dijadikan rujukan asas yang lengkap bagi ibu -ibu yang ingin mendalami ilmu penyusuan susu ibu.

Semoga ia dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada ibu - ibu hebat di luar sana yang berhasrat untuk menyusukan anak mereka hanya dengan susu ibu..

Ok.. tanpa membuang masa, bagi yang ingin mendapatkan e- book ini, syarat2 penyertaan untuk mendapatkan ebook ini  adalah :

1. Like page sri e-shoppe & share status sri e -shoppe tersebut di sri e-shoppe

2. Tinggalkan  e-mail  di ruangan 'comment' & tag 3 orang sahabat anda yang anda rasa perlukan e-book ini juga secara percuma.. (lebih ramai yang dapat manfaat, lebih baik)

3. Berikan saya sedikit masa untuk saya emailkan e-book tersebut kepada anda satu persatu. Tempoh bergantung kepada permintaan... 

Mudah bukan !!!

Para suami juga boleh mengikuti kempen ini untuk mendapatkan e-book ini secara percuma untuk isteri anda ...

Jadi jangan buang masa... Fast action, Fast result!!!

# 4 ebook percuma tidak disertakan

Hanya untuk tempoh 3 hari sahaja...

Salam sayang,

SriFairus
Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe




Badan Lebih cergas dan Sihat dengan Set Asas Vitalea, Alfalfa & Ostematrix Shaklee


Salam kepada pembaca semua... 

Hari ini saya nak share dengan mengenai satu testimoni dari sahabat lama, sekolah sama2 masa di MRSM Serting dulu... saya panggil dia Yana...




Dia mula ambil Shaklee dengan saya bulan April hari tu.. Bulan Ogos aritu dah 2 kali repeat order.. kali kedua dia nak repeat, terus ambil keputusan nak jadi ahli..

Apa yang sahabat saya ni ambil :


1. Vitalea with Iron Formula




Kandungan :
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vita Lea Shaklee disalut dengan serbuk nutrisi~ spirulina.
  • Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Fungsi  Multivitamin dalam Vitalea : 
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

2. Ostematrix (Ca Mg)

Shaklee Ostematrix mengandungi KALSIUM+MAGNESIUM+VITAMIN D..

APAKAH MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX KEPADA BADAN KITA?

Menguatkan tulang dan dapat menghalang osteoporosis
Menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf
Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan masalah haid (senggugut)
Menggalakkan tidur yang lebih lena (pesakit insomnia)

Fungsi Vit D di dalam Ostematrix pula :-

  Dapat membantu mengurangkan penyakit rickets
Meningkatkan penyerapan kalsium dan meninggikan ketumpatan tulang.
Vegetarian, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak memerlukan supplement Vit D

Fungsi Magnesium pula :- 

Menggalakkan komposisi tulang dan rawan, sistem saraf
Membantu dalam proses pengecutan otot dan saraf
Menstabilkan denyutan yang tidak sekata pesakit jantung
Melancarkan pembuangan sisa dari perut dan usus
Menghalang endapan kalsium
Melarut dan mengurangkan formasi BATU KARANG atau batu hempedu

Jika anda mengamalkan pengambilan suplemen KALSIUM, pastikan ia dilengkapi dengan VITAMIN D dan MAGNESIUM untuk penyerapan yang lebih efektif serta dapat mengelakkan risiko batu karang.


3. Alfalfa 


Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah




20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang



Ingin dapatkan kesan yang sama untuk tubuh badan anda??

jom dapatkan satu set hari ini..

Jumpa lagi dilain entry.. 

salam sayang,

SriFairus
Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe






12 Idea Pemasaran Dr.Azizan Osman yang Praktikal & Berkesan.

12 Idea Pemasaran Dr.Azizan Osman yang Praktikal & Berkesan.

 sumber : rahsiacetakbanner.com
Idea Pemasaran

Semakin hari semakin ramai orang yang telah berani untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, baik perniagaan online mahupun offline. Ada juga peniaga yang hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja dan mampu menjana pendapatan atau jualan sehingga ratusan ribu sebulan! Walaupun kedengaran agak keterlaluan, namun ianya bukan cakap kosong kerana semakin banyak cerita-cerita kejayaan dan bukti-bukti ditunjukkan kepada umum mengenai kisah kejayaan insan-insan seperti ini.
Siapa yang tidak kenal jenama susu kambing Hi-Goat, Anis Moist Chocolate Cake, Sri Munawwarah, Kaki Printing dan banyak lagi? Mereka ini ialah testimoni sebenar kisah kejayaan yang dicipta setelah mengamalkan ilmu-ilmu pemasaran Dr Azizan Osman, pakar pemasaran nombor 1 Asia secara betul dan konsisten.


Mari kita ikuti di bawah ini antara ilmu-ilmu pemasaran yang telah atau mungkin digunakan oleh jutawan-jutawan ini dalam mencipta nama dan ‘menjerat’ pelanggan menerusi strategi-strategi yang betul.

1)      Berikan Jaminan Wang Dikembalikan
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

2)    Minta dan Gunakan Testimonial Pelanggan
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapatkan testimoni bergambar, selalunya untuk produk-produk kecantikan di mana akan terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

3)    Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan Anda
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Aminah binti Abu, pengurus, Syarikat Aminah Bersaudara…?” Tetapi adakah anda tahu apakah perniagaan Aminah binti Abu? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Biasakan meberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

4)    Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma!

