Social Icons

Ibu menyusu : siapa yang perlu amik vitamin?

Setiap orang mempunyai cara hidup dan pegangan yang tersendiri. Tiada siapa berhak mengatakan sesuatu itu perlu atau tidak kecuali kita sendiri yang menentukan. Mungkin 'sesuatu' itu perlu pada kita tetapi tidak pada orang lain. Tidak kurang juga bilamana 'sesuatu' itu adakala tidak perlu untuk kita namun ia penting buat orang lain. Hanya kita yang berhak menentukan apa yang perlu dan tidak buat diri kita. Namun ianya balik pada keperluan individu.

Sama juga dengan pengambilan vitamin. Bukan semua orang perlu amik vitamin. Ia memang benar sama sekali. Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang, tiada sakit yang perlu dirawat, sentiasa bersenam dan punya masa beriadah, bebas dari stress....memang tidak perlu makan vitamin. Namun ada sesetengah pendapat, walau mereka sihat mereka tetap mengambil supplement sekadar memastikan semua keperluan nutrien oleh tubuh dipenuhi dengan baik dan ianya salah satu cara untuk mengekalkan atau memastikan tubuh sihat. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit :)

Bagi ibu yang menyusu, banyak pendapat yang mengatakan tak perlu amik supplement memandangkan makanan harian yang seimbang sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan :

1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Jika si ibu makan dengan tidak teratur ditambah tidak seimbang, bayi hanya akan mendapat zat yang sedia ada dalam badan ibu. Jika si ibu kekurangan zat besi ini boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan bayi.

2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.

3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.

5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.

6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.

7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Selain amalan kerohanian seperti membacakan Fatihah untuk si anak, bersedekah si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.

8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka vitamin sedia ada akan digunakan untuk merawat tubuh si ibu terlebih dahulu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.

9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu 'supply' makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan.

10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah....hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.
credit to : Kak n
 
Salam sayang,
Srifairus

tetimoni seorang ibu menyusu dengan set breastfeeding Shaklee

credit to : http://aliahrafiq.blogspot.com/2011/12/milk-booster.html
 
Milk Booster?

Pertama kali saya mencari produk untuk menambahkan susu semasa anak saya berumur sepuluh bulan. Ketika itu saya mengalami susu merundum yang agak teruk. Payudara menjadi sangat kempis dan ketika itu saya perasan setiap kali anak direct feed, dia seakan-akan tidak puas dan menyusu dalam jangkamasa yang sangat lama. Apabila saya pam, tidak sampai 1oz pun yang keluar. Pelbagai cara saya cuba, minum milo, soya, horlick, kurma dan bermacam lagi. Ada yang kata amalkan memakan halba, masak bersama nasi atau hanya kemam begitu sahaja dan terus telan (saya cuba juga gara-gara ingin membanyakkan susu, rasanya sungguh......). Tapi semuanya tidak memberi hasil seperti yang saya inginkan. Ketika itu juga saya selalu mengalami lenguh-lenguh badan, cepat letih dan sakit pinggang ketika bangun tidur. Mungkin kerana keletihan dengan beban kerja menjadikan badan saya tidak berada dalam keadaan yang terbaik.

Setelah mencari-cari suplemen di internet, saya membuat keputusan untuk consume Set B (untuk penyusuan) dari Shaklee. Alhamdulillah, badan saya tidak menunggu terlalu lama untuk merasakan kesan daripada pengambilan vitamin tersebut. Pada hari kedua saya amalkan, saya merasakan payudara penuh dan susu lebih banyak dari sebelumnya. Anak saya juga tidak menyusu dalam jangkamasa yang lama seperti sebelumnya, dia cepat kenyang dan sendawa. Masalah lenguh-lenguh badan yang saya alami juga beransur hilang, saya merasakan lebih bertenaga dan cergas.

Mari kita lihat apa yang terkandung dalam setiap vitamin yang saya amalkan, iaitu dalam set B ini :

Vitamin C
  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  • Membantu dalam penyerapan zat besi
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan


B Complex
  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit

Vitalea (Multivitamin)
  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  • Penting bagi prosess pertumbuhan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Melengkapkan nutrien yang kurang
  • Membantu penyerapan zat dari makanan

Alfalfa
  • Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein
  • Mengatasi sakit sendi
  • Membanyakkan susu badan


Di sini ingin saya tekankan bahawa untuk memperbanyakkan susu bukan hanya dengan pengambilan suplemen/ vitamin semata-mata. Suplemen/ vitamin hanya membantu ibu-ibu supaya kekal sihat dan cergas, menstabilkan emosi dan sebagai tambahan sekiranya ibu-ibu merasakan diet harian yang diambil tidak mencukupi. Jadi, apabila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu akan menjadi lancar. Untuk berjaya dalam penyusuan, konsep asas penyusuan (demand vs supply) haruslah dipenuhi dahulu.

