Social Icons

tetimoni seorang ibu menyusu dengan set breastfeeding Shaklee

credit to : http://aliahrafiq.blogspot.com/2011/12/milk-booster.html
 
Milk Booster?

Pertama kali saya mencari produk untuk menambahkan susu semasa anak saya berumur sepuluh bulan. Ketika itu saya mengalami susu merundum yang agak teruk. Payudara menjadi sangat kempis dan ketika itu saya perasan setiap kali anak direct feed, dia seakan-akan tidak puas dan menyusu dalam jangkamasa yang sangat lama. Apabila saya pam, tidak sampai 1oz pun yang keluar. Pelbagai cara saya cuba, minum milo, soya, horlick, kurma dan bermacam lagi. Ada yang kata amalkan memakan halba, masak bersama nasi atau hanya kemam begitu sahaja dan terus telan (saya cuba juga gara-gara ingin membanyakkan susu, rasanya sungguh......). Tapi semuanya tidak memberi hasil seperti yang saya inginkan. Ketika itu juga saya selalu mengalami lenguh-lenguh badan, cepat letih dan sakit pinggang ketika bangun tidur. Mungkin kerana keletihan dengan beban kerja menjadikan badan saya tidak berada dalam keadaan yang terbaik.

Setelah mencari-cari suplemen di internet, saya membuat keputusan untuk consume Set B (untuk penyusuan) dari Shaklee. Alhamdulillah, badan saya tidak menunggu terlalu lama untuk merasakan kesan daripada pengambilan vitamin tersebut. Pada hari kedua saya amalkan, saya merasakan payudara penuh dan susu lebih banyak dari sebelumnya. Anak saya juga tidak menyusu dalam jangkamasa yang lama seperti sebelumnya, dia cepat kenyang dan sendawa. Masalah lenguh-lenguh badan yang saya alami juga beransur hilang, saya merasakan lebih bertenaga dan cergas.

Mari kita lihat apa yang terkandung dalam setiap vitamin yang saya amalkan, iaitu dalam set B ini :

Vitamin C
  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  • Membantu dalam penyerapan zat besi
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan


B Complex
  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit

Vitalea (Multivitamin)
  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  • Penting bagi prosess pertumbuhan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Melengkapkan nutrien yang kurang
  • Membantu penyerapan zat dari makanan

Alfalfa
  • Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein
  • Mengatasi sakit sendi
  • Membanyakkan susu badan


Di sini ingin saya tekankan bahawa untuk memperbanyakkan susu bukan hanya dengan pengambilan suplemen/ vitamin semata-mata. Suplemen/ vitamin hanya membantu ibu-ibu supaya kekal sihat dan cergas, menstabilkan emosi dan sebagai tambahan sekiranya ibu-ibu merasakan diet harian yang diambil tidak mencukupi. Jadi, apabila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu akan menjadi lancar. Untuk berjaya dalam penyusuan, konsep asas penyusuan (demand vs supply) haruslah dipenuhi dahulu.

Di bawah terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan, bagi memastikan pengeluaran susu akan sentiasa lancar :
  • penuhi konsep penyusuan - lebih kerap payudara dikosongkan, lebih cepat susu dihasilkan (pam setiap 2/3 jam sekali dengan konsisten)
  • kerap beri bayi anda susu secara direct feeding dan kerapkan sentuhan/skin contact dengan bayi anda
  • lakukan power pumping setiap hari seelok-eloknya pada tengah malam - jika menggunakan double pump, pam 10 minit kemudian rehat 10 minit, lakukan selama 1 jam. Jika menggunakan single pump, pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian tukar sebelah lagi selama 10 minit, berselang seli sehingga cukup 1 jam
  • minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari (minum sedikit-sedikit secara istikamah)
  • amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan pengambilan ais dan minuman berkafien
  • amalkan gaya hidup sihat, elakkan stress/ tekanan emosi di tempat kerja atau di rumah
  • banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah kerana dengan izin dan kuasa Nya sahaja yang akan memberikan bayi kita rezeki walau hanya setitis susu
OK, jika sesiapa yang berminat untuk maklumat lebih lanjut dan tips2 eksklusif untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dengan pengambilan suplement shaklee, boleh pm saya di sri_asn@yahoo.com @ sms di 0126742355..
 see u

Salam sayang, 
Srifairus 

1 comment: