Social Icons

Alhamdulillah... Rezeki susu untuk Fahri hari ni dah UP balik..

Hari nie mood saya sangat happy.. Tau tak kenapa? hari ni saya mengepam 2 jam lebih awal dari jadual biasa iaitu pkl 9.30 am.. dan hasilnya adalah 4 oz.. syukur ya Allah.. ada amik gambar tapi cable kamera tertinggal kat umah plak..

Selalunya pam utk sesi pertama 11.30 am nak dapat 4 oz pon susah.. jap lagi pkl 12 nak pam lg.. excited sangat... Apa yang penting dalam pengambilan suplemen ni, istiqamah, minum air dengan banyak (3L) dan doa selalu kepada Allah S.W.T..

Sebenarnya, dalam seminggu dua ni saya agak cuai mengambil suplemen bila pindah rumah aritu.. ESP pun dah berapa hari tak minum. Pagi tadi masa mengepam pukul 3.30 pg, minum ESP dan amik Alfalfa Shaklee. Nursery fahri plk dah complain yang jumlah susu yang saya bekalkan pada Fahri dah tak mencukupi. kene tambah satu botol lagi..Dah start gelabah smlm.. nasib baik ada stok lg untuk top up susu Fahri hari ni.. Tu yang bertekad nak mengepam dan ambil suplemen secara konsisten semula..

Pagi ni masa dalam perjalanan ke office saya tak henti2 berzikir dan berdoa semoga Allah murahkan rezeki saya harini. Tak kira lah rezeki apapun..  Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani.. Kita sebagai ibu yang menyusukan ni harus yakin dan selalu berdoa kepada Nya semoga rezeki anak kita untuk merasa nikmat susu ibunya tetap ada..

Apa yang penting, ISTIQAMAH , MINUM AIR AT LEAST 3 L DAN BERDOA...

Selamat Berpuasa dan Happy Breastfeeding

2 comments:

  1. Nyaris Fahri tak minum susu lain lagi..Betul bykkan berzikir.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tq for your advice.. berkat ramadhan ni, mmg patut banyakkan berzikir kan.. moga Allah permudahkan urusan kita semua.. amin..

    ReplyDelete