Di bawah terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan, bagi memastikan pengeluaran susu akan sentiasa lancar :
  • penuhi konsep penyusuan - lebih kerap payudara dikosongkan, lebih cepat susu dihasilkan (pam setiap 2/3 jam sekali dengan konsisten)
  • kerap beri bayi anda susu secara direct feeding dan kerapkan sentuhan/skin contact dengan bayi anda
  • lakukan power pumping setiap hari seelok-eloknya pada tengah malam - jika menggunakan double pump, pam 10 minit kemudian rehat 10 minit, lakukan selama 1 jam. Jika menggunakan single pump, pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian tukar sebelah lagi selama 10 minit, berselang seli sehingga cukup 1 jam
  • minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari (minum sedikit-sedikit secara istikamah)
  • amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan pengambilan ais dan minuman berkafien
  • amalkan gaya hidup sihat, elakkan stress/ tekanan emosi di tempat kerja atau di rumah
  • banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah kerana dengan izin dan kuasa Nya sahaja yang akan memberikan bayi kita rezeki walau hanya setitis susu
OK, jika sesiapa yang berminat untuk maklumat lebih lanjut dan tips2 eksklusif untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dengan pengambilan suplement shaklee, boleh pm saya di sri_asn@yahoo.com @ sms di 0126742355..
 see u

Salam sayang, 
Srifairus 

bercakap dengan fahri....

Kejadian nie berlaku semalam....

Fahri : mama, aish nak pg work.. mcm papa dengan mama pg work. (sambil menyarungkan lanyard aku kat leher dia)...
Aku : yer..aish nak pg work mcm mama dengan papa yerk...
Fahri : sambil buka lanyard tu balik melakonkan aksi mandi... "Mama, aish mandi... sikat rambut, (melakonkan aksi menyikat) dan mengambil bateri AA yang tercabut dari belakang Ultraman dia sambil melakonkan aksi seperti memakai gincu.... lastly pakai balik lanyard td... (turutan kalau mama n papa nak pg keje... tu yg dia pikir agaknya..)
Aku : hahahha.. fahri... pakai gincu ker?? fahri baby boy la.. mana pakai gincu... (sambil tergelak tengok aksi dia)
Fahri : senyum jer... sambil aku tarik dia cerita balik kat papa dia apa yg dia buat...
Papa Fahri : aish mana boleh pakai gincu... mama jer pakai gincu tau...

(klakor cmpur risau... fahri sangat baby... budak umur dua tahun lebih nie mana la tau benda2 cmni kan)... huhu

masa ni umur fahri baru genap setahun... besday dia.. sekarang, besar dah...
Fahri fahri... Mama love u very much...

HB dari 9.3 ke 11 .1 dalam masa sebulan.. Happy, syukur, bangga... TQ Allah...

Salam..

hari nie aku pg buat check up kat KKIA Salak.. n hari niesatu perkara yang mengembirakan aku telah berlaku... nak tau tak apa??
Masa kandungan aku hampir 5 bulan : HB aku 9.1 jer ( mkn obimin yg Dr bagi jer)... sbb aku tak lalu nak mkn suplemen shaklee. Obimin all in one la konon kan... tak lalu ni penangan mabuk yg agak teruk.. masa ni aku check kat  klinik swasta.. Dr tu cakap continue jer mkn obimin tue...

Atas kesedaran itu, dan aku sedar perlu konsisten balik amik shaklee, aku mkn on off suplemen shaklee nie ikut apa yg aku suka.. paling aku suka adalah Vit B compleks n Vitalea... Vitalea ni mmg ada zat besi untuk membantu meningkatkan HB akau nie..

masa kandungan aku 6  bulan setengah : HB dah naik ke 9.6. Masa ni aku dah pindah rumah dari Seri Kembangan ke Salak Tinggi.  KKIA kat sini tengok HB aku masih terlalu rendah... padahal dah naik sebenarnya... Dia suggest aku amik Ferum Fumarat sampai 4 biji sehari, Vit C, and Asid folic.

