Social Icons

Pesanan Buat Ibu-Ibu yang menyusukan anak dan juga mengambil vitamin..

Pesanan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak...dan juga yang mengambil vitamin

Baru-baru nie saya dapat beberapa pertanyaan dari ibu-ibu seperjuangan dalam penyusuan susu ibu. Ada yang tanya, betulke vitamin shaklee nie boleh banyakkan susu??

Mari kita baca panduan bagaimana nak banyakkan susu ibu  kat bawah nie.. untuk panduan diriku dan ibu-ibu lain diluar sana... :

Susu ibu ini akan terhasil dengan banyak apabila 3 syarat ini dipenuhi:

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam saya sekarang setiap hari pastikan minum 2-3 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.
 

Semoga info ini dapat membantu ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga sebagai info dan panduan untuk diri saya juga kerana PERJUANGAN saya belum selesai..pilihlah jalan mana yang terbaik untuk kita dan anak-anak kita..kerana sesungguhnya hanya kita yang tahu apa yang terbaik...Semoga Allah memberkati segala usaha kita...Amin...
 
salam sayang..
Mama Fahri@ Srifairus

No comments:

Post a Comment