Social Icons

nilai setitik susu ibu...

Hari ni rasa nak tulis entry dalam bahasa melayu pulak.. bukan apa.. rindu pulak nak menulis entry dengan penuh perasaan.. hehe.. (macam ape jer.. )

"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."

Alhamdlillah dan tahniah diucapkan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka seikhlas hati, setulus budi..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


4 petikan ayat di atas ku ambil dari sebuah blog seorang sahabat.. juga seorang ibu yang memperjuangkan penyusuan susu ibu sepertiku...

entrynya membuatkan ku berfikir apa niatku menyusukan anakku dengan susu ibu sebenarnya... adakah kerana fesyen? atau menjadi penurut kepada rakan2 yg yang menyusukan bayinya?? atau niat ikhlas kerana ingin mengikut fitrah dan sunnah serta menunaikan hak anakku??

aku ingin mengimbau kembali apa yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menyusukan Fahri.. sewaktu bertugas di Putrajaya, aku amat mengagumi semangat sahabat-sahabat atau lebih sesuai ku panggil kakak-kakak di pejabat yang berjaya menyusukan anak-anak mereka walaupun mereka berjawatan tinggi dan sangat sibuk.. mereka boleh, mengapa tidak aku?

setelah kelahiran Fahri, cabaran untuk menyusu hanya dengan susu ibu memang hebat.. kalau tidak ku kuatkan semangat dan keazaman yang jitu, rasanya memang telah lama susu fahri telah ku tukar kepada susu l**bu. Bermula dari tidak mendapat sokongan keluarga, tidak dapat menyediakan stok dan banyak lagi cabaran-cabaran lain seperti puting yang luka dan kepenatan yang pasti menguji kekuatan mental dan fizikal seorang ibu baru seperti aku..

Aku juga pernah tertewas dan berputus asa apabila susu yang ku bekalkan kepada pengasuh Fahri sebanyak 14 - 16 oz sehari tidak mencukupi kerana Fahri mengalami 'growth spurt' pada usia 4 bulan. ketika itu bulan ramadhan.. stok susu memang sudah lama habis pada minggu kedua bekerja.. ketika itu aku terpaksa mencampurkan susu fahri dengan susu formula...

walaupun sekadar top up, aku amat merasa ralat dan terkilan kalau teringatkan keputusan yang ku ambil ketika itu.. alangkah bagusnya kalau waktu itu dapat ku putarkan semula.. akan ku berjuang berhabis-habisan untuk memberikan fahri hanya dengan susu ibu.. kisah ini pernah ku tulis dalam entry ku suatu ketika dulu dalam blog ini...

Kini, Fahri telah berusia setahun lebih.. alhamdulillah.. aku masih mampu memberikannya susu ibu hingga kini. walaupun susu ku telah mula "drop" semenjak Fahri berusia 8 bulan, ia tetap cukup.. Moga ia tetap cukup sehingga anakku berusia 2 tahun.. itu azamku.. insyaAllah..

Kadang kala pernah juga terfikir untuk aku mencampurkan saja susu Fahri dengan susu formula apabila tiba waktu penyakit MALAS ku untuk mengepam.. motivasi untuk diri sendiri harus ditingkatkan hari demi hari untuk memberikan yang hanya yang terbaik untuk Fahri..

Ketika itulah aku mencari sumber-sumber inspirasi untuk menaikkan semangatku semula.. Mengapa seorang ibu angkat mampu menyusukan anak angkatnya?? mengapa ibu yang anaknya mengalami 'niple confuse' mampu memerah dan diberikan kepada anaknya?? mengapa ada ibu-ibu yang telah keputusan susu, bersungguh-sungguh menjalani proses relaktasi untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya?? sedangkan aku amat beruntung kerana masih dikurniakan susu, anakku masih mahu menyusu denganku.. tapi aku pula yang malas untuk memberikan yang terbaik untuknya...

Puas rasanya bila melihat anakku membesar dengan susu ku sendiri.. kepuasan yang tak tergambar dengan kata-kata. Fahri ku lihat amat rapat denganku.. Tiap malam tanpa ku pinta, dia akan menciumku sebelum tidur.. Ciuman seorang anak yang hatinya tulus dan suci tanpa kepura-puraan.. Mungkin tanda terima kasih seorang anak kecil yang tidurnya bertemankan nenen mama saban malam.. (hehe)

Moga Allah mempermudahkan urusanku... Tekad mama sayang.. mama ingin memberikan hanya susu ibu kepada mu.. Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anakku untuk menikmati susu ibunya seperti yang disyariatkan dalam kitab MU.. Aku hanya ingin kembali kepada fitrah manusia... Bismillahirrahmanirrahim... perbaharui niatku.. menyusukan anakku hanya kerana Allah S.W.T..


P/S : entry ini sekadar peringatan untuk diriku. maaf jika ia menyinggung mana-mana perasaan ibu-ibu diluar sana... tiada niat untuk memperkecil-kecilkan sesiapa...

2 comments:

  1. sri, pengalaman kita sama walaupun pernah top up dengan fresh milk ttp positif dan tak rasa serba-salah, Allah kan dah tentukan bagaimana perjalanan kita, next baby kita buat yg terbaik hokey hehe

    ReplyDelete
  2. ye ke kak long... ntah la.. patutnya cmtu la kan.kena positif jer.. semuanya ketentuan Allah.. betul juga kan.. yang dah lepas tu lepas la.. ok kak long... tq for your sharing.. insyaAllah, kita cuba beri yang terbaik untuk anak-anak kita..

    ReplyDelete