Kandungan aku 7 bulan: HB aku makin turun... jadi 9.3... after 2 minggu consume suplement yg Dr bg... oh tidak.. masa aku amik fumarat tue, aku mcm keracunan mknn.. jd cirit birit la.. nak muntah la.. mmg tak boleh nak telan..

bermula dari situ, aku tekad nak istiqamah mkn suplemen shaklee semula walaupon kadang2 aku alpa.. Asyik outstation memanjang ... payah... Walaupon aku dah boyot.. dah kerja.. nak buat cmne.. kan.. tu belum lg sibuk hal Family (kenduri kendara adik beradik yg nikah n tunang...) huhu

Hari nie kandungan aku dah 8 bulan : dan hasilnya masa ujian darah hari nie, aku punya HB dah naik jadi 11.1... alhamdulillah.. syukur Ya Allah...

Sekali lagi aku telah ditunjukkan dengan keberkesanan shaklee nie dengan ketara... syukur Ya Allah..

Nak tau apa yg aku amalkan?? jgn lupa msg aku yek... sri_asn@yahoo.com @ sms pon boleh..

Ok lah... nak pg solat jap... nnt kita share lg info2 yg berguna yerk..

Salam Sayang,

Srifairus

Ilmu Penyusuan : Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Hari ni mari kita refresh semula kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu...

Adaptasi dari : pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu (Faedah Kepada Bayi)

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi :
  • Mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mudah dihadam
  • Sentiasa sedia pada suhu yang tetap
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir hingga 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ke 3 mengandungi antibodi (IGA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu  (Faedah Kepada Ibu)
credit to :google..
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
erm... macam 2 faedah yang kita boleh dapat... semuanya adalah percuma.. apa lagi kawan2... tak  yah pg slimming centre nak kurus balik.. heheh (nasihat untuk diri sendiri nie... huhu... ku agak tembam sekarang nih... ) 

Tp bab kasih sayang dan keakraban nie yang paling tak ternilai... buktinya, fahri shah mmg amat rapat dengan aku... tp juga amat manja dengan papa nyer... hehe.. ofcoursela kan...hahhaha... mak bapak dia... huhu

Esok ada check up lg kat KKIA Salak... jadi pengunjung tetap tiap minggu dah nie.. nasib baik dapat bos baik hati dan memahami....  kalau dapat beranak awal pon best juga... hehe... cukup jer 36 minggu,  kalau dapat beranak dgn selamat, mesti best... hehehe..

Ok lah, jumpa lg dilain entry...

PS: kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set penjagaan kesihatan shaklee, boleh la hubungi saya yer...  :)

Refresh maklumat penyusuan susu ibu... Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia & Penyusuan susu ibu menurut islam...

Penyusuan susu ibu langkah terbaik untuk bayi dan anda......


Setuju dengan statement di atas... tinggal beberapa minggu jer lagi before deliver... so, aku tengah nak refresh balik ilmu2 penyusuan .


Jom kita start dengan polisi penyusuan susu ibu di Malaysia...


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga mencapai usia 2 tahun.. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.. "


So kawan2, polisi nie pon sebenarnya bertepatan dengan suruhan agama kita untuk menyusukan anak hingga 2 tahun...

Di dalam surah al-Baqarah menyebut tentang tempoh masa penyusuan susu ibu:


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Kat bawah nie pulak ganjaran yang diberikan kepada ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu


1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.


5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.


6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah

wah...besarnya ganjaran yang Allah janjikan bagi ibu yang menyusu nie...

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku untuk tetap menyusukan anakku nanti walau apa pun halangan & cabaran yang tiba...mudahkanlah urusan penyusuan ibu-ibu mulia yang lain yang sedang berusaha menyusukan anak-anak mereka... amin...

Ok lah..nanti kita berkongsi lagi mengenai penyusuan di lain entry... 

Salam sayang,
Srifairus

30 weeks... 10 weeks to go...

salam... hai sumer... sedar tak sedar dah 30 minggu usia kandungan aku hari nie.. tengok pon dah sarat... setakat nie, alhamdulillah mengandung kali ni lebih mudah dari mengandung fahri dulu... tak de plk aku sembelit sokmo.. kaki pon kalau cramp, aku tolak sendiri jer..tak memudaratkan mcm dulu.. alhamdulillah.. moga situasi cmni tetap akan berkekalan sampai anak nie lahir..

persiapan plk, biase2 jer... aku banyak recycle jer barang2 fahri... cuma niat aku nak beli medela freestyle tue terpaksa dipendamkan dulu.. banyak lg benda lain yg urgent yang perlu aku dahulukan... pakai je la spectra 3 tu dulu..

ada satu impian aku yg aku nak buat b4 deliver nie... nak bawak fahri pg zoo negara... tp larat ker?? huhu..  kalau nak tunggu lepas pantang mcm lambat sangat.. kesian kat fahri...

aku sebenarnya baru balik dari event LIMA di langkawi.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. strategic plan yg aku bersama group maritime usahakan dah pon dilancarkan oleh Perdana Menteri... so, time nak implement plk.. lagi sibuk la lepas nie... huhu..

