Social Icons

Esok Fahri Genap 18 Bulan @ setahun setengah..

Apa maknanya untuk aku??

Erm... target nak menyusukan Fahri dengan susu ibu selama 2 tahun ada 6 bulan lagi untuk dicapai.. Tak lama dah.. insyaAllah, selagi ada rezeki untuk Fahri, aku akan menyusukan Fahri hingga ke titisan yang terakhir..

Fahri plk makin bijak, nakal n chomel.. hehe..(sape lg nk puji anak klu bkn mama dia sendiri kan...)
Banyak dah yang dia dah faham bila aku bagi arahan... setiap malam sekarang ni sebelum tido, aku just ajak dia masuk bilik n dia akan terkedek2 dgn sendirinya masuk bilik, on kan kipas n tutup pintu bila aku dah masuk.. clever kan..

Nenen mama adalah wajib before tido.. aku try juga tak yah bagi nenen... dodoikan la, nyanyi la.. sumer tak jalan.. mula2 jer dia seronok nak nyanyi2 sblm tido.. at last nak nenen jg.. hehe

Vocab plk, ada beberapa perkataan baru yang fahri leh cakap..

1. Yak.. (nak bg tau dia dah berak). tp kadang2 tak berak pon.. tp pampers dah penuh pon dia kata yak.. ( nak suh tukar pampers agaknya)..
2. vroooommm.. bunyi kereta baru dia.. dah lama janji nak belikan tp br jer terlaksana.. cian anak mama (skrg nih sibuk suh tolak bila dia nak naik keta tue..)..
3. momon (doraemon).. klakor tau..
4. menyanyi2 dgn nada yg chomel... hehe.. lagu apa aku tak tau.. siap aksi tangan..

Sekarang ni Fahri sibuk sumer benda nak buat sendiri... nk mkn sendiri, pakai baju/seluar sendiri, gosok gigi sendiri, pendek kata sumer nk buat sendiri..

Tp bila pagi before mama  pg keje, mmg masa yang mencabar la.. skrg ni hampir tiap2 pagi fahri akan nangis.. letih tul kadang2.. nak bersiap ala kadar jer.. kalau papa tak keje, br mama boleh bersiap dgn aman.. fahri mcm faham jer bila mama bersiap dia kene pg nursery..  nampak sangat dia mmg tak suka pg sana..

awal bulan aritu anak mama terkena jangkitan kulit.. ni dah berulang lg.. tp kt leher plk.. ayoyo.. mama susah hati la sayang...mama ada complain kt pengurus nursery tue.. kadang2 mama rasa geram plk kt mama2 lain tue.. klu anak terkene jangkitan tue, please la amik cuti n jaga sndr.. tolong la jgn susahkan mak2 lain.. dah merebak kat org lain, nk tolong bayarkan ke kos rawatan?? so please do not too sellfish...

ok sayang.. seperti biase, mama sayangkan fahri sangat... mama pun tau fahri sayang mama jg.. buktinyer, fahri sangat marah dgn papa klu mama peluk papa jer.. dgn papa pon tak leh share mama dier... kesian papa sayang... tak pe la.. we love you so much.. apa2 pon, fahri lah buah hati mama n papa...

semoga anak mama membesar sebagai anak mama yang soleh, beriman, bertaqwa dan sihat... doa kami sentiasa bersamamu...

love mama,
mama fahri..

kepentingan Vitamin B-Complex

Salah satu fungsi B-Compleks yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan. Fungsi

B Compleks ialah;
- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan


Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.

Di dalam B Compleks ada asid folik, B6 dan B12 menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular dengan membantu merendahkan paras hormosistein dalam darah. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam pemakanan boleh merendahkan risiko seseorang wanita melahirkan anak yang mempunyai kecacatan otak atau korda spina.

Kita perlukan Kesemua 8 Jenis Vitamin B;

1. Tiamin(Vitamin B1)
- menolong memelihara kesihatan badan
- membantu di dalam tumbesaran yang normal
- membantu badan dalam metabolisme karbohidrat
- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada karbohidrat

2. Riboflavin(Vitamin B2)
- memelihara kesihatan badan
-membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
- penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian makanan tidak mencukupi

3. Niasin(Vitamin B3)
- memelihara badan yang sihat
- membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
- menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
- diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat

4. Piridoksin(Vitamin B6)
- membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
- menolong badan dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat

5. Sianokobalamin(B12)
- membantu memeliharan kesihatan badan
- membantu dalam pembentukan sel darah merah
- diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

6. Asid folik
- membantu di dalam pembentukan sel darah merah
- membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan dos 400mikrogram diperlukan sehari
- perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

7. Biotin
- membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat
- membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat

*Asid folik, iaitu sejenis vitamin B yang penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan suatu selapur asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi Shaklee.


