Social Icons

Apa milk booster terbaik anda??

wah... tajuk controversi nie... kalau nak di list kan memang banyak kan.. lain orang, lain pendapat mereka.. ada yg kata, bila makan benda yang dia suka, itu lah milk booster mereka.. ada yg kata itu, ada yg kata ini.. tapi sebenarnya the only way untuk memperbanyakkan ibu -ibu semua kene faham konsep  supply and demand nie...

  1. Ibu -ibu perlu kosongkan payudara mereka seefisyen yang mungkin. Kalau kat ofice tu boleh try pam 2 -3 jam sekali..
  2. Bila payudara di kosongkan, signal akan di hantar ke otak untuk memberi tahu tubuh bahawa ada permintaan maka, susu perlu dihasilkan.
  3. Penghasilan susu bagi ibu menyusu nie umpama apabila anda flush pam air katr toilet. apabila tangki pam tue dikosongkan, maka air akan ditambah ke dalam tangki semula sehingga penuh.. lebih kerap air di flush, lebih banyak air akan dialirkan.. mudah kan?? lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan..
  4. Para ibu haruslah makan makanan seimbang dan berkhasiat untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya bagi keperluan ibu sendiri dan penghasilan susu... kalau tak mampu makan mengikut piramid makanan yang dicadangkan, para ibu boleh lah mengambil suplement sebagai makanan tambahan untuk menampung keperluan yang tidak dapat dibekalkan tadi.
  5. Minum air kosong yang secukupnya.. (2 - 3 liter ) sehari...  Penting untuk metabolisma tubuh ibu dalam penghasilan susu dan aktiviti harian
  6. Cara lain untuk memperbanyakkan susu, dengan melakukan power pumping...
sumber : google
Saya nak cerita skit pengalaman seorang sahabat yang mengalami masalah susu merudum kerana mengambil injection perancang keluarga semasa masih dalam pantang / cuti bersalin lagi..

Sebelum pengambilan pil perancang tersebut, sekali pam, kawan saya nie bolh dapat sehingga 12 ouns sekali pam.. wahh.. sangat banyak kan... !!! tapi selepas mengambil injection perancang, beliau hanya dapat mengumpul 2 ouns untuk 5 kali pam.. 

Betapa hebat tekanan yang dihadapi ketika itu.. susu umpama kering,.. anak menjadi cranky... akibatnya terpaksa top up dengan formula..

Bermula dari situ, dia mula melakukan power pumping... dalam masa 2 minggu , dia sudah berjaya mengumpul 200 ouns sebagai stok beku.. wah... alhamdulillah... rezeki anak beliau masih murah...

Sekarang beliau turut mengambil ESP dan Alfalfa untuk membantu beliau bertenaga dan bersemangat untuk terus menyusu.. syukur...

Ok,setakat ini dulu perkongsian saya pada kali ini.. Doa saya, semoga lebih ramai ibu-ibu diluar sana menyusukan anak mereka dengan susu ibu... SUSU ibu adalah sunah... SUSU IBU adalah fitrah.. jom Breastfeeding kawan2!!!...

Salam sayang..
Srifairus
Untuk maklumat lanjut sila berhubung melalui
Email Yahoo : sri_asn@yahoo.com
Call/Whatsapp : 012-6742355

No comments:

Post a Comment