Social Icons

Perjalanan Penyusuanku...

Suatu ketika dulu... walaupun tidak sebanyak orang lain, tapi aku tetap bersyukur..
stok ini aku dapat hasilkan apabila Fahri kurang menyusu apabila telah mula makan sejak usia 6 bulan...

Hari ini Fahri telah pun berumur 1 tahun 2 bulan dan 19 hari.. Alhamdulillah, pada ketika ini, aku masih mampu Fully breastfeed Fahri tanpa top up dgn artificial milk.. Tapi perjalanan penyusuan ini bukanlah mudah seperti orang lain yang dikurniakan susu yang melimpah ruah.. Tapi aku tetap bersyukur..

Rezeki yang Allah kurniakan untuk aku menyusu kan Fahri pada ketika ini hanya cukup2 untuk stok esok harinya. Selalunya aku akan menambahkan sesi mengepam 2 kali di rumah iaitu pada pkl 7 mlm dan 6 pg. Di pejabat aku masih mengekalkan sesi mengepam 3 kali. Pon bgitu aku masih tidak dapat membuat stok susu untuk Fahri..


Ramadhan akan tiba kurang dari sebulan lagi.. sebenarnya aku agak risau dengan kedatangan ramadhan pada kali ini.. Bukannya aku tak suka.. malah aku amat bersyukur kerana jika ada umur yang panjang, aku masih dapat berjumpa dengan bulan yang penuh dengan rahmat.. Bulan yang penuh dengan barakah dan keampunan.. Allah telah membuka pintu syurga seluas-luasnya pada bulan ini.. tapi pengalaman lalu membuatkan aku berfikir.. mampukah aku meneruskan perjuangan penyusuan ini??


Pada ramadhan yang lalu, fahri mengalami growthspurt.. Pada ketika itu umurnya 4 bulan lebih. Susu yang ku bekalkan pada pengasuh fahri sebanyak 14-16 oz sehari memang tidak mencukupi.. Aku takut mimpi ngeri itu berulang kembali.. masa lunch hour tadi beli barang kat giant dan ternampak deretan tin susu formula.. perlukah aku spare kan lg tin itu dirumah ku... Ya Allah..

Sekarang, aku masih berusaha untuk membuat stok semula.. tapi masih belum berjaya.. jika ada susu yang berlebih hari ini untuk stok, pasti akan digunakan semula tidak lama selepas itu.. susu yang dihasilkan ada pasang surutnya.. aku masih berusaha untuk meningkatkan kembali penghasilan susu aku. dari power pumping hinggalah pemakanan makanan tambahan untuk menghasilkan susu sedang diusakan.. tp Fahri nampaknya kurang bekerjasama untuk direct feeding setelah dapat kaki nie.. Stimulation dari mulut munggilnya itu tidak dapat digunakan dengan sebaiknya..

kalau dingat kembali, halangan-halangan yang aku lalui untuk breastfeeding fahri mungkin tak jauh beza dari sahabat-sahabat lain yang seperjuangan denganku.. kurang mendapat sokongan keluarga, tak dapat membuat stok yang banyak semasa pantang, kepenatan, fahri yang seakan-akan tidak kenyang-kenyang adalah lumrah.. mujur tekadku untuk menyusukan Fahri hanya dengan susu ibu masih utuh dan semoga ia tetap utuh..

Ya Allah.. aku memohon kepadamu, Kau murahkanlah rezeki untuk anakku menikmati khasiat susu ibunya. Aku memohon kepadaMu Ya Allah.. Aku terlalu ingin untuk menyusukan anakku sehingga dia berusia 2 tahun.. Kau permudahkanlah perjalanan penyusuanku ini Ya Allah.. Aku hanya ingin kembali kepada fitrah... Amin...

PS: dengan rasa rendah hati, nak minta kawan2 yang baca ebtry ni tolong doakan sekali yerk.. terima kasih.. :)

6 comments:

  1. Fahri dah setahun lebih? dah lama tak jumpa budak montel tu... insya-Allah, awak boleh buat sri.. akak ni, perjalanan untuk hamzah baru je bermula.. tapi kadang2 terasa macam 'lembik' je... takut tak cukup tapi daripada apa yang hamzah buat, dia happy, alhamdulillah.. akak pun happy... kiss2 utk fahri...

    ReplyDelete
  2. tq kak bibah ku... InsyaAllah, sri akan cuba buat yang terbaik untuk Fahri.. Good luck jg untuk akak menyusukan hamzah.. mari kita kembali kepada fitrah..Happy breastfeeding..

    ReplyDelete
  3. anak kita sebaya kot kan..lahir may 2009?

    good luck dan teruskan breastfeeding :)

    saya sedang berusaha sedaya upaya..doa doakan

    ReplyDelete
  4. liza, fahri lahir 31 april.. insyaAllah, mmg gile2 tgnh berusaha nie.. tp kadang2 tu mmg down.. goodluck untuk liza jg.. happy bf..

    ReplyDelete
  5. hmm mmg sama sgt situasi kita. tp kt rumah sy stress jugak nk pam utk stok sbb si kakak pon berebut nk join nenen..

    dalam peti ais,saya spare fresh milk..tp so far blom bagi lagi

    ReplyDelete
  6. sri.. susu ebm kamu nampak byk pe... tp xpe... berusaha.. insyaallah berjaya... gogogo

    ReplyDelete