Social Icons

bangga atau rasa bersalah mengambil supplemen shaklee ketika breastfeding?..Only Mom knows best

credit to : kak cery
Tak perlu rasa bersalah mengambil breastfeeding Shaklee…Kenapa yer saya kata macam ni?...…. First of all..saya nak share disini yang saya dan blog ini menyokong 100% penyusuan susu ibu..I do..I do love breastfeeding…memang benar..bercakap mmg mudah..tapi hanya ibu yang dah melaluinya faham betapa sukar sebenarnye ..sbb tu kita panggil penyusuan ni PERJUANGAN....pengorbanan…. Ala2 berjuang di medan perang……. Yang tak mengalaminya mungkin tak faham…. Berat mata memandang ..berat bahu memikul…….. kenapa ye dipanggil perjuangan…

1-sebab cabarannye mmg menduga keimanan…. Mental fizikal….
2-sebab pahala yang dijanjikan Allah amat besar..….. Hmm..saya bukan nak sentuh pasal pahala dosa ni..:)...belum taraf ustazah lagi..hehe... saya nak share tentang pengambilan vitamn Shaklee sepanjang breastfeeding…. Sbb saya pun mkn..mcm gak geng2 shaklee yang lain.. ianya bukan drug/milk booster……

Secara jujurnya saya maklumkan: pengambilan vitamin memberi kesan yang positif bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Antara kesannya-susu berwarna kuning dan pekat,anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu,ibu lebih bertenaga,hubungan suami isteri bertambah intim..bla bla bla bla...Vitamin yang dimaksudkan ialah vitamin asas seperti~multivitamin, b complex, vitamin C, protien @ ESP, kalsium dan alfalfa.... Setiap vitamin ini memberi fungsi yang berlainan namun atas satu tujuan iaitu kesihatan yang menyeluruh....

Jadi sudah semestinya pengambilan Breastfeeding set Shaklee mengkayakan nutrisi susu ibu .....JADI IBU2 diluar sana yang mengambilnya patut berbangga....dan jika ada yang membuat kenyataan tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Tak salah statement ni...memang benar semua ibu tahu rasanya akan konsep demand vs supply dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda....Tapi saya nak anda semua jawab soalan ni

•anda seorang ibu yang mudah letih?

•anda adalah seorang ibu seperti saya yang sibuk dengan kerja rumah, opis dan anak-anak?

•anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang?

•anda tidak perolehi masa tidur berkualiti yg cukup?

•anda mempunyai masalah kedinginan bersama suami?

•anda mempunyai kulit muka yang kusam dan nampak tua dari umur sebenarnya

•anda mempnyai masalah berat badan berlebihan/ berkurangan?



Jika yer..Breastfeeding shaklee memang sesuai untuk anda.. dan anda patut berbangga kerana memberi yang terbaik buat diri sendiri dan si kecik permata hati....Hmm..renung renungkan.....
Akhir kata...sekadar berkongsi testimoni ringkas dari customer Norita,..Pn Marlina M Nazman,

Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)….Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais..

Salam sayang
Srifairus



Shaklee ..Halal atau tidak? gunakan tanpa was was..

Credit to : Kak Cery


Saya sajer nak share satu perkara yang penting untuk di ambil berat iaituu pasal halal haram
..sebenarnya..nak ckp tentang isu halal yang kalau nak dikupas..sampai esok tak sudah...ahaha.. Produk Oversea yang dihasilkan untuk pasaran negara Islam ...haa..ape komen anda?..kalau nak kupas subjek ni..mmg kene buat special forum ...tapi saya ni menulis dari hati ...... Kita bertuah di Malaysia ni..kerana senang nak dptkan makanan halal..(insyaAllah)..petik jari ..semua ada depan mata..tunggu duit dlm poket penuh atau tidak jer.... betul kan..kan kan..... pernah saya outstation seminggu di Bangkok Thailand.. hari2 mkn kat kedai arab.. tu jer restoran yang yakin halal.. mahal nyer mengalahkan makan kat hotel.. aduss.. nasib baik business trip.. hehe

Alhamdulillah anda bertanya dan prihatin..kerana ianya hak pengguna..saya pun dah makan jenama ni hampir setahun... dan dah tahu lama cerita halal ni......dan petang tadi.satu je saya terfikir....saya nak tanya mcm u all makan Mc Donald tu..kalau kat malaysia...terus beli jer kan.. tak ragu2..tapi kalau pegi tpt lain yg bukan muslim countries..u all tak beli Mc Donald sbb tak sahih halal kan ( i mean ..bahan2 yg digunakan utk produk2nye ie burger ayam,burger lembu..etc)... so dlm kes shaklee ni.....memang yer..tak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia.... tetapi..produk2 Shaklee yang dihasilkan di US utk dipasarkan di Malaysia...telah pun diikitiraf halal oleh ISA (islamic services of America)... tetapi jika anda mendapatkannya bukan dari pasaran di Malaysia..di oversea contohnya..hmm tu saya tak beranila komen..sbb saya belum habis buat studi lagi..heheh
.... untuk yang masih ragu2 status Halal Shaklee... sila rujuk HALAL certificate dibawah ini... dan ada customer yang called ISA sendiri dan pihak ISA dah pun mengesahkan cert ni authentic.. anda pun kalau tak percaya cert ni...boleh call ISA..



ISA?...mungkin kita selama ni dah biasa dgn JAKIM..jadi bagi yang kurang familiar.. ISA ni bukan akta yang tahan org dlm lokap tu yer..ahah... ISA ni Islamic services of America. dan ia diperakui oleh JAKIM... Jadi pendek kata. semua yg dilistkan di certificate tu..halal..... mmg popular di Malaysia...Set B(alfalfa bcomplex vitamin c vitalea).... Lecitin..Herb Lax..Cinch..Energizing Soy Protein..Vivix..Nutriferon..Fiber Performance Drink..GLA...Garlic..Zinc..Carotomax MealShake...Omega..Vitamin chewable... Hmm...rasanya takde yang lain dari yang ini yang dipasarkan di Malaysia... anda ada beli lain daripada yang ini ker?..hehe


..cukup setakat tu.. lebih2 saya taknak fikir...yang saya tahu..apa yang saya makan selama ni.produk2 yang memang dipasarkan utk Malaysia....saya yakin halal...esok2 nnt kalau ade cerita detail tentang produk oversea utk pasaran2 negara Islam seperti sos..coklat..atau apa sahaja..bolehla kita sambung cerita yer....
Akhir kata... I'm glad with my choice... Alhamdulillah...


Kenapa Produk Luar Negara


Sabda Rasulullah (SAW) bermaksud "Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya

Salam sayang,
Srifairus

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.


Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya.
Ibu memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi ibu menjayakan sepenuhnya susuibu buat Addin dan Nasa selama melebihi 2 tahun setiap sorang. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yang ibu mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu.

Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokongan dari suami. Terdapat segelintir golongan suami yang memang tidak menyokong si isteri memberikan susuibu pada anaknya atas banyak alasan. Namun bak kata orang tua, sebelum menuding jari kesalahan orang lain, mari kita sama-sama muhasabah diri dimana kesilapan kita.
Bersandarkan entry ibu sebelum ini maka ingin ibu kongsikan beberapa TIPS untuk melahirkan seorang suami yang menyokong si isteri menjayakan penyusuan susuibu buat anaknya.

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.

Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.

Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.

Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.
4. Jaga penampilan diri

Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.

Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.

Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.

6. Masakkan makanan kegemarannya.

Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.

7. Banyakkan berdoa.

Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.

Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.

Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.
Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.

Salam sayang,
srifairus/mamafahri