5)   Lancarkan Pertandingan atau Cabutan Bertuah
Cara ini ialah yang paling mudah untuk anda menjana database pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa hadapan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, Facebook atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda.

6)   Berikan Kad Diskaun atau Voucher Percuma
Ini adalah cara yang juga mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali cucian percuma! Ini juga adalah cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.


7)    Kongsikan Apa yang Anda Tahu Kepada Orang Lain
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, hanya maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman social anda seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya jika anda di dalam bidang graphic design atau teknologi maklumat. Kongsikan kepada orang lain tentang cirri-ciri sesuatu design yang menarik, kesilapan ramai orang dalam memilih design dan bagaimana teknologi boleh membantu anda dalam mendapatkan design yang berkualiti dan menarik. Jangan risau jika ada orang lain meniru anda, ana ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

8)    Emel
Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.

9)    Tulis dan Kongsikan Profil atau Kisah Anda
Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih Berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang Berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

10)   Sokong Badan Kebajikan
Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta  sediakan tabung derma untuk pelanggan anda turut serta membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

11)   SMS Pelanggan Anda
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan SMS 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat hari jadi serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti www.ETSI.com.my  dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar SMS dengan lebih efektif.

12)   Iklan Banner atau Bunting
Tahukah anda cara paling cepat untuk menguasai wilayah perniagaan anda adalah melalui pengiklanan banner. Pasang sekurang-kurangnya 30 unit banner disekitar kawasan yang strategik di kawasan daerah atau bandar berhampiran. Anda pasti akan di huru harakan oleh panggilan dari pelanggan nanti. Masalah iklan banner adalah kosnya yang agak mahal disamping kos lesen untuk gantung banner dari pihak berkuasa majlis. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menempah banner di tempat yang betul, kos lebih murah pada kualiti terbaik. Anda boleh dapatkan Panduan Ebook Rahsia Cetak Banner (RCB) di rahsiacetakbanner.com , penjimatan kos sebanyak 500%!



Jumpa lagi dilain entry.. 

salam sayang,

SriFairus
Order dan Pertanyaan
~ Sri Widias Tuti
ID 836723
~ whatsapp / sms 012-6742355
~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe




Perlukah Pengambilan Vitamin??

perlu atau tidak pengambilan suplemen?

jika anda rasa anda tidak perlu ambil suplemen, mungkin anda harus fikirkan semula...

Mari kita lihat pola pemakanan kita seharian... serta rutin kerja masing2...
...
Piramid Pengambilan Makanan
Adakah kita dari golongan yg memang makan ikut piramid pemakanan seperti yg dicadangkan setiap hari?

Saya hanya ambil contoh diri sendiri.. bekerja di cyberjaya, pilihan makanan memang banyak dan sedap2 berlaka. pilih sahaja restoran yg anda suka. dari makanan arab, masakan cina, jepun, ala kampung, kenegerian dan tidak kurangnya restoran makanan segera seperti kfc, burger king dan sebagainya..
saya juga pencinta makanan dan memang suka makan...akan makan ikut selera hari itu.. tiada istilah diet...


Harga makanan juga pelbagai.. dari RM5 sepinggan nasi bersama lauk hingga lebih RM30 utk stik kegemaran.. lebih mahal dari itu pon banyak..

Tapi tahukah anda kebanyakan makan yang kita makan kebanyakan nutriennya telah hilang semasa proses penuaian, penyediaan dan apatah lg setelah di masak.. ?

Itu belum lagi racun kimia dan hormon2 dalam ternakan yg diternak yg kita makan hari2..

Apa akan terjadi jika kepekatan bahan toksik dalam tubuh yang tinggi ditambah dengan kekurangan nutrien yang berterusan setiap hari?

Ini merupakan bom jangka yang hanya akan meledak pada bila2 masa... tiba masanya, pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi.. 


Antaranya yang paling ditakuti seperti kanser, kegagalan organ tertentu seperti buah pinggang, masalah sendi dan sebagainya..

Mungkin ada yang salah anggap saya menggalakkan pengambilan suplemen sebagai pengganti makanan.. ini bukanlah perkara yang betul dan saya sendiri tak pernah  mengamalkan diet begitu..

Saya memang suka makan dan suplemen bagi saya hanya untuk menampung kekurangan nutrien yang diambil seharian.. ye lah.. sekali sekala saya juga makan di restoran segera dan jika ingin cepat, mee goreng dan nasi goreng adalah menu favourite.. pastinya khasiat makanan ini langsung tidak seimbang dan tinggi kolestrol!!

Rangkaian Produk Shaklee
Kami pengedar shaklee tidak pernah memaksa sesiapa membeli dari kami... kami hanya berkongsi kebaikan produk ini dan keputusan ditangan anda..

Akhir sekali dari saya, tidak salah memberi peluang kepada diri sendiri untuk lebih sihat.. sebelum menilai sesuatu produk itu bagus atau tidak, sila kaji dahulu kandungan dan sejarah syarikat suplemen pilihan anda...
buatlah pilihan yang bijak..

jumpa lagi dilain entry.. 
salam sayang,SriFairus
Order dan Pertanyaan~ Sri Widias Tuti~ ID 836723~ whatsapp / sms 012-6742355~ page : http://www.facebook.com/sri e-shoppe