Selain PM, sultan selangor, VVIP yang lain adalah TPM, Tok Pa n Menteri2 dari negara luar.. menyelit jap.. heheh
sultan selangor melawat booth... daulat tuanku...
Pastu before balik, sempat jalan2 kat KILIM Geo Park... time nak happy2 lepas 6 hari bertungkus lumus... hehhe
sempat berjalan2 sebelum balik... ni kat dalam gua yg penuh dengan kelawar... geli...

Ok la.. nnt aku tulis lg.. perkongsian dari ibu yg sarat mengandung... time to chow.. tata

salam sayang..
Srifairus

esok kat langkawi sampai sabtu...

salam..

erm... dah nak masuk 29 minggu dah dah usia kandungan aku nie...tp still kene pg outstation... arahan boss... jgn tak lepas kat airport sudah...

Berat hati, sedih... happy.. sumer ada... berat hati nak tinggalkan abg fahri shah yg dah semakin bijak n chome... sedih sebab, kesian kat my hubby... terpaksa uruskan diri sendiri.. tak de org nak tolong buat roti bakar n air teh o dia... huhu...gembira sebab apa yg aku usahakan selama setahun ni kat tempat kerja akan  membuahkan hasil... rasa berbaloi... strategic plan yg kitaorg tengah usahakan akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.. satu kepuasan untuk diri sendiri... ALhamdulillah...

Dalam pada tu, tertanya-tanya gak nih... larat ker aku masa kat LIMA nnti?? huhu... Jgn terberanak kat sana sudah... hehe.. jd anak langkawi plk adik fahri nnt... ok la... nak start kemas rumah.. basuh baju fahri masa dia baby dulu.. recycle jer baju fahri.. hehhe.. jimat kos... tp bukan bermakna mama tak welcome anak mama yg kedua nie... mama tetap excited sama mcm mama nak lahirkan abhg fahri shah dulu... love you my sons.... ok... see u in the next entry...

Salam sayang...
srifairus

rindu saat menyusukan fahri... mood teringin nak menyusukan baby datang lagi...


Rindu saat menyusukan fahri....

baru aku perasan.. aku tak banyak pon amik gambar masa menyusu...

menyusukan mu antara detik terindah buat mama....

Salam semua...

Erm arini mood sensitif... tak dapat nak tahan air mata dari meleleh... tp dalam hati aku sangat berbangga dengan diri sendiri.. dan berazam untuk buat yg lebih baik untuk bakal adik fahri nnt.. insyaAllah...

Pagi td seperti biasa aku menerjah kat dalm FB.. aku tengok page KIM... erm.. ada satu montaj ni menyentuh hati aku... montaj nie menunjukkan wajah2 ibu yang mulia yg menyusukan anaknya...

Tengok banyak kali pon meleleh lg... aduhai... kadang2 aku sedih gak bila tengok kawan2 & sedara terdekat  yg aku cuba ajak agar menyusukan anaknya tp mcm tak ambil kisah... aduhai... alangkah sayangnya... kasihanilah pada si kecilmu yg disuakan susu formula yg mungkin boleh memudaratkan perutnya yg masih lembut... erm.. tp aku tahu.. semua ibu ingin buat yang terbaik untuk anaknya...

Dalam entry yg ringkas ni, aku berazam nak mendalami ilmu penyusuan dengan lebih dalam lagi... demi anak2 ku... demi para ibu sekelilingku... moga mendapat manfaat dari perkongsian ilmu mengenai peyusuan susu ibu... itu azamku... insyaAllah...

Penyusuan susu ibu adalah fitrah.....

Salam sayang...
Srifairus@ Mamafahri

khas untuk para suami... sayangilah isteri mu....


kasih ku tiada akhirnya...

Love her…when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.



Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

  • Treat the women well
  • The best of you are those who are the best in the treatment of their wives
sumber: tentangcinta.com