Social Icons

Hanya ibu yang menyusukan faham erti penat jerih perjalanan penyusuan...

Salam..

lama saya tak berblog mengenai penyusuan. urusan kerja telah membataskan banyak minat saya dalam penyusuan ini. walaubagaimanapun, hati tertarik untuk berkongsi hasil nukilan dan tulisan sahabat yang memang saya kagumi dari perkenalan kami semasa kursus MBFPC lagi.. Beliau ibu yang hebat dan cekal dalam urusan 'dakwah' penyusuan susu ibu. JOm baca..

credit to : http://menyususimanja.blogspot.com


Rupa-Rupanya...
Penyusuan itu suatu perjalanan, bukan destinasi.

Ini adalah antara kata-kata semangat yang sentiasa saya pegang sepanjang proses menyusukan si manja tersayang.

Mendapat respons daripada ibu-ibu yang bukan beranak sulung, dan sedang berusaha menjayakan penyusuan mereka, adalah antara pengalaman berharga untuk saya. Mengejutkan juga, sejak Borang Kaunseling Menyusu Si Manja ini dipaparkan, respons yang saya terima majoritinya adalah daripada kalangan bukan ibu baru. Terima kasih atas kepercayaan yang puan-puan berikan. Saya mengagumi usaha puan-puan dalam mendalami dunia PSI untuk si manja puan-puan. Insya Allah, tiada istilah terlambat untuk kita menggali ilmu. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha gigih puan-puan demi memberikan yang terbaik untuk mereka.

Juga antara respons menarik yang kerap saya terima adalah:

"Rasanya saya sudah tahu mengapa ibu baru selalu menyangka mereka tidak mempunyai susu. Mereka sangka susu itu mesti berwarna putih dan banyak..."

Saya bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan ini. Majoriti ibu-ibu baru meletakkan kepercayaan ini, kecuali pada mereka yang banyak membaca perkongsian pengalaman, mahupun menghadiri kelas-kelas penyusuan, dan perjumpaan kumpulan sokongan sebelum bersalin.

Selebihnya, apa yang disangka normal dan mudah itu, rupa-rupanya menjadi sebaliknya sebaik sahaja si manja dilahirkan. Ditambah pula, apabila saban hari ibu-ibu baru itu dikelilingi dengan perkongsian gambar rakan-rakan yang 'mewah' dengan stok susu mereka.

Tahukah Kita?

  • Susu awal ibu berwarna kekuningan yang dipanggil kolostrum (BETUL)
  • Perut bayi hanya sebesar sekitar saiz kacang peas semasa dilahirkan (BETUL)
  • Semakin kerap kita menyusui bayi, semakin bertambah produksi susu (BETUL)
  • Bayi suka dipeluk bukan hanya kerana lapar, tetapi mahu berasa selamat (BETUL)
  • Produksi susu tidak bergantung pada saiz dan fizikal ibu, keturunan, mahupun bentuk payudara (BETUL)
  • Dakapan ibu dalam waktu sekurang-kurangnya 1 jam selepas melahirkan dapat memudahkan proses perjalanan penyusuan seterusnya (BETUL)
  • Apabila penyusuan dilakukan sejurus kelahiran, perut ibu akan 'merengut' hebat kerana kontraksi sedang berlaku di dalam rahim, dan rahim akan menjadi semakin mengecut dari hari ke hari (BETUL)
  • Pengeluaran najis bayi berwarna hijau kehitaman adalah petanda baik untuk bayi dalam menyahkan bilirubin dalam darah, daripada kembali ke hati yang seterusnya menjadi penyebab jaundis. Dan susu ibu adalah mekanismenya (BETUL)
Ini adalah hanya seputar kecil fakta dan keajaiban susu ibu anugerah Tuhan. Insya Allah akan dikongsikan lagi pada entri akan datang.

Salam penyusuan!
Salam sayang,
Sri fairus