Salam sayang,

Mama Fahri

Anda TIDAK PERLU makan Vitamin?

Anda TIDAK PERLU Makan Vitamin
credit to anakkuwiraku.blogspot.com~*

Sms dari seorang customer,

Marlina M Nazman,

Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)
Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais...
.... (sms panjang maka yang penting sahaja di sertakan di sini)


Terdapat segelintir ibu yang menyusukan anak yang sering kali membuat kenyataan mudah...
Tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Asalkan pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Kenyataan ini sama tidak salah....dan ia memang benar. Namun secara peribadi saya mahu ajukan semula soalan kepada yang memberi pendapat ini....

Adakah cara hidup puan sama dengan cara hidup saya?

Makan yang seimbang

Memadai makan seimbang....mungkin puan boleh menyediakan 5 jenis lauk sehari seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan terutama mereka yang bekerja dan pulang goyang kaki kerana punyai maid indon di rumah untuk memasak. Ada pula yang diam serumah dengan mak atau mak mertua, makanan sudah terhidang siap dan balik hanya untuk makan sahaja.

Lebih hebat lagi mereka yang kata tidak perlu amik vitamin adalah ibu yang bekerjaya yang beli lauk pauk setiap hari! Tanpa mereka ini sedari hidangan tersebut penuh dengan kandungan MSG! Inikah yang mahu dibangga-banggakan?

Ada juga yang makan telur hari-hari dengan sup sayur dah menganggap pemakanan yang seimbang!

Ada yang bertanya tentang perlukah vitamin dan waktu yang sama sedang enak makan Mc Donald yang dah sah-sah tinggi kandungan MSG... inikah makanan seimbang yang kalian banggakan sebagai makanan seimbang?

Rata-rata rakyat Malaysia yang berpenyakit pada peringkat umur yang muda disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang...pengambilan lemak yang tinggi, gula yang banyak dan makanan bergoreng yang berminyak!

Hakikatnya ramai yang tak tahu apakah itu makanan yang seimbang!

Tidur yang cukup

Adakah gaya hidup anda sama dengan gaya hidup saya? Adakah anak anda tidur seperti anak saya yang mana jam 12 tengahmalam matanya masih celik dan meminta ajak bermain...

Adakah anda seperti saya yang tidak punya maid dan semua urusan rumah saya lakukan sendiri....

Adakah anda adalah orang yang tidur sampai ke pagi tanpa perlu bangun malam uruskan diapers anak? (Ini kerana saya punya kawan yang akan kuncikan jam loceng meminta suaminya bangun untuk tukarkan lampin anak dan dia tidur lena sampai ke pagi!)

Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Minum air berkadaran

Adakah boleh dengan minum hanya 6-8 gelas sehari dah memadai untuk memastikan badan mendapat cukup air sedangkan dalam sehari aktiviti badan untuk pengeluaran air bagi tujuan perkumuhan dan penyusuan sahaja cukup banyak....

Kajian saya sendiri mengapa ramai rakyat Malaysia yang sakit adalah berpunca dari malas minum air dan malas ke tandas. Apabila ini berlaku, kepekatan darah mula meningkat dan ini boleh mengakibatkan peningkatan toksin dan akhirnya penyakit mula menular di dalam tubuh serta pertumbuhan abnormal sel dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya....wallah hu alam .

Last but not least...

Pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Statement ini memang benar namun

jika anda seorang ibu yang mudah letih

jika anda adalah seorang ibu seperti saya yang sibuk dengan kerja rumah, opis dan anak-anak

jika anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang

jika anda tidak perolehi enough quality sleep

jika anda mempunyai masalah kedinginan bersama suami

jika anda mempunyai kulit muka yang kusam dan nampak tua dari umur sebenarnya

jika anda mempnyai masalah berat badan berlebihan/ berkurangan

MAKA TEPUK DADA TANYA SELERA.... adakah anda hanya mahu duduk berdiam diri sahaja tanpa usaha yang MAMPU anda ambil untuk MENGUBAHNYA?

Bagi yang ingin menasihatkan teman-teman dan membuat kenyataan..tidak perlu amik vitamin, sila pastikan anda tahu apakah si teman tadi mempunyai cara hidup yang serupa dengan anda.

Bagi kawan-kawan saya yang memang hidupnya mudah....ada maid, anak tak banyak ragam...dapat makan seimbang setiap hari dengan lauk pauk masakan di rumah dan tidur yang sangat-sangat lena sampai ke pagi....hakikatnya bukan semua orang macam kalian :)

semoga kawan-kawan mengerti (^_^)

Salam Sayang....

Mama Fahri

20 Amalan Tambah Rezeki

20 amalan murah rezeki..
kredit : kak Cery
Category : Tazkirah, tips/petua
1.Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
2.Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu
4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer….
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk.

