Social Icons

Durian Runtuh! Sukakannya? Gandakannya!!!!

Saya ingin kongsikan keseronokkan Shaklee saya dengan ANDA! Jika anda sukakannya, mari gandakan kegembiraan anda!!!
Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011






Hadiah Utama

Product Shaklee bernilai RM1000

Hadiah Bulanan

2 x Fullpack set A

1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?
  • Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 836724 dan layak menyertainya. Anggapkan ini hadiah saya buat anda yang banyak memberi sokongan kepada saya selama penglibatan saya dalam shaklee secara online.

  • Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.

  • Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di 012-6742355 atau email sri_asn@yahoo.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.

  • Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.

  • Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.

  • Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.

  • Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!

  • Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda!!!!

  • Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.

Jadikan tahun 2011 tahun yang penuh dengan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan!!!!!!

Pernahkah anda terfikir mengapa Full Pack vitamin Shaklee lebih murah?

* ianya adalah harga ahli dan saya beri kepada semua kawan-kawan ibu termasuklah kalian yang membaca blog ini.

* tiada kos re-packing.

* belian secara pukal pastinya lebih murah :)

* Berbaloi dengan lebih penjimatan!

* Ber "seal" dan lebih baik.


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Sms atau telefon saya ditalian 012-6742355.
 
Salam sayang dari Srifairus

1001 kegunaan -Basic H

Saya memang selalu amik ilmu dalam website salah seorang sifu Shaklee dalam group kami. Saya panggil dia kak chery. Dia mmg dah bertahun2 telah menjadi pengguna setia shaklee.

Basic H.. pencuci serba guna
saya amik ni dari sini : credi to kak cery
Sebelum ni saya dah share pasal kalau anak demam dan sekarang ni nak cite pasal Basic H yang saya sebut dlm post tu...... yang saya suke basic H ni bukan je untuk nak tuam baby kalu baby demam panas..tapi mcm2 lagilah...pendek kata 1001 kegunaan...juga boleh meringankan kesakitan especially kesan melecur, mencuci kudis or gatal-gatal pada badan, dan kesan yang paling menakjubkan adalah pada sayur yang layu.... haa.. yang ni paling saya suka... dulu time kat miri biasanya basic H ni guna untuk cuci sayur,cuci botol susu,tuam anak demam(abahnye demam pun..dgn basic H ni juga saya tuam)...kalo jerawat kluar pun saya titik dgn ni...hehe..(basic H ni mmg stok yang wajib kat rumah miri dulu..beli sebotol boleh tahan nak dekat setahun,and now Shaklee dah kluarkan basic H dengan casing yang baru..lagi comel botolnye...double concentrate..RM32 kot kalo tak silap..memang berbaloi baloi)

Sekarang mari kita tgk eksperimen kesan basic H ke atas sayur yang layu(gambar dan tulisan ihsan dari blog kak Ann.. saya tak sempat nak cari sayur,nak snap gambar..harini urusan macam2..)


Ini adalah sayur layu yang saya keluarkan dari peti ais petang tadi.Saya titiskan beberapa titis basic H ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan separuh mangkuk air paip serta dibiarkan selama 15-20 minit



Selepas itu, hasilnya sayur mula segar ......

Kelihatan kotoran hasil dari semburan pestisid ke atas sayur-sayuran

Kotoran ini yang tersembunyi dari mata kasar kita dan sukar untuk ditemui sekiranya sayur dicuci dengan air paip sahaja.

Ni bukannya buat magik...tapi nak berkongsi benda yang baik.... golden rule..kebaikan akan dibalas kebaikan....

Salam sayang...
Srifairus

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee

Credit to : kak N

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee.



Salam bahagia buat semua yang sudi membaca blog ibu. Walaupun tidak lagi menyusu, namun ibu sangat seronok untuk berkongsi pengalaman ibu menyusukan anak2 ibu selama lebih 2 tahun. Pada ibu tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat. Saban hari permintaan ke atas trial pack Shaklee sangat menggalakkan. Pada perkiraan ibu, sebulan melebihi 500 pack yang kami kongsikan bersama kenalan baru.


Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.


Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam trial pack set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi 30 Multivitamin @ Vitalea, 30's B complex, 30's Vitamin c dan 60 biji Alfalfa.


Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Macam ibu walau tidak bekerja namun vitamin sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan 2 anak bujang ibu terutama bila abah tiada di sisi. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?




KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :


Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.


Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.


Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.


Sentiasa rasa bersemangat.


Fikiran lebih positif.


Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.


Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.


Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.


Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.


Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.


Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :


Susuibu menjadi lebih pekat.


Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan


Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.


Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.




Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?


Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.


setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.


Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu... untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.


Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.

Sekadar maklumat tambahan

Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh  sms kan kepada saya 012-6742355

Salam Sayang,
Srifairus

Tips Baby Pintar : 18 aktiviti menarik yang dapat merangsang perkembangan otak anak anda..

credit to kak Cery di sini

Kepada yang sudi singgah di laman ini..terima kasih yer.....petang ni saya nak share tips ni utk semua ibu bapa untuk merangsang minda anak kecil.... atau siapa2 sahaja yg mempunyai adik kecil/anak buah ...dan tips ini untuk saya juga..
Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya..
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.


12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.


13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.


14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


*boleh print nota ni dan apply mana yg patut yerr...sharing is caring

salam sayang,
srifairus @ mamafahri..