Social Icons

fraud call.... so call from 'AMbank'

i think, just want to write in Bahasa Melayu..So, easier for me to tell the story.

Hari khamis lepas, sri amik halfday sebab nak bawak baby pegi check up. Sampai kat rumah dalam pkl 2.15 ptg, lambat skit sebab pegi tengok Fahri dulu kat rumah babysitter. Janji dgn babysitter nk amik Fahri dalam pukul 3 lebih sbb tunggu fairus blk keje dl.. So, kat umah konon2nya boleh la nk buat keje skit sbb Fahri tak de sementara tunggu Fairus balik. Solat jap pastu mengonline kan diri.. tetiba dapat panggilan dari no yang tidak dikenali...

No tu 03-21788888... angkat la panggilan tue.. Dengar 'recorded message' berbunyi lebih kurang begini " you have RM3500 pending amount for your Ambank Master card. Please make your payment as soon as possible. To talk with our customer service sila tekan 1 untuk Bahasa Melayu.. for English press 2..

Then, sri yg tak reti sangat nk speaking ni pon tekan la 1.. Seorang lelaki berbangsa cina angkat telefon. ntah kenapa, dengar suara dia mcm tak confident, sri ty dia, boleh berbahasa Melayu tak.. then dia jawab, ya, boleh.. tp sebenarnya sepanjang conversation dia cakap English..

sri terangkan kat dia, mcmmn sri yg tak de credit card atau loan ke dgn Am bank boleh ada pending amount RM3500.. Then dia ty no IC, just nk double check samada betul ke sri tak de credit card. SRi pon bg.. masa ni tak syak apa2 lg.. Then dia kata sri mmg ada credit card dgn ambank. dia kata dia syak, maybe ada orang lain yg guna identity sri untk apply card credit. dia siap terangkan kononnya orang tu apply kat cawangan Ambank mont kiara.. tarikh permohinan 9 dec.. oh GOd.. sri mmg ada hilang IC, tp awal januari aritu.. 9 Dec ada lg..

Sri mmg bermati-matian terangkan kat dia yg mmg tak penah apply mana2 credit card dari mn2 bank pon.. dia terangkan lg skali yg kononnya org tu telah gunakan credit card tu sebanyak RM4745.. Ya Allah.. manalah aku nk cekau duit nk byr jumlah tue.. Glabah la jg.. Dia sipa kata org tu paling latest beli emas kat KLIA.. (beria dia menipu).. Credit limit RM 8K.. (dalam hati dah nk pengsan..)

Sri ty dia mcm mn leh jd cmtu.. then, dia tak jwb soalan, dia suruh buat report di Bahagian Pengaduan Palsu di Bank Negara.. siap bg no kredit card yg palsu tue lg 16 digit.. sri ty dia apa no tel bank negara tue... dia kata akan sambungkan terus ke bahagian tu.. dengar lagi recorded message kata "sila tunggu"( masa ni dah terfikir, boleh ke bank sambungkan ke bank negara.. 2 institusi yg berbeza kan..).. Tunggu la.. then putus cmtu je..

Pastu mcm confius.. Kebetulan tngh online kan.. cari la no tel bank negara.. tp sbb mcm gelabah sangt, tak tercari.. sri pon call telekom 103 ty no tel bank negara. Call bank negara, minta operator sambung kat bahagian Pengaduan Palsu.. Tau tak apa operator tu cakap.. Cik, tak de bahagian tu di bank negara nie.. (punyala terkejut sri time nie.. Ya Allah...) Abis tu pegawai Ambank tu yg cakap suruh report kat sini. operator tu cakap, tu bukan pegawai ambank tue.. tapi tak pe, saya sambungkan kepada pegawai yg berkenaan.


Dipendekkan cerita, nasib baik sri mmg takde card credit ambank.. n nasib baik tak bg details lain.. just bg no IC je.. dia tak boleh buat apa pon..Pegawai bank negara tu nasihatkan klu dah terbagi skali no card credit, kene buat report polis.

Then tepon pulak ambank.. pihak customer service ambank mmg dah bnyk terima aduan pasal nie.. diorg pon victim.. diorg pon dah buat report.. then dia kata no tepon tu adalah no tepon untuk customer call dan bukannya bank yg call customer.. So, klu dapat panggilan dari no nie, 03-21788888 sila ignore..

kesimpulannya: jgn reveal apa2 maklumat perbankan anda pada orang yg mengaku dari bank.. berhati-hati yer...

No comments:

Post a Comment