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Turun 20 kg dalam masa sebulan lebih dengan product shaklee??

Hari ni saya nak share testimoni dari pelanggan genkimomma yang ingin menggunakan produk shaklee setelah mendengar testimoni dari ahli keluraga mereka sendiri.... testimoni nie saya amik bulat2 dari blog genkimomma..

Jom kita baca testimoni daripada blog genkimomma.com ini....


Testimoni terbaru ini saya terima melalui kiriman SMS daripada salah seorang kenalan baru. Beliau berminat untuk mencuba produk Shaklee (Insya Allah) setelah mendengar testimoni ini.


Jom baca…






Sejujurnya, saya juga terkejut dan sangat gembira apabila membaca testimoni ini. Alhamdulillah!


Pastinya saudara tersebut betul-betul tekad dan berdisiplin dalam pengambilan supplements serta menjaga diet harian, sehingga boleh turun berat lebih 20kg dalam masa sebulan lebih sahaja. Tahniah!!!

Sesetengah orang hanya bergantung dengan supplements, tapi kurang ambil pusing tentang pemakanan. Jadi, apabila tidak mendapat kesan yang diimpikan dalam masa yang singkat, akan mudah bertukar dan mencuba produk yang lain pula. Bagaimana hendak berjaya, jika tiada disiplin dan konsistensi, kan?


Produk yang di ambil oleh saudara tersebut:





Lecithin - Retail Price : RM52.50   Price : RM 42.00


Herb-Lax – Retail Price : RM52.50 Price : RM 42.00


Alfalfa – Retail Price : RM53.75  Price : RM43.00


Price kat atas adalah setelah 20 % potongan kepada sesiapa yang mendapatkan produk ini dari blog c-heartsri.blogspot.com.

P/s: hebat kan customer puan Arnie nie... Apa lagi.. kepada sesiapa yang ingin mencuba, jangan malu2 untuk contact saya yerk..

Teknik mengepam ketika pantang...

Saya ni bukanla Lactation Counsellor yang bertauliah..but honestly I love to helps and to share with all mommies out there as much as I can..giving all mommies all the support....tapi pengalaman diri sendiri suka duka susah senang menyusukan Fahri,pembacaan saya.. dan pengalaman rakan2 lain..masih segar dlm kepala.…saya amat memahami…penyusuan ni bukan mudah..mungkin ada yang kata…ala..susu ibu jimat senang..tapi bagi saya anda perlu spend some budget utk beli pump,supplemen utk menghasilkan susu yg berkualiti,etc.. cume breastfeed lebih puas hati..betul tak?hari ni saya nak share serba skit amalan/tips pump ketika berpantang…..


Pesan saya:ketika berpantang (around 3weeks lagi nak start kerja)…dah boleh start belajar mengepam..bukan esok lusa nak start kerje baru nak pump…sama gak mcm nak exam..kene ready awal2..betul tak?..walau apa pun yg kita buat..preparation is very important supaya kita tak kekok dan kelamkabut bile dah start bekerja…trust me..it takes time untuk membiasakan bdn kita dgn pump,pressure..etc.…Dan apa yang ibu2 boleh buat ialah:

•pump selepas menyusukan baby.. don’t give up kalau yang keluar hanya titik2 atau setakat 0.5 oz atau hanya keluar angin…. Tujuan pump selepas baby menyusu ialah untuk stimulate breast dan memberi signal pd badan bahawa ada demand. Bile demand tinggi, supply pasti bertambah..percayalah konsep ini...tp kalau awal2 dah tak percaya..susah la skit saya nak tolong…(jadual pump rutin dan konsisten..akan memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu)…contoh biasa pump jam 9 pagi time pantang..mula2 mmg keluar skit jer.normal tu.tp kene istiqamah pump hari2 sepanjang 2-3 minggu ni.later on bile dah start kerje .you tengoklah nnt waktu2 yg biasa you pump tu..waktu tu lah susu akan terhasil pada tahap maksimum…sbb badan kita akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang..

•Penyusuan serentak- sebelah payudara bagi baby nyusu, sebelah lagi pump dan dilakukan simultaneously ye.ni kene praktis… Practice makes perfect..Jangan risau ye..dan jangan sekali sekali assume susu dah takde or tak cukup utk baby KALAU kita pump sebelum baby menyusu /after baby menyusu ..….ni semua salah…buang jauh2 dari kotak fikiran tu.. J….Percayalah…susu sentiasa ada… umpama air sungai..yg sentiasa ada… tetapi ia perlu dikosongkan selalu..baru lah ada...Ajaib kan kejadian dan fitrah Allah.MasyaAllah..

Dan kalau boleh jgn biarkan breast tak di pump lebih dari 3 jam…Mungkin anda rasa..Ala sesekali takpe..susu ada je..tapi kalau buat selalu,,dlm jangka masa panjang tanpa anda sedari..susu akan berkurangan…kerana low demand..tak percaya ..buat lah..hehe.

