Social Icons

Perlukah suplemen??

Bismillahirrahmanirrahim..
Just nak share pada kawan2 kat luar sana bahawa aku skrg juga sedang mencuba suplement shaklee untuk membantu meng'up'kan kembali milk production aku.. dah sebulan aku amik set B (alfalfa, b compleks, vit c, n multivitamin), alhamdulillah, susu maintain jer.. masih cukup walaupon tak dapat buat stok.. susu mmg extra pekat.. subhanallah.. maybe sbb tu fahri dah kurang bangun malam menyusu.. tp aku plk masih mls nak bngn pam tngh malam.. maybe sbb tu susu belum berjaya di hasilkan dengan kadar memuaskan.. ye lah.. demand and supply concept ni.. semakin kerap kita kosongkan breast, semakin banyak la susu dihasilkan..

Tapi, apa yang aku perasan, aku semakin tenang dan sabar.. maybe, kesan dari pengambilan B compleks.. (fakta ni juga diberitahu kat packing B-compleks tu..)

Tapi dalam pada tu, sebenarnya jiwa kita perlukan suplemen.. tips-tips kat bawah ni aku amik dari blog seorang sahabat yang juga pengedar shaklee dan ibu yang menyusukan anaknyer.. TQ along.


Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua dan marilah kita amalkannya :


•Jaga solat
•Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
•Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
•Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
•Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
•Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
•Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
•Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah

Ps : perjuangan harus diteruskan demi permata hatiku...

No comments:

Post a Comment