Akhir kata…berdoalah……

"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."..

Good luck dear..wish u all the best....
credit : kak cery

Lama tak update pasal perkembangan Fahri... fahri @ 17 bulan..

Salam..
Entry ni khas buat anak mama yang dah pon berumur 17 bulan..
Semoga anak mama membesar dengan sihat, cergas, pintar dan menjadi anak mama yang baik, soleh dan bertaqwa.. amin.. itu doa mama..
Semalam, mama bawak Fahri pegi jumpa Dr. Tepi mulut Fahri ada jangkitan.. kesian mama tengok.. Anak mama pon batuk agak teruk.. Dr cek paru2, sumer ok.. alhamdulillah.. mama risau sebenarnya... Semoga anak mama cepat sembuh...

Perkembangan anak mama pulak alhamdulillah memuaskan.. berat dah lama mama tak timbang.. last masa 14 bulan aritu masih 8 kg ++..

Vocab plak, mama rasa ok juga.. Fahri dah pandai sebut yang difahami oleh mama & papa dia :

1. Mama/papa
2. Buai
3. Buah
4. Bye
5. Cicak (tp kadang2 pelat)... jadi thithak..
6. emut (semut)
7. Kuar (keluar)
8. meh (kucing)...
9. nak
10. nenen (susu.. hehe)
11. phis (fish @ ikan)
12. Mamam (makan)
13. pupah (tumpah/sampah)
14. Car (kereta..).. disebut sebagai Kar / car/ thar.. hehe
15. kecak (ketiak)
16. Pipes.. (pampers)
17. Baby.
18.ball
19. minum
20.air


Dua perkataan yang dicantum yang biasa anak mama sebut sekarang : mama nenen, mama nak, nak nenen,(heheehhe)

Dah pandai menunjukkan emosi marah, merajuk, muka cememer, suka, ketawa terbahak-bahak, mengamuk dll.

Anak mama pon dah faham arahan bila mama minta tolong amik barang.. mama suka.. anak mama dah boleh diharap..

Anak mama dah kenal banyak barang/peralatan kat umah. Bila mama tanya, mana TV, kipas, lampu, meja, kerusi, jam, pintu, dan banyak lagi... anak mama boleh tunjuk dengan betul.. clever boy..

Anak mama pon dah kenal anggota tubuh badan seperti : kaki, hand, nose, telinga, mata, gigi, pipi, ketiak, kepala, rambut, fingers, mulut, baju, seluar, pampers.. alhamdulillah, fahri mmg cepat tangkap dan responsive bila diajar..

Anak mama pon sangat suka tengok buku.. especially buku-buku bergambar.. kalau kat buku tu ada gambar kereta, lady bug, kasut, pokok, buah, ball, baby,  rumah, and perkakas rumah, dia boleh tunjuk dengan betul..

Anak mama dah pandai ajuk bunyi binatang. Bila mama tanya mcmmn bunyi dog, wuhwuhwuh.. bunyi cat plk, meh.. (klakor..) bunyi harimau, auuummmm. bunyi gajah plk anak mama kata moooooo..(mcm bunyi lembu pon ada.. hehe). klu bunyi bird, piceppiceppicet... hihi.. mmg chomel..

Mama masih lagi menyusukan anak mama dengan susu ibu.. tiap-tiap malam, anak mama mmg tido berkepit dengan mama..  tak boleh renggang langsung. kalau mama nak pg toilet pon anak mama tu mesti nangis beria sampai mama datang balik. papa pujuk pon tak layan.. aduhai.. macam mana mama nakk outstation ni sayang??

Ok sayang.. mama sayang fahri sangat.. semoga anak mama sentiasa sihat dan ceria.. jangan nangis yer bila mama hantar kat nursery.. mama bukan tak sayang.. tp mama kene pegi keje.. mama nak Fahri tau, mama SAYANG Fahri sangat...

Salam sayang,
Mama Fahri..

ALFALFA : Raja Segala Tumbuhan

http://www.shaklee2u.com.my/


Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Rahsia atau kebaikan Alfalfa :-


1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.


3) Membantu membuang angin di dalam badan.


4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.


5) Bagus untuk buah pinggang.


6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :


* Penyakit Usus (Colon disorder)


* Buah pinggang


* Kencing manis


* Melawaskan usus


* Ulcer


* Fluid retention (sembab)


* Kurang selera


8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :


* Penghadaman


* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :


* Gastrik


* Penyakit kulit (Eczema)


* Kurang darah (Anemia)


* Sembelit


* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.

P/S: cerita-cerita alfalfa dipejabat tu adalah testimoni dari sri sendiri. Jangan takut untuk mencuba, insyaAllah, anda juga akan merasakan kebaikannya.